Friday , 21 July 2017
Terbaru

cinta

10 Cara Pamerkan Cinta Kepada Isteri

Cara Pamerkan Cinta Kepada Isteri Berikan isteri rasa selamat, elakkan diri menjadi agrasif. Ucapkan ‘Assalamualaikum’ ketika pulang ke rumah. Ia akan menghalau syaitan keluar dari rumah kita. Sabda Rasulullah, wanita itu diibaratkan sebagai kayu bengkok yang rapuh. Jika kita berkasar dengannya, ia akan patah. Jika kita biarkannya, ia tidak akan terus membengkok. Maka didiklah isteri dengan kasih sayang dan penuh ... Read More »

10 Tanda Bahawa Dia Sesuai Menjadi Pasangan Hidup Kita

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita. 1. Bersahaja Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia ... Read More »

Cinta, Tolong Sampaikan Kepada Si Dia

Cinta.. Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya.. Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya.. Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa.. Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa.. Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa.. Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia ... Read More »

WARKAH BUAT ADAM ; BILA MUSLIMAH JATUH HATI

Warkah buatmu kaum Adam, Penulisan ini bukan kerana nama, Malah bukan kerana harta, Tetapi hanyalah semata-mata kerana Rabbuna, Bukan sekadar coretan bahasa tetapi untuk meluahkan rasa, Setiap mahkota hati wanita pasti akan disinggahi perasaan ini, Namun, cuma ia berbeza dari kaca mata seorang wanita dengan seorang muslimah, Tindakan, perilaku dan bicaranya berbeza, Jika mata hati yang diguna, temuilah kau akan ... Read More »

Cerita Cintaku

Artikel ini adalah karya dari pembaca CahayaIslam.net __________________________________________________ Aku seorang manusia biasa.. dan ya.. aku juga punya perasaan.. Nak dimulakan cerita,, segumpal darah yang diciptakan dalam dadaku ni dimasukkan olehNya satu perasaan. Pada awalnya, aku cuba endahkan, ‘tak ada apa2 kot, tak kacau pun’. Tapi DIA ada menyebut dalam kitabNya yg aku sangat cintai, “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak ... Read More »

Yang Salah Bukan Cinta, Tetapi Cara Menzahirkannya

Dalam surah ar-Rum ayat 21 Allah menyatakan, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran.” ISLAM menggariskan akhlak yang terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang ... Read More »

Doa Cinta Nabi Daud

Ya Allah Aku mohon cintamu dan cinta insan yang mencintaiMu serta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu Ya Allah Jadikanlah cintaMu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku, dan air yang dingi Ya Allah Hidupkanlah hatiku dengan cintaMu dan jadikanlah aku seperti apa yang Engkau cintai Ya Allah Jadikanlah aku mencintaiMu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku ... Read More »

Pesanan Wanita Untuk Lelaki

Pesanan dari kami (wanita) untuk kalian yang bergelar lelaki. Jadilah seorang lelaki yang beriman, Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah, Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam, Yang sentiasa haus dengan ilmu, Yang sentiasa dahaga akan pahala, Yang solatnya adalah maruah dirinya, Yang tidak pernah takut untuk berkata benar, Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu, Yang sentiasa bersama kumpulan ... Read More »

Aduhai Cinta

‘Cinta Terlarang’ berpunca daripada hawa nafsu yang tiada dorongan daripada Ugama ‘Kalau perempuan tu dah lama tak balas mesej kita, agak-agak dia dah tak sukakan kita lagi ke, Afiq?’ Seorang sahabat saya bertanya. ‘Barangkali..’ saya menjawab acuh tak acuh, tidak mahu isu ‘cinta berdosa’ dibangkitkan menjadi topik perbualan malam itu. Sambil-sambil itu saya sengaja melakukan kerja lain. Sepatutnya dia seorang ... Read More »

Mengubati Mabuk Cinta

Di bawah ini saya senaraikan beberapa terapi yang dapat menyembuhkan penyakit mabuk cinta: Ikhlas Kepada Allah Apabila kita mabuk cinta, satu perkara yang perlu kita ingat ialah cinta itu sebenarnya untuk siapa? Benarkah cinta itu membuatkan diri kita semakin dekat dengan Allah? Benarkah cinta itu tulus kerana Allah? Jika tidak jauhkanlah diri dari cinta yang boleh merosakkan hati. Berdo’a. Bukan ... Read More »

Jatuh Cinta Pada ‘Ustaz’nya Dia….

