Tags:Agama, ajaran yahudi, ilmu, kanak-kanak yahudi, Pendidikan, perniagaan yahudi, sikap yahudi, yahudi bijak.
Bismillahirrahmanirrahim.....
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.
(more…)
Wallahualam.....
Tags:aurat wanita, cara menutup aurat dengan betul, halal, haram, hijab, hukum menutup aurat, Islam, kempen menutup aurat, selendang, tudung.
Bismillahirrahmanirrahim.....
Sedih apabila kita melihat anak-anak muda begitu asyik memaparkan bentuk badan dan semua bahagian badan yang begitu menghairahkan. Dengan gejala minah rempit, kegilaan masyarakat untuk menjadi artis, pendedahan aurat dalam laman sosial seperti Facebook, Tagged, Friendster, Myspace dan sebagainya. Tiada lagi rasa malu, tiada lagi nilai aurat dalam diri wanita-wanita islam, tiada lagi maruah diri dan tiada langsung rasa bersalah!
Lebih parah lagi ramai di antara mereka tidak pernah tahupun bagaimanakah sebenarnya cara menutup aurat dengan betul! Sebagaimana masyarakat berpakaian, sebegitulah mereka berpakaian. Sebagaimana golongan kafir berfesyen, sebegitulah mereka berfesyen!
Ya..saya kesal dan rasa amat terpanggil untuk melakukan sesuatu. Bantulah saya untuk membanteras atau sekurang-kurangnya lahirkanlah rasa kesal terhadap gejala ini dengan menyebarkan tag kartun di bawah. Tag kartun di bawah diambil khas dari kartun-kartun islamik yang dihasilkan oleh Kediakreatif.com. Tag yang di sediakan itu adalah ‘butang’ link ke halaman ini, iaitu Kempen Aurat Saya Maruah Saya! (more…)
Wallahualam.....
Tags:cara mengeja dengan betul, cara mengeja ibu bapa, contoh karangan, ejaan yang betul, karangan bahasa melayu, pelajar pmr, pelajar spm, pelajar upsr, Pendidikan, sekolah.
Bismillahirrahmanirrahim.....
Kali ini saya akan senaraikan beberapa kesalahan ejaan yang sering dilakukan oleh pelajar. Bagaimanapun rasanya saya juga tergolong di kalangan orang-orang yang sering salah dalam mengeja perkataan-perkataan di bawah. Meskipun pernah menjadi guru bahasa Melayu, saya sendiri tidak terlepas dari membuat silap. Yelah, dah manusia mana ada yang sempurna. Saya sebenarnya lebih mahir dalam bidang lukisan berbanding dengan penulisan…oh…
Berikut ialah kesalahan ejaan paling popular yang sering dilakukan: (more…)
Wallahualam.....
Tags:bisnes, ebook percuma, IM, online marketing ebook, panduan lengkap perniagaan internet, panduan percuma, pemasaran online, perniagaan internet, usahawan, usahawan internet.
Bismillahirrahmanirrahim.....
I’m Giving Away My 300+ Page Published Book & I’ll Pay You $1.00 For Everyone You Refer Who Downloads It!
Assalamualaikum..
Saya baru sahaja selesai menyemak ebook terbaru keluaran Justin Michie, seorang pakar usahawan internet popular yang terkenal di pasaran antarabangsa.
Apa yang boleh saya simpulkan, ebook tersebut amat baik untuk bacaan kepada sesiapa yang baru hendak memulakan perniagaan mereka menerusi internet. Namun ia juga amatlah sesuai untuk sesiapa sahaja termasuklah mereka-mereka yang telah berjaya dalam perniagaan internet untuk memperkembangkan perniagaan mereka.
Apa Yang Menariknya Tentang Ebook Ini Ialah: (more…)
Wallahualam.....
Tags:bidang kerja, kaunseling, kerjaya, minat dan kerja.
Bismillahirrahmanirrahim.....
Soalan:
Saya ni seorg yang pendiam dan kurg bersosial.saya meminati bidang math,fizik dan kimia.tetapi saya tidk tahu apa pilihan kerjaya yg sy ada kerana sikap sy yg pendiam ini.saya juga seorg yg pemalu dan sukar berkata2 jika berdepan dengan orang ramai.boleh bantu saya?
Sebenarnya masalah ini melanda ramai anak-anak muda diluar sana. Meskipun pelbagai motivasi dan sesi kaunseling telah diadakan sejak peringkat sekolah lagi, soal ini masih menjadi igauan ramai. Mungkin unit kaunseling sekolah perlu dikaji semula? Entahlah, apa pun kita harap yang terbaik dari semua pihak untuk membantu mereka-mereka yang perlukan pandangan dan pendapat bernas dalam soal ini. (more…)
Wallahualam.....
