Tags:amanah, budaya kerja, fikiran kejayaan, idea kerja, ikhlas, kerja, Minda, motivasi kerja.
Bismillahirrahmanirrahim.....
‘Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ‘.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah… .’
Jadi renungi lah :- (more…)
Wallahualam.....
Posted on 5 February '10 by wanwma, under Minda, Motivasi, Pengurusan, Umum. 14 Comments.
Tags:boring, bosan, game, jawatan kosong, kerja, kucing, malas.
Bismillahirrahmanirrahim.....
“Boringnyer…….!!!!”
Ehem..tak ada kerja boleh menyebabkan kita mengeluh panjang. Tapi yang peliknya, bila ada kerja, dikeluhnya kerja terlalu banyak, bila tiada kerja dikeluhnya pula bosan dan sebagainya. Namun di mana-mana pun kita perhati, ramai orang lebih suka duduk saja dari bekerja.
Mari kita semak balik corak hidup kita. Orang yang berjaya bukan main lagi cari masa lapang untuk melakukan rancangan masa depan, kerja-kerja yang mereka minati dan sebagainya. Sebaliknya kita yang banyak masa ni asyik dok main games, facebook, chatting, menonton TV, lepak, keluar minum 3-4 jam, tidur dan macam-macam lagi. (more…)
Wallahualam.....
Posted on 23 December '09 by wanwma, under Minda, Motivasi, Umum. 8 Comments.
Tags:boleh, kisah motivasi, Motivasi, pandai, usaha.
Bismillahirrahmanirrahim.....
Dalam kehidupan harian kita, kita sering melihat perkara baru yang kita perasan ianya ada peluang untuk dikembangkan. Jika bukan untuk dikembangkan sekalipun, kita mungkin terasa minat untuk mendalami perkara tersebut.
Tetapi sayang, impian itu cuma angan-angan sahaja. Kenapa ia hanya menjadi angan-angan? Kerana sifat kita yang suka menyalahkan diri sendiri. Apabila nampak sesuatu yang agak sukar atau sesuatu diluar bidang kita, kita mula menaruh perasaan kosong yang mengecewakan diri sendiri. (more…)
Wallahualam.....
Posted on 22 December '09 by wanwma, under Minda, Motivasi. 3 Comments.
Tags:berfikir, cara berfikir, cara berubah, Minda, Motivasi.
Bismillahirrahmanirrahim.....
Sebelum sampai ke satu-satu destinasi, kita akan melalui beberapa langkah dan tempat yang kadang-kadang mahu tak mahu kita terpaksa lalu juga. Tapi yang pasti sebelum tiba ke tempat tersebut, kita akan mulakan dengan berfikir untuk ke sana. Kita akan merealisasikan 80% daripada apa yang kita fikirkan. Contoh jika nak makan, kita akan fikir nak makan dahulu kemudian barulah kita makan, jarang sekali jumpa orang yang tiba2 je pergi makan tanpa dia sedari. Huhuhu…
Sama juga keadaannya untuk berubah! Kita tidak akan berubah sebelum betul-betul berfikir untuk berubah. Kita tidak boleh membawa diri atau cara berfikir yang kita ada sekarang untuk berubah. Biar saya beri contoh lagi, dikatakan di America, ketakutan utama rakyat mereka ialah memberi ucapan depan khalayak ramai (sebenarnya kat Malaysia pun lebih kurang gak). Katakan kita salah seorang penakut tersebut, apa kita akan fikirkan? (more…)
Wallahualam.....
Bismillahirrahmanirrahim.....
Sering kita terdengar ungkapan ‘Be yourself!’ atau jadilah diri sendiri, betul tak? Sebelum tu jom kita semak balik, bolehkah kita jadi orang lain? Tak kira macam mana kita buat, kita tetap adalah diri sendiri. Jadi tidakkah ungkapan itu seperti kata-kata bodoh? Tak juga, kita sebenarnya perlu faham ungkapan itu sebenarnya untuk siapa.
Jika anda seorang penyanyi, kemudian anda cuba menampilkan diri seolah-olah anda sama dengan penyanyi terkenal seperti P. Ramlee, Sudirman dan sebagainya, anda telah melakukan kesilapan besar. Anda tidak boleh jadi seperti mereka, anda boleh ambil mereka sebagai contoh, tetapi perlu ubah dengan stail tersendiri. Inilah yang dimaksudkan dengan ‘be yourself’! (more…)
Wallahualam.....
Bismillahirrahmanirrahim.....
Zahirnya…
Kelihatan seorang lelaki termenung di sebuah jendela, duduk di atas kerusi malas dan seperti kebanyakan lelaki lain, rokok sentiasa menjadi peneman. Sering saya melihat keadaan seumpama ini. Kadang-kadang situasi ini sering juga menimpa diri, cuma bezanya saya tidak merokok…
Tidak kira lelaki atau wanita, kadang2 kita terusik dengan perjalanan hidup kita. Rasa dibelenggu masalah, kesusahan, kesempitan dan pelbagai igauan yang menyebabkan kita terfikir sejenak untuk mengubah nasib diri, ingin melakarkan masa depan yang lebih sempurna. Kadang-kadang usikkan ini berjaya mengalirkan air mata. Namun begitu tiada sebarang keajaiban berlaku. Kita masih berada dalam keadaan yang sama walaupun telah bertahun-tahun meniti usia. (more…)
Wallahualam.....
Posted on 21 October '09 by wanwma, under Minda, Motivasi, Tip & Panduan. 8 Comments.
Tags:alasan, ilmu, inspirasi, Kejayaan, kisah motivasi, Minda, Motivasi, nasihat, tip dan teknik, utama.
Bismillahirrahmanirrahim.....
