Monday , 23 October 2017
Terbaru

aurat

Antara Puasa & Aurat

Antara Puasa & Aurat. Dipetik dari perkongsian Ustaz Felix Siuaw 1. Berpuasa menahan diri dari lapar dan haus seharian | tapi di saat sama tersebab dosa membuka aurat terus dikumpulkan. 2. Dia jaga puasanya bahkan sampai hal yang terkecil dan sunnah | namun tak perhatian pada yang wajib, bahawa berhijab itu perintah Allah. 3. Berpuasa namun enggan menutup aurat | ... Read More »

Tidak Tutup Aurat Dikenakan Kompaun RM500!

KOTA BHARU – Operasi Gempur Aurat yang dilancarkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) membuktikan keseriusan MPKB-BRI menangani isu aurat, khususnya melibatkan peniaga di Kelantan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Wanita MPKB-BRI, Nor Azariza Mohd Alawi berkata, operasi bermula September sehingga Disember 2014, diadakan berikutan ramai dikesan mula leka dengan peraturan dikeluarkan sebelum ini. “Ia bukan perkara ... Read More »

Poster Siapa Mahram Saya?

Poster, Banner, Bunting Siapa Mahram Saya! Bantu diri, anak-anak, ahli keluarga, saudara mara dan masyarakat memahami tentang siapa mahram mereka. Dengan ‘SIAPA’ mereka perlu menutup aurat penuh, dengan ‘SIAPA’ mereka tidak boleh bersalam dan dengan ‘SIAPA’ mereka tidak boleh menikah! APA ITU MAHRAM? Mahram ialah orang-orang yang kita boleh bersentuhan atau bersalam dengannya. Tidak batal wuduk jika bersentuhan dan haram ... Read More »

Kalendar 2014 Dan Takwim Solat 2014

Alhamdulillah tahun ini CahayaIslam.net sekali lagi berjaya menghasilkan kalendar 2014 dan takwim khas untuk tahun 2014. Rekaan kartun kali ini menampilkan 3 kartun wanita muslimah. Biasanya kami hasilkan 1 karekter sahaja. Syukur diberi kesempatan untuk menyiapkan lukisan ini.   Kalendar 2014 Dan Takwin 2014 Dibuka Untuk Pre-Oder! Kalendar 2014 dan takwin 2014 ini masih lagi dalam proses penghasilan. Walau bagaimanapun ... Read More »

Tidak Tutup Aurat Depan Lelaki Bukan Mahram Di Rumah

Sering kita perhatikan wanita2 yang elok menutup aurat ketika di luar rumah, tetapi apabila berada di rumah sendiri mereka tidak menutup aurat di hadapan lelaki2 yang bukan mahram mereka. Samada di luar rumah atau di dalam rumah, hukum menutup aurat sama sahaja. Kita perlu menutup aurat apabila berhadapan dengan orang yang bukan mahram kita. Bukan menutup aurat ketika keluar rumah ... Read More »

Niqab Orang Malaysia

Bismillah. Suatu masa dahulu, saya pernah taksub dengan ideologi berniqab tanpa terlebih dahulu mengkaji apa sebenarnya yang tersirat di sebalik amalan tersebut. Suatu kali, saya pernah ditegur oleh seorang adik, “Wah, pakai purdah, tapi baju colourful, ni gerenti orang Malaysia ni.” Terpukul. Memang amat terpukul. Lalu kerana terpukul itulah saya mula mengkaji dan mencari ilmu mengenainya. Hari ini, di dalam negara ... Read More »

Poster Siapa Mahram Saya?

Poster Siapa Mahram Saya? Dengan Siapa Saya Tak Boleh Salam Dan Perlu Menutup Aurat? Alhamdulillah. Pihak kami telah siap menghasilkan 2 poster ‘siapa mahram saya’ untuk lelaki dan perempuan. Rujuk gambar di bawah: Klik gambar untuk besarkannya Poster ini sesuai dan patut ditampal dalam setiap rumah supaya kita dan ahli keluarga sentiasa ingat dengan siapa kita boleh dan tak boleh ... Read More »

T-Shirt Muslimah Kempen Aurat Saya Maruah Saya

T-shirt Muslimah Kempem Aurat Saya Maruah Saya kini dibuka untuk tempahan. Sejak Kempen Aurat saya Maruah Saya dilancarkan pada tahun 2010 dalam FB, ia telah mendapat sokongan dari orang ramai. Sepanjang tempoh itu kami tidak pernah keluarkan T-Shirt khas untuk kempen ini. Ramai yang bertanya tentang t-shirt muslimah kempen ini, namun kami tidak dapat menghasilkannya di masa lepas. Alhamdulillah.. kini ... Read More »

