Tags:hari keputeraan Nabi Muhammad, maulidul rasul, Nabi Muhammad s, Nabi Muhammad SAW, Ras, Rasullullah.
Bismillahirrahmanirrahim.....
Sempena ketibaan Maulidur Rasul kali ini, marilah sama-sama kita mengingati insan agung yang begitu mulia dan baik budi perkertinya, Nabi Muhammad s.a.w. Perbanyakkan selawat kepada banginda. Begitu banyak kisah hidup baginda dipahat menjadi sejarah agung yang tak mungkin kita lupakan. Di kesempatan ini, mari kita renungkan kembali sebuah kisah baginda dengan seorang pengemis Yahudi..
“Wahai saudaraku, jangan engkau dekati Muhammad. Dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir. Apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya.” kata seorang pengemis Yahudi yang buta di suatu sudut pasar Madinah al-Munawwarah.
Ungkapan tersebut dilontarkan oleh si pengemis yang cukup benci dengan Baginda s.a.w. Setiap saat, pengemis itu tidak henti-henti menghamburkan kata-kata kesat tersebut di hadapan semua yang mengunjungi pasar itu. Berbeza pula dengan tindakan Baginda s.a.w. Setiap pagi, Baginda s.a.w. mendatanginya dengan membawa makanan. Tanpa berkata walau sepatah pun, Rasulullah s.a.w. menyuapi makanan ke mulut pengemis itu. Rutin harian Rasulullah s.a.w ini dilakukan sehinggalah menjelang ajal Baginda s.a.w. (more…)
Wallahualam.....
Tags:Agama, ceramah ustaz azhar, dakwah, Islam, soal jawab agama, ustaz azhar idrus, video ustaz azhar.
Bismillahirrahmanirrahim.....
Mungkin nama ini sudah tidak asing lagi bagi sesetengah daripada anda. Dengar nama ini saja anda dah terasa nak tergelak dan berguling-guling ketawa..hohoho..tetapi kepada sesiapa yang masih tidak tahu dan tidak kenal siapa itu Ustaz Azhar Idrus, dalam entri kali ini saya akan bercerita sedikit tentang diri beliau.
Saya bukanlah kenal rapat sangat dengan Ustaz Azhar Idrus ni, saya tak tahu berapa umurnya, apa sejarah pengajianya, cuma saya memang seorang penuntut yang pernah mendengar ceramah beliau secara dekat. Beliau adalah penduduk kampung saya. Saya mula mendengar ceramah beliau di surau sebelah rumah saya ni sejak tahun 1996 sehingga tahun 2000. Selepas itu saya keluar dari kampung untuk sambung belajar ke peringkat IPT dan Ustaz Azhar Idrus juga sudah tidak mengajar di surau itu lagi. (more…)
Wallahualam.....
Posted on 27 January '10 by wanwma, under Agama, Islam, Tokoh. 4 Comments.
Tags:buah kurma, kisah para kekasih Allah, makanan halal.
Bismillahirrahmanirrahim.....
Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke mesjidilAqsa. Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua di dekat mesjidil Haram.
Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak didekat timbangan. Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.
Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. Ia solat dan berdoa khusyuk sekali. Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya. (more…)
Wallahualam.....
Posted on 28 November '09 by wanwma, under Agama, Islam, Motivasi, Tokoh. 5 Comments.
Tags:berfikir, idea, impian, masa depan, Motivasi.
Bismillahirrahmanirrahim.....
Ambil sebatang pen dan sehelai kertas kemudian tulis,
‘Apakah perkara yang aku buat sekarang membawa manfaat di masa depan?’
Baguslah kalau jawapannya ialah YA! Tapi sila semak balik, manfaat yang macam mana? Inilah maksud tajuk artikel ini, ‘Berfikir Sekarang’. Andainya anda seorang pelajar universiti, berfikirlah bermula dari sekarang apa perkara yang boleh memberi manfaat kepada anda selain belajar? Jika anda seorang pekerja, fikirkan apa perkara lain yang memberi manfaat kepada anda di masa depan selain kerja yang anda ada sekarang?
Kenapa berfikir sekarang? Kerana tindakan hari ini bukanlah untuk kejayaan hari ini, sebalik tindakan itu untuk diri anda 5, 10, 20 atau beberapa puluh tahun akan datang. Dan ia mungkin juga manfaat kepada anda di hari akhirat kelak. Jadi berfikirlah sekarang… (more…)
Wallahualam.....
Posted on 15 September '09 by wanwma, under Islam, Minda, Motivasi, Tokoh. 16 Comments.
Tags:Abu Bakar, Ali, Allah, dunia, Malaikat Jibril, Nabi Muhammad SAW, Othman, Rasullullah, Saidina, Umar.
Bismillahirrahmanirrahim.....
Semalam saya dengar ustaz ngajo kat surau, ada banyak perkara yang bagus untuk kita jadikan amalan! Sayangnya saya yang pemalas ni tak bawak sebarang kertas dan pen untuk catatan. Jadi ada banyak benda jugak la yang tak teringat…suka saya kongsikan di sini kisah luahan Rasullullah tentang 3 kesukaannya.
Nabi Muhammad SAW bersabda, “Di atas dunia ini aku suka akan 3 perkara:”
1- Wangi-wangian
2- Isteri yang soleh
3- Ketenangan semasa solat
Lalu Saidina Abu Bakar menyampuk..’Wahai Rasul Allah, aku juga mempunyai 3 kesukaan dalam dunia ini!”
(more…)
Wallahualam.....
Bismillahirrahmanirrahim.....
Jika disebut sebagai manusia no.1 atas muka bumi ini, siapa lagi kalau bukan nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Hal ini jelas dikemukakan oleh seorang tokoh bukan Islam Michael H. Hart. Michael H. Hart adalah seorang ahli sejarah, pakar matematik dan pakar astronomi. Beliau telah menulis dan menerbitkan sebuah buku bertajuk The 100 pada tahun 1978. Buku ini kemudiannya diterbitkan semula dengan tajuk The 100: A Rangking of the Most Influential Persons in History oleh Carol Publishing Group pada tahun 1992. (more…)
Wallahualam.....
Posted on 9 August '09 by wanwma, under Islam, Kejayaan, Pemimpin, Tokoh. 6 Comments.