Soalan: SAYA berusia 20 tahun dan ada teman lelaki. Selama dua tahun hubungan, kami pernah terlanjur sehingga saya hamil dan dikurniakan anak lelaki.
Kami bercadang mendirikan rumah tangga, tetapi keluarga saya menghalang dengan alasan teman lelaki saya berasal daripada keluarga susah dan kurang berpelajaran.
Anak saya terpaksa diserahkan pada keluarga angkat bagi menutup malu keluarga. Sehingga kini saya masih berhubung dengan teman lelaki, tetapi ibu dan ayah memberi amaran mereka tidak akan merestui perkahwinan saya jika saya tetap berkeras mahu mengahwini lelaki berkenaan.
Saya buntu dengan keputusan keluarga. Saya tidak faham rasional di sebalik amaran itu kerana terang-terang saya ada anak dengan teman lelaki.
Saya mahu membina kehidupan baru yang diredai Allah, tetapi terlalu banyak halangan.
Sebenarnya entri kali ini tiada kaitan pun dengan filem Lagenda Budak Setan, sebaliknya saya memetik sebuah email yang dihantar oleh rakan tentang kisah saudara Azmil Mustapha. Apabila disebut nama Azmil Mustapha , majoriti generasi muda tidak akan dapat mengecam siapa orangnya. Tetapi sebut saja Ali Setan , ‘berkat’ daripada siaran ulangan filem tersebut di kaca televisyen , semua orang tidak kira yang kecil atau dewasa dari kalangan peminat filem Melayu pasti mengenal pelakon tersohor Malaysia dekad 80-an ini. Azmil, 55 (umur yang dikira beliau mengikut takwim hijri 22 Safar 1375H) adalah antara sebilangan artis di Malaysia yang melakukan ‘penghijrahan’ daripada kehidupan yang penuh ‘lagha’ kepada pengabdian diri kepada Allah. (more…)
Sedih apabila kita melihat anak-anak muda begitu asyik memaparkan bentuk badan dan semua bahagian badan yang begitu menghairahkan. Dengan gejala minah rempit, kegilaan masyarakat untuk menjadi artis, pendedahan aurat dalam laman sosial seperti Facebook, Tagged, Friendster, Myspace dan sebagainya. Tiada lagi rasa malu, tiada lagi nilai aurat dalam diri wanita-wanita islam, tiada lagi maruah diri dan tiada langsung rasa bersalah!
Lebih parah lagi ramai di antara mereka tidak pernah tahupun bagaimanakah sebenarnya cara menutup aurat dengan betul! Sebagaimana masyarakat berpakaian, sebegitulah mereka berpakaian. Sebagaimana golongan kafir berfesyen, sebegitulah mereka berfesyen!
Ya..saya kesal dan rasa amat terpanggil untuk melakukan sesuatu. Bantulah saya untuk membanteras atau sekurang-kurangnya lahirkanlah rasa kesal terhadap gejala ini dengan menyebarkan tag kartun di bawah. Tag kartun di bawah diambil khas dari kartun-kartun islamik yang dihasilkan oleh Kediakreatif.com. Tag yang di sediakan itu adalah ‘butang’ link ke halaman ini, iaitu Kempen Aurat Saya Maruah Saya!(more…)
Ustaz: Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu, Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi. Firman Allah S.W.T.: “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini, (Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.” (Al-A’araf:ayat 19).
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah, takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.
Pelajar: Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.(more…)
Sebelum ini ada orang bertanya kepada saya bagaimana Cara Memutuskan Hubungan Cinta. Sebenarnya rasa cinta itu adalah fitrah manusia, walau bagaimanapun fitrah itu ada peraturan dan panduan yang telah ditetapkan dalam agama kita. Lebih-lebih lagi hubungan cinta yang tiada sebarang ikatan dan cenderung kepada kemaksiatan.
Demi menjawab soalan yang telah diajukan, saya dengan rasa rendah hati menyatakan saya bukanlah orang yang layak memberikan pandangan muktamad. Kerana persoalan yang ditanya itu berbentuk subjektif. Cara Memutuskan Hubungan Cinta antara individu dengan individu yang lain adalah berbeza sama sekali. Namun untuk tidak menghampakan pihak penanya, saya akan bentangkan di sini sebuah dialog antara ustaz dan pelajar yang ditangkap khalwat. Semoga dapatlah kiranya kisah dialog ini diambil iktibar dan dijadikan pegangan untuk membuat keputusan sewajarnya! Selamat membaca..
