Kelmarin saya telah pergi ke sebuah kedai untuk photostat buku How I Turned $1000 Into Five Million In Real Estate yang ditulis oleh William Nickerson. Buku ini adalah sebuah buku lama (1980) berkaitan cara-cara penulis menghasilkan wang langkah demi langkah dalam hartanah. Kat tempat saya memang dah tak ada jual buku ni. Ni pun saya pinjam kat Perpustakaan Awam Kuala Terengganu. Tu pasallah saya pergi photostat.

Tanpa diduga, tokey kedai itu (cina) bergitu berminat dengan apa yang tengah saya pelajari dan baca ini. Beliau juga ada melakukan perniagaan berkaitan hartanah. Apa lagi, beliau terus menjemput saya menyertainya dan sama-sama melakukan perniagaan ini (broker tanah). Beliau juga menceritakan bagaimana seorang rakannya (krontraktor longkang) telah dapat untung puluhan ribu hasil daripada mengusahakan pelaburan hartanah secara sambilan.

Nampaknya tuhan telah membuka lembaran baru dalam hidup saya untuk menerokai bidang hartanah. Telah agak lama juga saya belajar berkaitan perkara ini, cuma masalah yang saya hadapi adalah tiada orang berpengalaman yang boleh membantu. Syukurlah Allah telah menemukan saya dengan orang yang mempunyai minat yang sama dan agak pengalaman. Kepada sesiapa yang berminat menerokai bidang hartanah, saya amat mencadangkan anda membaca buku ini.

p/s: Saya akan mencuri sedikit masa saya untuk membuat post dalam blog ini. Saya amat rindu untuk menulis di sini walaupun agak sibuk dengan projek yang sedang saya usahakan. Terima kasih kerana sentiasa sudi melawat blog saya!