Nak Apa Masa Tunang?
Dalam masa terdekat ni saya menerima banyak undangan perkahwinan…ah, tak sempat nak pergi semua tempat…maaf la jika saya terpaksa menghampakan sesetengah daripada korang..Tahniah kepada korang semua!
Wah..member2 ku semua dah nak kahwin! Ni yang jeles ni!
Bagi mereka2 yang masih membujang seperti diri ini, boleh la planning slow2 untuk masuk meminang mana2 gadis idaman hati, tak payah la nak couple2, ni hah…saya nak kongsi barang2 yang diperlukan untuk masuk meminang…maklumat ni saya dapat dari sini.

Untuk sebarang persediaan barang hantaran, perkara yang perlu diambil kira juga adalah budget kewangan yang anda sedia keluarkan untuk membeli barang yang ingin dihadiahkan.
Mengikut adat pula, kalau pihak lelaki hadiahkan 5 dulang, pihak perempuan pula balas dengan 7 dulang. Kiraan ganjil dan mestilah hantaran pihak perempuan lebih daripada pihak lelaki.
Disini saya sertakan senarai barang yang sesuai untuk majlis pertunangan. Selalunya kita berikan hadiah yang nanti kita boleh gunakan semula untuk majlis perkahwinan – contohnya kain pasang untuk lelaki/perempuan boleh dibuat baju nikah (kalau tak nak sewa).
Hantaran pihak lelaki
1. Cincin merisik
- tak wajib, tapi elok ada – cincin belah rotan pun sesuai
2. Cincin tunang
- sekarang ni selalunya boleh ajak buah hati beli sama-sama, biar dia pilih sendiri. tapi kalau nak surprisekan si dia pun boleh juga.
3. Tepak sirih
- kalau budget lebih boleh bagi terus tepak sirih tu, kalau budget kurang boleh sewa dan bagi buat syarat – nanti lepas dua tiga hari majlis; minta si dia pulangkan balik.
4. Baju sepersalinan
- Kain 4 meter yang belum dijahit ataupun baju sepasang yang dah siap.
- pilih warna yang sama supaya nanti anda berdua bila pakai baju tersebut sepasang gitu.
- kalau si dia pakai tudung, boleh hadiahkan tudung sekali.
5. Makanan
- kuih-muih, pulut kuning atau kek
6. Buah
7. Coklat atau manisan lain seperti gula-gula/halwa.
Hantaran pihak perempuan
1. Sirih junjung
- sebagai membalas tepak sirih tadi. Andaikata pihak lelaki bawa sirih junjung, tak apa kita boleh balas dengan sirih junjung juga.
2. Baju sepersalinan
- kain pasang untuk buat baju melayu atau baju melayu siap, warna yang sama.
3. Kain songket
- ini boleh buat samping pakai dengan baju melayu
4. Songkok
- juga boleh pakai sekali dengan baju melayu
5. Makanan
- kuih-muih
6. Buah
7. Coklat atau manisan
8. Kek
9. Potpouri / bunga rampai

Kak Jie dulu zaman perjalanan dari Selangor ke Kedah tu terasa amat’jauh’ berbanding skrg.
semuanya serba ringkas.
cincin, baju sepersalinan dgn tudung dan manisan.
Kujie’s menulis tentang..Mood Yang Hilang
[Ulas]
kakak aja nak betunang ujung bln neh
hantaran buat simple2 je
7 balas 5 je(terasa cm byk gak)
xpayah byk2.wat membazir jet
tunang pun jangan lama2.
tunang kejap pastu terus kawen.
pwincess AJA’s menulis tentang..♥WHITE OR BLACK?♥
[Ulas]
wan wma Reply:
May 22nd, 2009 at 7:10 am
waaaahhhhh….dah nak tunang! Tahniah kak!
[Ulas]
wah dh ckp pesal tunang ne..tuan punya tanah dh ade gadis pilihan hati yea..bilenya nak bertunang tu? :p
[Ulas]
lambat lagi saya nak bertunang….hohoho
[Ulas]
Erm..agak penin gak r kpale bl pk psal tunang nie..
zana plan mk tunang raya nie..so ada ms 3 buln dr skrg?
ingat nk prepare brg time mega sale awal buln 7 nie..
rsnye ok x?
[Ulas]
@zana85
Ok ler tu Zana…semoga berjaya!
[Ulas]
samela kite..bulan oktober ni plan nk tunang tp satu haram pun tak prepare lg..mcm ne tu?
[Ulas]
salam!saya baru lepas bertunang pada 060609 baru2 ini. hantaran dalam 7-9. masa nak bertunang ni pun saya prepare last minuite. barang2 semua saya beli masa JJ OU buat sales untuk member card. if tak teruk juga saya dibuatnya. tambah2 lak barang kemas sekarang ni makin mahal…saya harap u all dapat buat persiapan awal. ini pun saya dok prepare untuk beli barang kemas seawal yang mungkin untuk kawin tahun depan..bukan apa dengar citer nak kat raya ni barang kemas naik harga? pening2
[Ulas]
dah nak tunang bulan 1/8/09 ni…
tapi barang sume cam tak ready lagi…coz family die pon baru je g tau…
rr…cam ne ni..rase2 sempat tak???
[Ulas]
@erlyna
alamak! barang nak naik pulak ker? Haiya!! kering la cam ni…
[Ulas]
huhu..itu sudah tentu..semunya persediaan kena ada..so jika dah jumpa dan berkenan dihati..mulakanlah langkah untuk yang seterusnya.
[Ulas]