Login

    
Login

Coretan insan bergelar WanWMA.

Archive for 'Tokoh'

Menangis Mengingatimu…

Tags:, , , , , .

Bismillahirrahmanirrahim.....

Sempena ketibaan Maulidur Rasul kali ini, marilah sama-sama kita mengingati insan agung yang begitu mulia dan baik budi perkertinya, Nabi Muhammad s.a.w. Perbanyakkan selawat kepada banginda. Begitu banyak kisah hidup baginda dipahat menjadi sejarah agung yang tak mungkin kita lupakan. Di kesempatan ini, mari kita renungkan kembali sebuah kisah baginda dengan seorang pengemis Yahudi..

“Wahai saudaraku, jangan engkau dekati Muhammad. Dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir. Apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya.” kata seorang pengemis Yahudi yang buta di suatu sudut pasar Madinah al-Munawwarah.

(more…)

Wallahualam.....

Posted on 25 February '10 by wanwma, under Agama, Islam, Kejayaan, Motivasi, Pemimpin, Tokoh. 16 Comments.

Tan Sri Robert Kuok Hock Nien – Orang Kaya No.1 Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim.....

Kali ini saya ingin berkongsi kisah seorang tokoh yang menjadi orang no. 1 terkaya  di Malaysia. Jika anda ada cita-cita seperti saya iaitu untuk menyaingi kekayaan Bill Gate ( hahaha), anda perlu saingi orang ini terlebih dahulu! Hohoho….

“Beliau sungguh teliti, bercita-cita tinggi dan tak banyak cakap, mudah didampingi. Pertuturannya lemah lembut, sopan dan tertib. Kalau kita tak setuju dengan pendapat dia pun, kita pasti akan menghormati sikapnya,” itulah gambaran yang diberi oleh Tan Sri Ramon Navaratnam mengenai Robert Kuok.

“Kunci kejayaan beliau adalah keberaniannya mencuba apa jua bidang perniagaan, ditambah pula tenaga pekerjanya yang jujur dan setia” kata sumber yang enggan namanya disebut. (more…)

Wallahualam.....

Posted on 23 February '10 by wanwma, under Kejayaan, Tokoh, Umum. 20 Comments.

Ustaz Azhar Idrus

Tags:, , , , , , .

Bismillahirrahmanirrahim.....

Mungkin nama ini sudah tidak asing lagi bagi sesetengah daripada anda. Dengar nama ini saja anda dah terasa nak tergelak dan berguling-guling ketawa..hohoho..tetapi kepada sesiapa yang masih tidak tahu dan tidak kenal siapa itu Ustaz Azhar Idrus, dalam entri kali ini saya akan bercerita sedikit tentang diri beliau.

Saya bukanlah kenal rapat sangat dengan Ustaz Azhar Idrus ni, saya tak tahu berapa umurnya, apa sejarah pengajianya, cuma saya memang seorang penuntut yang pernah mendengar ceramah beliau secara dekat. Beliau adalah penduduk kampung saya. Saya mula mendengar ceramah beliau di surau sebelah rumah saya ni sejak tahun 1996 sehingga tahun 2000. Selepas itu saya keluar dari kampung untuk sambung belajar ke peringkat IPT dan Ustaz Azhar Idrus juga sudah tidak mengajar di surau itu lagi. (more…)

Wallahualam.....

Posted on 27 January '10 by wanwma, under Agama, Islam, Tokoh. 4 Comments.

Menghargai Sebelum Dihargai

Tags:, , , .

Bismillahirrahmanirrahim.....

Mungkin sudah banyak perkara yang kita lakukan dengan seikhlas hati. Tapi sehingga kini ia langsung tidak menunjukkan sebarang pancaran kejayaan. Apatah lagi untuk dihargai oleh orang lain?