Menjadi seorang yang bertanggungjawab menguruskan banyak perkara bukanlah perkara yang mudah. Namun saya masih ingat kata-kata dari isteri seorang jutawan yang amat berjaya. Katanya:
‘Saya tak tahu kalau bukan suami saya, siapa lagi yang sanggup berkerja seperti beliau!’
Kenapa beliau berkata begitu? Sebabnya beliau sentiasa menghina suaminya ketika zaman kemelesetan mereka. Beliau juga pernah mintak cerai. ..namun si suami tetap degil dan berusaha seperti seorang lelaki gila. (more…)
Wallahualam.....
Posted on 4 October '09 by wanwma, under Minda, Motivasi. 7 Comments.
Tags:berfikir, idea, impian, masa depan, Motivasi.
Bismillahirrahmanirrahim.....
Ambil sebatang pen dan sehelai kertas kemudian tulis,
‘Apakah perkara yang aku buat sekarang membawa manfaat di masa depan?’
Baguslah kalau jawapannya ialah YA! Tapi sila semak balik, manfaat yang macam mana? Inilah maksud tajuk artikel ini, ‘Berfikir Sekarang’. Andainya anda seorang pelajar universiti, berfikirlah bermula dari sekarang apa perkara yang boleh memberi manfaat kepada anda selain belajar? Jika anda seorang pekerja, fikirkan apa perkara lain yang memberi manfaat kepada anda di masa depan selain kerja yang anda ada sekarang?
Kenapa berfikir sekarang? Kerana tindakan hari ini bukanlah untuk kejayaan hari ini, sebalik tindakan itu untuk diri anda 5, 10, 20 atau beberapa puluh tahun akan datang. Dan ia mungkin juga manfaat kepada anda di hari akhirat kelak. Jadi berfikirlah sekarang… (more…)
Wallahualam.....
Posted on 15 September '09 by wanwma, under Islam, Minda, Motivasi, Tokoh. 16 Comments.
Tags:bekerjasama, Kejayaan, kisah motivasi, Minda, Motivasi, usaha.
Bismillahirrahmanirrahim.....
Suatu masa dulu ketika bekerja di syarikat swasta, saya memang hanyalah pekerja biasa yang hanya melakukan kerja seperti mana diarahkan. Jika tiada sebarang kerja, apa lagi…macam korang semua la jugak! Mengular sana sini, bersembang, tertido (bukan sengaja nak tido, tapi dah bosan sangat sampai tertidur) dan seumpamanya. Tapi hidup saya berubah….. dengan kesungguhan saya menyertai MLM dan minat untuk berniaga, saya membuat keputusan untuk berhenti kerja. Pendapatan saya masa berhenti kerja bukanlah dari bidang MLM tetapi dari hasil kerja saya sebagai seorang pelukis jalanan.
Saya keluar dari dunia pekerjaan dan tersentak dengan dunia perniagaan yang hampir saja membunuh cita-cita saya. Pelbagai andaian, kata-kata negatif dan cabaran dihempas ke atas diri ini. Tiada sokongan keluarga, tiada sokongan rakan dan tiada bukti kejayaan yang dapat saya jadikan tempat bergantung. Hanya satu kekuatan yang ada pada ketika itu iaitu motivasi. Saya menjadikan buku motivasi sebagai teman, seminar MLM sebagai tempat menimba ilmu, kata-kata semangat sebagai panduan dan doa sebagai tempat mengadu.
Pada suatu seminar MLM yang saya hadiri, saya tertarik dengan satu tajuk yang sehingga kini berjaya memberi perubahan besar dalam hidup saya. Tajuk itu ialah: (more…)
Wallahualam.....
Posted on 11 September '09 by wanwma, under Minda, Motivasi. 10 Comments.
Tags:ilmu, inspirasi, Motivasi, part time job, Perniagaan, tip dan teknik.
Bismillahirrahmanirrahim.....
Dalam undian yang dibuat oleh para pengunjung blog ini, nampaknya artikel tentang perniagaan menjadi pilihan ramai. Walaupun tak ramai yang mengundi, ia dah cukup untuk menunjukkan saya perlu lebihkan artikel tentang perniagaan.
Baik, apa maksud pastikan dua di atas? Sebelum menjawab soalan ini mari kita membuat sedikit analisis. Katakan sekarang anda sedang bekerja makan gaji. Anda selesa bekerja di sana, walaupun begitu anda masih ingin memulakan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan. Namun hasrat anda itu tidak sampai ke mana kerana sibuk memanjang..habis. (more…)
Wallahualam.....
Tags:ilmu, Minda, Motivasi, sedih.
Bismillahirrahmanirrahim.....

Di saat ini, ketika kita sedang bersuka ria, ada orang sedang menanggung kesedihan dan mungkin juga kesengsaraan. Hidup kita tidak selalunya cerah namun tidak juga selalu gelap. Perjalanan hidup yang penuh liku ini begitu sempurna diaturkan oleh tuhan. Anda mungkin sedang menghadapi saat-saat yang sukar anda hadapi ketika ini. Senyumlah walaupun dalam deraian air mata.
Saat ini bukan untuk anda jatuh, sebaliknya saat untuk anda belajar bangun kembali. Senyuman yang anda ukirkan walaupun pun pedih, mampu mengubati luka-luka kecil untuk anda terus bertahan. Siapa sangka Bill Gate berjaya menjadi orang no 1 terkaya di dunia setelah dibuang dari Univeristi? Siapa sangka KFC berjaya berkembang sehingga kini setelah resipinya ditolak 1000 kali, siapa sangka anda boleh menjadi ’seseorang’ suatu ketika nanti? Siapa sangka? Anda sendiri mungkin tidak menyangkanya. (more…)
Wallahualam.....
Posted on 22 July '09 by wanwma, under Minda, Motivasi. 3 Comments.