Pelajar: Kami tidak berzina!
Ustaz: Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.
Pelajar : Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum adakah itu menghampiri zina?
Ustaz: Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.
Pelajar: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Ustaz: Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah S.A.W.“Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan.” (Riwayat Tabrani) . Syaitan akan menghembus perasa an berahi, kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.
Pelajar: Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun.
Ustaz: Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja, percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya? (more…)
Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.
Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini, kata seorang kakak berterus-terang.
Mengapa? balas saya.
Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, kakak punya berapa orang anak?
Sengaja saya bertanya soal-soal di luar kotak agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
Oh ramai encik..
Bagaimana dengan anak-anak kakak?
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
Kakak, boleh saya bertanya?
Tanyalah encik ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.
Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang menjadi dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?
Dengan cepat kakak itu menjawab, hati ibu encik tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran kata saya perlahan. Hampir berbisik.
Maksud encik? (more…)
Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan telah menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, “Hmm. Hari nak hujan.” (more…)
Tok kadi selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang
lafaz terima (ijab) ::::::::::::
Saya juga amat tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutny a. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skima sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya.
Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan tersebut maka ia sah. Jika bapa bakal isteri menyebut “saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau mungkin ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi’i, maka sahlah ijab dan qabul tersebut. Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka. (more…)
Antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia hari ini adalah apabila dimudahkan yang haram dan disukarkan yang halal. Sedangkan Islam menyuruh kita membentuk suasana atau iklim kehidupan yang menyukarkan yang haram dan memudah yang halal. Itulah tanggungjawab pemerintah dan umat iaitu menegak yang makruf dan mencegah yang munkar.
Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah dan membantu ke arah tersebut. Sementara mencegah yang mungkar adalah dengan cara menghalang, melarang dan menyukarkan jalan untuk sampai kepadanya. Namun, jika masyarakat hari ini menyusahkan yang halal dan menyenangkan yang haram, tanda kita begitu menjauhi ruh syariat islam yang hakiki yang diturunkan oleh Allah s.w.t. (more…)
Kali ini saya akan senaraikan beberapa kesalahan ejaan yang sering dilakukan oleh pelajar. Bagaimanapun rasanya saya juga tergolong di kalangan orang-orang yang sering salah dalam mengeja perkataan-perkataan di bawah. Meskipun pernah menjadi guru bahasa Melayu, saya sendiri tidak terlepas dari membuat silap. Yelah, dah manusia mana ada yang sempurna. Saya sebenarnya lebih mahir dalam bidang lukisan berbanding dengan penulisan…oh…
Berikut ialah kesalahan ejaan paling popular yang sering dilakukan: (more…)
Kisah kasih sayang ibu yang cukup hebat! Saya mungkin menangis jika berada ditempat kejadian. Alangkah mulianya si ibu..semoga Allah membalasnya dengan rahmat. Kita sering dihidangkan dengan tragedi bayi dibuang, bayi dibunuh dan kanak-kanak didera. Pelik, tiada sifat kemanusiaankah dalam diri insan-insan seperti ini?
Ambil contoh peristiwa di atas. Renung-renungkanlah bersama…
Pengalaman mengajar saya erti persahabatan dan erti bersangka baik. Suatu ketika di zaman saya menuntut ilmu. Saya mengenali seorang wanita yang agak pelik tingkahlakunya. Beliau suka berkawan dengan lelaki dan kurang bergaul dengan perempuan. Pakaiannya mengalahkan mak datin. Selalu pakai baju kebaya datang ke kelas. Selalu make-up dengan warna yang pelik-pelik. Dalam bilik beliau make-up, dalam kelas pun make-up lagi. Satu set alat make-upnya sentiasa dibawa bersama di mana jua beliau pergi.
Akibat sikapnya yang ‘jangok’ (kata orang Terengganu) ataupun terlalu suka berhias, beliau selalu diejek oleh rakan-rakan sekelas. Beliau tiada kawan perempuan yang rapat dengannya. Selalu saja datang ke kelas berseorangan dan pergi ke mana-mana pun berseorangan. Saya adalah teman yang agak rapat dengannya..(maksud saya tak la sampai duduk berdua-duaan). Saya ni jenis yang tak kisah sangat dengan semua benda-benda tu. Berkawan je macam biasa, biarlah apa orang nak kata pun.. (more…)
Saya ni seorg yang pendiam dan kurg bersosial.saya meminati bidang math,fizik dan kimia.tetapi saya tidk tahu apa pilihan kerjaya yg sy ada kerana sikap sy yg pendiam ini.saya juga seorg yg pemalu dan sukar berkata2 jika berdepan dengan orang ramai.boleh bantu saya?