Tags:awek, dosa, hukum onani, minah rempit, nafsu, seks, seks bebas, seks mat rempit, video lucah dalam handphone.
Bismillahirrahmanirrahim.....
Kali ini saya tak mahu berbicara panjang, sekadar ingin berkongsi sebuah luahan perasaan oleh seorang penulis di internet tentang seks. Entri yang panjang lebar ini saya petik dari blog Ustaz Zaharuddin. Enrti ini telah diubah suai oleh ustaz supaya ianya lebih sesuai dibaca untuk tatapan umum. Marilah sama-sama kita mengambil iktibar dari penulisan yang dahsyat ini.
Apa itu SEKS ?
(bagaimana mengelakkan Zina)
18-SX, entry ini mengandungi unsur-unsur yang keterlaluan dan mungkin menyinggung sesetengah pihak, ada unsur kelucahan yang melampau, korang di nasihati tidak membaca seorang diri kerana di kuatiri akan terlanjur dengan tangan kiri, juga tidak boleh membaca bersama bukan muhrim kerana akan menggalakkan kepada penghampiran zina(janganlah korang menghampiri zina), juga hanya mereka yang berfikiran terbuka sahaja layak membaca-harap maklum!)
18-SX, serius, entry ini betul-betul lucah. Tidak di galakkan membaca kepada mereka yang cepat terangsang!!
18-SX, bagaimana lagi nak aku gambarkan? Entry ini merbahaya kepada ‘bot-bot kecil’ kerana takut di salah gunakan, tapi sekiranya korang adalah ‘bot-bot besar’ maka aku tak perlulah bimbang..insyAllah.
………………. (more…)
Wallahualam.....
Bismillahirrahmanirrahim.....
Tentunya pembaca blog WanWMA adalah orang-orang yang sentiasa memandang ke depan dan mempunyai idea, rancangan, strategi dan pelbagai tugasan yang direncanakan. Keadaan ini memaksa kita sentiasa merancang tugasan dengan teliti dan kemas.
Mungkin setiap orang di antara kita mempunyai corak yang berbeza dalam mengendalikan idea dan pengurusan kerja masing2. Bagaimanapun saya ingin kongsikan satu cara yang mungkin praktikal untuk sama-sama kita gunakan iaitu dengan menghasilkan Mind Map atau Peta Minda. (more…)
Wallahualam.....
Tags:anak, anak-anak, cara mendidik anak, panduan ibubapa, pelajaran anak, pesanan kekasih Allah, pesanan Luqman Al Hakim.
Bismillahirrahmanirrahim.....
Ah, jangan salah faham. Saya masih belum punyai anak dan masih bujang. Post kali ini sekadar ingin berkongsi sedikit langkah dan pesanan dari para kekasih Allah tentang cara mendidik anak. Anak-anak adalah zuriat dan pewaris kita di masa hadapan. Meskipun kita telah meninggal dunia, saham yang dilakukan oleh anak-anak masih sampai kepada kita. Saham yang dimaksudkan ialah dosa dan pahala. (more…)
Wallahualam.....
Posted on 25 November '09 by wanwma, under Agama, Pendidikan, Umum. 1 Comment.
Tags:kertas jawapan, pelajar bermasalah, soalan exam, soalan periksa.
Bismillahirrahmanirrahim.....
Dulu saya pernah jugak jadi cikgu sementara. Memang kelakar dan kesian tengok cara budak-budak zaman sekarang jawab soalan. Ehem…budak sekarang? Sama jer sebenarnya dari dulu lagi…patut la dalam kajian ada menyatakan bahawa golongan yang paling ramai mengalami stress adalah guru. Mana tak stress, korang try la baca apa yang salah sorang student ni jawab…
Klik gambar untuk lihat dengan lebih mengancam…
(more…)
Wallahualam.....
Posted on 17 November '09 by wanwma, under Pendidikan, Umum. 3 Comments.
Tags:ilmu, Motivasi, Pendidikan, study, tip dan teknik.
Bismillahirrahmanirrahim.....
Baik, kali ini kita kembali kepada topik berbincangan dan pembelajaran motivasi yang mana merupakan menu utama blog ini. Walaupun baru berlalu 4 hari, tetapi saya terasa seolah-olah telah sebulan tidak menulis dalam blog ini. Ini gara-gara komputer yang bermasalah dan kesibukan bekerja. Tiba-tiba sebaik sahaja pemenang potret percuma di umumkan saya mendapat tempahan lukisan bertalu-talu. Tapi bukan tempahan lukisan potret, tempahan rakaaan kedai makan berkonsep Bistro dan sebuah bilik khidmat pelanggan untuk SPAN dan lain-lain. Semuanya tahu nak cepat jer…lain kali bagi la awal sikit..huhuh..dah mula nak meleter la ni! (more…)
Wallahualam.....