Oleh: Iman Muda Asyraf Sewaktu di majlis perkahwinan anak Mudir Imam Muda, Ustaz Hassan Mahmud. Aku sempat berbual dengan ibu kepada Juara Imam Muda Musim Kedua iaitu Imam Muda Hassan. Ibunya begitu bersungguh menanyakan pengalaman aku sepanjang menjadi Imam Muda. Mungkin ada yang boleh dijadikan iktibar kepada anaknya. Makcik : “Asyraf…jadi imam muda ni banyak ujian dak? Aku : “Ujian ... Read More »

Puisi Cinta Untuk Suami Tersayang

Kadang-kadang aku rasa akulah Isteri yang terlalu banyak menerima Sedangkan engkau tak pernah meminta Kadang-kadang aku rasa Akulah isteri yang baru terjaga Sedangkan engkau tak pernah terlena Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir semua perkataan ku menjadi salah Datanglah ke sini dan pegang tangan ku Sementara ku cerita kehidupan isteri Harap dimengerti Kadang-kadang ku sakiti hati mu Bila ku tolak sentuhan ... Read More »

Saya Nak Kahwin, Tetapi Tiada Calon, Apa Nak Buat Ya?

Mungkin anda pernah mendengar keluhan seperti tajuk artikel ini dari kawan-kawan anda atau mungkin anda sendiri pernah meluahkannya? Dalam artikel kali ini kita ingin membincangkan sendikit tentang hal ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh kita rungkaikan dari kenyataan tersebut. Biasanya orang meluahkan kenyataan tersebut setelah ditanya “Bila mahu kahwin?”. Ramai yang memberikan jawapan seperti di atas sebagai jawapan pantas supaya ... Read More »

Bagaimana Untuk Bercinta Kerana Allah?

Imam Syafie pernah ditanya oleh isterinya, “Suamiku, apakah engkau mencintaiku?” Beliau menjawab, “Ya tentu saja, dirimu adalah sebahagian dalam hidupku.” Mendengar itu, isterinya bertanya lagi “Apakah engkau juga mencintai Allah? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam hati seorang mukmin, Cinta kepada Allah dan juga mencintaiku?” Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dengan pandangan mata yang lembut penuh kasih sayang. “Kerana ... Read More »

Berkahwin Dengan Orang Yang Dicintai Atau Mencintai Orang Yang Dikahwini?

Suatu hari seorang teman bertanya kepada saya: “Lady, ada 2 pilihan untukmu. 1. Menikah dengan orang yang kau cintai 2. Mencintai orang yang kau nikahi Mana yang kau pilih?” Saat itu spontan saya memilih yang kedua: Mencintai orang yang saya nikahi (menikahi saya). “Kenapa?” Hhm… iya ya, kenapa? Sebab jodoh adalah hal yang pasti, meski masih menjadi misteri bagi orang-orang yang belum ... Read More »

Bagaimana Memilih Pasangan Tanpa Couple?

Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian di awal perkenalan dengan pasangan masing-masing. Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu disyarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangkamasa yang cukup untuk mengenali pasangan. Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan-jalan dating dan berborak tanpa batasan. Konsep lima `K’ diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu “Kenal”, “Kelas”, “Kufu”, “Kasih” dan akhir sekali “Kahwin”. Read More »

Tip Cinta Untuk Merapatkan Hubungan Suami Isteri

Pasangan suami isteri masing-masing perlu berusaha menghiburkan hati pasangannya. Keharmonian rumahtangga amat penting untuk hubungan baik suami isteri disamping memberi ketenangan dan kebahagiaan kepada anak-anak.  Ibn Abbas pernah berkata: “Sesungguhnya aku suka berhias untuk isteriku, sebagaimana ia berhias untukku. Aku pun suka meminta agar ia memenuhi hakku yang wajib dia tunaikan untukku, sehingga aku pun memenuhi haknya yang wajib aku tunaikan ... Read More »

Bercinta Bukan Bercouple

Cinta adalah fitrah manusia. Kata orang cinta datang tanpa dipaksa. Ia juga pergi tanpa dipinta. Jika benar begitu, bagaimana kita dapat mengawal cinta yang hadir dalam diri? Sebelum ini saya pernah menulis tentang apakah itu cinta. Ia adalah amanah dari Allah. Penjelasan yang panjang lebar boleh di baca di sini. Ramai manusia percaya bahawa cinta itu adalah sebuah anugerah dan ... Read More »

Wanita Dan Lelaki Yang Baik Itu Sebenarnya Untuk Siapa?

Ramai di antara kita tahu tentang sebuah firman Allah yang menyatakan bahawa wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya. Firman Allah ini boleh ditemui dalam surah an-Nur ayat 26 yang bermaksud: “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki ... Read More »

Ulasan Tentang Kisah Cinta Nabi Muhammad & Siti Khadijah

Sejarah percintaan baginda Nabi Muhammad saw dengan Siti Khadijah telah banyak memberikan inspirasi kepada umatnya. Saya sendiri sering mengambil contoh kisah percintaan baginda sebagai panduan dalam bercinta dan memilih bakal isteri. Dengan mengikuti, memahami dan menghayati kisah cinta baginda, kita dapat pelajari banyak perkara yang akan menjadi sumber kekuatan kita dalam melayari hidup sebagai hamba-Nya. Antara pengajaran besar yang dapat ... Read More »