Sebenarnya masalah ini melanda ramai anak-anak muda diluar sana. Meskipun pelbagai motivasi dan sesi kaunseling telah diadakan sejak peringkat sekolah lagi, soal ini masih menjadi igauan ramai. Mungkin unit kaunseling sekolah perlu dikaji semula? Entahlah, apa pun kita harap yang terbaik dari semua pihak untuk membantu mereka-mereka yang perlukan pandangan dan pendapat bernas dalam soal ini. (more…)
Manusia selalu terlupa
1 hari = 24jam
Satu TAHUN = 12 Bulan =
52 Minggu = 365 Hari =
8760 Jam = 525600 Minit
31536000 Detik/saat
Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun) <> 70th 60th – 70th (65th) Chart. Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti). Puratanya manusia meninggal ± 65 th.. (more…)
Kali ini kita akan berbincang bagaimana anda sebagai seorang isteri menghilangkan rasa curiga di dalam hati terhadap suami anda. Soalan ini ditanya oleh seorang pembaca blog ini, InsyaAllah saya akan cuba memberikan pandangan terbaik. Selain itu, saya harap para pembaca blog ini juga memberikan sedikit pandangan dan idea bernas yang boleh sama-sama kita manfaatkan!
Soalannya,
Macam mana hilangkan ragu2 hati ni pada suami…dengan keadaan sekarang ni dan rakan sekerja lelaki yang mempunyai hubungan lain luar rumah buatkan saya rasa curiga pada suami sendiri…
Saya menerima satu soalan dari seorang pembaca blog ini yang bertanyakan tentang kretiria sebuah organisasi cemerlang. Terima kasih kepada yang bertanya.
Sesebuah organisasi pada kebiasaannya berkait rapat dengan pengurusan syarikat. Manakala syarikat pula pada kebiasaannya berkait rapat dengan perniagaan. Bila menyentuh soal perniagaan, banyak perkara yang boleh dianggap sebagai kritikal dan perlu dititik beratkan. Bermula dari Misi dan Visi, strategi, pelan pemasaran, produk, khidmat pelanggan sehinggalah pengurusan pekerja. (more…)
Sempena ketibaan Maulidur Rasul kali ini, marilah sama-sama kita mengingati insan agung yang begitu mulia dan baik budi perkertinya, Nabi Muhammad s.a.w. Perbanyakkan selawat kepada banginda. Begitu banyak kisah hidup baginda dipahat menjadi sejarah agung yang tak mungkin kita lupakan. Di kesempatan ini, mari kita renungkan kembali sebuah kisah baginda dengan seorang pengemis Yahudi..
“Wahai saudaraku, jangan engkau dekati Muhammad. Dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir. Apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya.” kata seorang pengemis Yahudi yang buta di suatu sudut pasar Madinah al-Munawwarah.
Saya tidak mahu bercerita panjang tentang perkara ini kerana artikel ini dipetik dari blog orang lain. Anda boleh membaca keterangan lanjut mengenai perkara ini di blog tersebut. Klik di sini.
Bagaimanapun, marilah kita sama-sama mengucapkan kalimah yang membersarkan Allah di atas setiap ciptaan-Nya.
Di bawah adalah video yang menunjukkan sungai di dalam laut yang dinyatakan seperti tajuk di atas.
Hampir setiap hari saya menerima email, iklan di FB dan macam-macam bentuk pengiklanan yang menjanjikan pulangan wang cepat, mudah dan banyak. Pada kebiasaannya saya akan delete atau remove terus iklan seperti ini. Tetapi kadang-kadang saya akan membacanya juga untuk melihat potensi, strategi dan testimoni pengguna dan penjual.
Bagi saya, ada di antara sistem perniagaan, produk dan pelan yang dikemukakan sangat bagus dan berkesan. Namun ada juga yang tidak jelas dan amat tidak profesional. Pun begitu, ramai di antara kita ghairah menyertai program buat duit seumpama ini. Saya tidak kata ia suatu yang salah atau sia-sia, tetapi apa yang perlu kita fikirkan sebagai usahawan yang inginkan kemajuan dalam perniagaan adalah lebih jauh dari itu.
‘Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ‘.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah… .’