SALAM AIDIL ADHA
Post Pengenalan December 20th, 2007
Hari ini, 20/12/2007 merupakan Hari Raya Haji kepada seluruh umat Islam di muka bumi ini. Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha saya ucapkan.
Hari ini juga merupakan hari pertama saya memulakan penulisan dalam blog ini. Walaupun badan saya kurang sihat kerana deman (dah 3 hari termasuk hari ni), saya teruskan juga kerana terasa begitu sayang untuk membiarkan masa berlalu begitu sahaja.
Saya memulakan post pertama pada hari ini bukanlah bermaksud blog ini sudah siap. Banyak lagi sebenarnya masalah teknikal yang tidak dapat saya selesaikan dan tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikannya. Tapi takpe, saya yakin rakan2 dalam forum pasti dapat membantu saya satu persatu kelak.
Masalah teknikal itu bukanlah halangan bagi saya untuk memulakan penulisan pertama saya dalam blog ini. Cuma saya tidak dapat memikirkan cara2 untuk menyelesaikannya buat masa ini kerana kepala terasa sangat pening ( kan dah cakap tadi saya deman..hehehe). Ya, kepala saya terasa sangat pening! Namun saya teruskan juga kerana semangat untuk melihat blog ini melangkah ke tahun 2008 dengan persediaan yang sudah lengkap untuk diperkenalkan!!
Em, walaupun perkara ini tiada kaitan dengan blog ini saya ingin juga meluahkan rasa syukur dan ucapan tahniah kepada kakak dan abang ipar saya yang telah berjaya mendapatkan anak perempuan pertama semalam. TAHNIAH!! Penantian sudah berakhir. Hehehe..Untuk pengetahuan anda, saya ada 3 orang kakak dan semuanya mendapat anak lelaki. 7 orang semuanya. Dah lama kami sekeluarga kempunan untuk mendapatkan sorang anak buah perempuan. Akhirnya semalam, malam raya yang penuh berkat, lahirlah anak perempuan pertama dari kakak saya yang nombor tiga (uwekk..uwekk).
Saya? Jangan la tanya saya, saya belum kawin lagi. Mana la nak dapat anak!!
hehehe, just kidding! Maafkan saya jika penulisan saya ini agak santai, mungkin ada sesetengah pihak akan menganggap saya kurang profesional. Saya tidak dapat berbuat apa2 jika mereka beranggapan sebegitu kerana konsep yang ingin saya sampaikan dalam blog ini adalah konsep bersahaja, santai dan releks tetapi dipenuhi dengan maklumak yang berguna. Walau bagaimana pun untuk post permulaan ini saya tidak akan terus menuju ke arah tujuan blog ini dihasilkan. Saya mungkin akan lebih menceritakan sedikit sebanyak perkara berkaitan diri saya.
Tak kenal maka tak cinta! Betulkan? Ada baiknya kita berkenalan dulu sedikit sebanyak, adalahlah lebih baik mendapatkan maklumat daripada orang yang kita kenal daripada maklumat yang datang entah dari mana. Dengan itu kita boleh bertanya terus sebagai seorang sahabat tentang ap2 perkara yang kita musykil!
Baik, sampai sini dulu…SALAM BLOGGER!




Recent Comments