Agaknya tidak keterlaluan jika saya kata orang asyik dok menunding jari menyalahkan kita, tak kiralah apa pun yang kita buat. Kalau sekarang kita sedang mengusahakan sesuatu kerja yang akhirnya tidak berjaya, kita akan di cemuh, dipandang sebelah mata, dikutuk dan mungkin juga dijadikan bahan tawa mereka.

Tidak pernah rasanya usaha perih jerih ini dihargai, apatah lagi untuk diberi sokongan…tidak hairanlah kenapa ramai orang takut kecundang. Ramai orang takut untuk memulakan langkah…

(more…)

Wallahualam.....

Posted on 19 December '09 by wanwma, under Kejayaan, Motivasi, Tokoh. 2 Comments.

Jangan Fikir Terlalu Banyak

Tags:, , , .

Bismillahirrahmanirrahim.....

Memang pun! Berfikir itu perlu, perancangan itu wajib tetapi bertindak itulah sebenarnya langkah pertama untuk berjaya. Ramai diantara kita takut macam siput sedut apabila ingin bertindak. Padahal apa pun tak berlaku lagi. Kenapa agaknya kita takut?

Jawapannya kerana terlalu banyak berfikir. Kita mahukan sesuatu itu perfeks. Kita tidak mahu lakukan sebarang kesilapan, kita tidak mahu gagal, kita tidak mahu kalah dan tidak mahu perancangan yang dihasilkan sia-sia. Namun kerana terlalu banyak persoalan dikaji, terlalu banyak perancangan, macam-macam penakulan dibuat, akhirnya satu apa pun kita tak buat. (more…)

Wallahualam.....

Posted on 14 December '09 by wanwma, under Kejayaan, Motivasi, Tokoh. 12 Comments.

(Agama) Kisah Sebutir Kurma

Tags:, , .

Bismillahirrahmanirrahim.....

Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke mesjidilAqsa. Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua di dekat mesjidil Haram.

Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak didekat timbangan. Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.

Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. Ia solat dan berdoa khusyuk sekali. Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya. (more…)

Wallahualam.....

Posted on 28 November '09 by wanwma, under Agama, Islam, Motivasi, Tokoh. 6 Comments.

(Motivasi) Berfikir Sekarang!

Tags:, , , , .

Bismillahirrahmanirrahim.....

Ambil sebatang pen  dan sehelai kertas kemudian tulis,

‘Apakah perkara yang aku buat sekarang membawa manfaat di masa depan?’

Baguslah kalau jawapannya ialah YA! Tapi sila semak balik, manfaat yang macam mana? Inilah maksud tajuk artikel ini, ‘Berfikir Sekarang’. Andainya anda seorang pelajar universiti, berfikirlah bermula dari sekarang apa perkara yang boleh  memberi manfaat kepada anda selain belajar? Jika anda seorang pekerja, fikirkan apa perkara lain yang memberi manfaat kepada anda di masa depan selain kerja yang anda ada sekarang?

Kenapa berfikir sekarang? Kerana tindakan hari ini bukanlah untuk kejayaan hari ini, sebalik tindakan itu untuk diri anda 5, 10, 20 atau beberapa puluh tahun akan datang. Dan ia mungkin juga manfaat kepada anda di hari akhirat kelak. Jadi berfikirlah sekarang… (more…)

Wallahualam.....

Posted on 15 September '09 by wanwma, under Islam, Minda, Motivasi, Tokoh. 17 Comments.

Salam Ramadhan dari WanWMA & Sahabat Baikku President Obama

Bismillahirrahmanirrahim.....

Sama-sama kita doakan supaya beliau bukan sahaja mempunyai nilai seorang pemimpin yang baik, tetapi turut dibukakan hatinya untuk memeluk Islam…

Salam Ramadhan kepada semua dan maafkan kesalahan diri ini zahir dan batin, semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun2 yang lepas! InysaAllah….

Wallahualam.....

Posted on 22 August '09 by wanwma, under Agama, Informasi, Pemimpin, Tokoh, Umum. 3 Comments.