Poster Dakwah Tutup Aurat

Ramai orang bertanya, bagaimana untuk memberikan nasihat kepada kenalan kita yang tidak menutup aurat tanpa melukakan hatinya? Buat mereka yang mahu menyampaikan pesanan dan nasihat secara lembut kepada saudara mara, kenalan, pelajar dan masyarakat, anda boleh berikan mereka poster ini. Samada beri secara terus, tampalkan di dalam rumah, di sekolah, kolej dan seumpamanya. Ada orang mungkin kurang suka dengan apa yang ... Read More »

Pakai Tudung Pada Wajah, Mata, Suara Dan Hati

Menutup aurat bukan sekadar menutup rambut di kepala. Sekurang-kurangnya ada empat perkara yang mesti ditutup dengan “tudung”. 1. “Tudung” pada wajah. Jangan dibuat wajahnya sengaja mengundang fitnah, berhias dengan tujuan tabarruj iaitu menampakkan perhiasan dan kecantikan untuk tatapan mata orang ramai. Kecantikannya khusus untuk suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. 2. “Tudung” pada mata. Jangan matanya memandang lelaki lain selain ... Read More »

Aurat : Antara Hati Dengan Amalan

DON’T JUDGE A BOOK BY ITS COVER Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat. “Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi” Katanya memberi buah fikirannya. “Malah, ... Read More »

9 Tips Menutup Aurat Supaya Kelihatan Lebih Cantik Di Sisi Allah

Petikan TIPS MENUTUP AURAT: Solusi Isu 26. Semoga ia dapat menjadi penguat hati wanita untuk mula menutup aurat dan kekal menutup aurat… 1. TAHU Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum hakam berkenaan aurat dll. 2. SEDAR Bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk ... Read More »

Jangan Menggunakan Akal Memahami Hukum Tutup Aurat

Soalan: “Sory sbb gune eng, tgh practice da lame x wat ayat2 eng. anyway sbenar mmg sy tau toe to ankle tu aurat sbb byk org ckp perkara nh termasuk ibu & makcik tp deme x penah nk terangkan. jd kalo bole sy nk memahami maksud disebalik perintah tersebut xnk ikut secara membabi buta. sy ader bace bab2 aurat tp ... Read More »

Apa Yang Seorang Muslimah Solehah Itu Tidak Lakukan?

Kain Yang Nipis Muslimah tidak menggunakan kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg tidak layak dipakai oleh muslimah.. Rantai Kaki Muslimah tidak menggunakan rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. ... Read More »

Yang Wajib Ialah Menutup Aurat, Bukan Bertudung

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya,malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Sebab itu syariat menetapkan supaya wanita pakaiannya adalah pakaian yang longgar dengan warna yang tidak menarik menutup seluruh badannya dari kepala sampai ke kaki. Kalau dilihat pada nilaian dunia, barang-barang berharga seperti intan dan berlian dibungkus ... Read More »

8 Etika Pemakaian Wanita Muslimah

1. Pakaian itu mestilah menutup aurat Rasulullah saw bersabda : Telah berkata Aisyah .a “ Sesungguhnya, Asma’ binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak ... Read More »

Ramai Menangis & Insaf Membaca Kisah Si Kecil Ini…

Suatu hari selepas saya memberikan satu pengisian di dalam slot bersama remaja, datang seorang remaja darjah 6 duduk di tepi meja saya. “Ustazah, doakan saya supaya dapat 5A dalam UPSR.” “InsyaAllah, UPSR 5A.” Selepas saya berkata sedemikian, dia masih tidak berlalu pergi. Dia tetap duduk sahaja dekat dengan meja saya. Katanya lagi, Read More »

Kesalahan Pakaian Lelaki Dalam Islam

Biasanya kita membicarakan soal pakaian dan aurat wanita, kali ini kita ingin menyentuh tentang kesalahan pakaian lelaki pula. Orang-orang lelaki sekarang ramai yang tidak endahkan dosa pahala mereka dalam berpakaian. Mungkin kerana kurangnya penekanan sejak dibangku sekolah. Malah seluar pendek yang tidak menutup aurat itu diiktiraf sebagai pakaian sukan yang sah di negara ini. Ikuti keterangan lanjut tentang kesalahan pakaian ... Read More »

Dilindungi Allah Setelah Bertudung Labuh

Akak , kenapa akak pakai tudung labuh?’ soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang mencari – cari identiti diri. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita – wanita berakhlak ... Read More »

Tips Awal Sebelum Bertudung Labuh

“…Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu….” [surah 24; an-Nur; ayat 35] “Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti); dan Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus.”[surah 24; an-Nur; ayat 46] Saya percaya… ramai sahabat-sahabat, adik-adik mahupun kakak-kakak diluar sana yang hatinya telah lunak & lembut disapa ... Read More »