3 Kesukaan Nabi…

Tags:, , , , , , , , , .

Bismillahirrahmanirrahim.....

Semalam saya dengar ustaz ngajo kat surau, ada banyak perkara yang bagus untuk kita jadikan amalan! Sayangnya saya yang pemalas ni tak bawak sebarang kertas dan pen untuk catatan. Jadi ada banyak benda jugak la yang tak teringat…suka saya kongsikan di sini kisah luahan Rasullullah tentang  3 kesukaannya.

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Di atas dunia ini aku suka akan 3 perkara:”

1- Wangi-wangian

2- Isteri yang soleh

3- Ketenangan semasa solat

Lalu Saidina Abu Bakar menyampuk..’Wahai Rasul Allah, aku juga mempunyai 3 kesukaan dalam dunia ini!”

(more…)

Wallahualam.....

Posted on 16 August '09 by wanwma, under Agama, Islam, Kejayaan, Pemimpin, Tokoh. 9 Comments.

No.1 Dari 100 Tokoh Paling Berpengaruh Di Dunia

Bismillahirrahmanirrahim.....

Jika disebut sebagai manusia no.1 atas muka bumi ini, siapa lagi kalau bukan nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Hal ini jelas dikemukakan oleh seorang tokoh bukan Islam Michael H. Hart.  Michael H. Hart adalah seorang ahli sejarah, pakar matematik dan pakar astronomi. Beliau telah menulis dan menerbitkan sebuah buku bertajuk The 100 pada tahun 1978. Buku ini kemudiannya diterbitkan semula dengan tajuk The 100: A Rangking of the Most Influential Persons in History oleh Carol Publishing Group pada tahun 1992. (more…)

Wallahualam.....

Posted on 9 August '09 by wanwma, under Islam, Kejayaan, Pemimpin, Tokoh. 7 Comments.

Kisah Motivasi daripada Sylvester Stallone

Tags:, , , , , .

Bismillahirrahmanirrahim.....

Kisah Sylvester Stallone ini dipetik daripada buku “Master Your Mind, Design Your Destiny, tulisan Adam Khoo”.

credit to: http://tinyurl.com/nt37a5

Pada kemuncak kariernya, Stallone adalah salah seorang pelakon yang menerima bayaran tertinggi di Hollywood. Dia menerima sehingga 20 juta dolar Amerika bagi sebuah filem. Adakah Stallone bernasib baik? Adakah dia seorang pelakon yang mempunyai bakat semula jadi? Adakah dia berada di tempat yang betul pada masa yang tepat? Tidak sama sekali!

Stallone berasal dari sebuah keluarga yang daif. Ibunya melahirkannya di tangga sebuah sekolah dan kelahirannya di-bantu oleh para pelajar sekolah itu. Pada saat kelahirannya, saraf mukanya cedera dan bahagian kanan wajahnya menjadi lumpuh.

Dengan itu, Stallone tidak mampu bertutur dengan jelas. Sewaktu dia kanak-kanak, ramai kanak-kanak lain mengejeknya kerana kekurangannya ini. Tambahan pula,namanya Sylvester sama dengan nama satu karakter kartun Looney Tunes. Tanpa menghiraukan semua kelemahannya, Stallone berazam hendak menjadi pelakon terkenal. Dia ingin memberikan inspirasi kepada orang lain melalui filem.

Seperti yang anda tahu, ramai remaja mempunyai impian menjadi bintang filem tetapi bagi kebanyakan daripada mereka, ia hanyalah angan-angan. Namun, Stallone menjadikan impian-nya suatu kemestian. Dia komited bagi melakukan apa sahaja demi mencapai cita-citanya. Langkah pertamanya adalah mendaftar di sebuah sekolah lakonan. (more…)

Wallahualam.....

Posted on 4 August '09 by wanwma, under Kejayaan, Motivasi, Tokoh. 6 Comments.