Terima Kasih
Umum, Pesanan February 6th, 2008
Terima kasih di atas kesudian anda melawati dan melayari blog ini. Post kali ini sekadar untuk menyatakan rasa penghargaan yang tidak terhingga di atas keperihatinan dan sokongan anda terhadap kelahiran blog saya yang serba kekurangan ini. Di samping itu juga suka sekali saya mengingatkan bahawa ini adalah blog motivasi dan bukannya blog untuk saya melakarkan karya seni dan sebagainya.
Kehadiran post sebelum ini (Lukisan Potret Percuma Untuk Anda) adalah sekadar pengumuman tentang aktiviti saya bersama pembaca. Terima kasih kepada pembaca semua kerana sudi menunggu. Hanya tinggal 1 hari lagi untuk anda mengetahui syarat mudah untuk mendapatkan lukisan potret percuma dari saya. Walau lukisan saya mungkin tidaklah secantik mana, tetapi saya harap anda dapat menghargainya kerana saya terpaksa menghabiskan masa dan wang untuk menghadiahkanya kepada anda. Saya juga telah menerima ratusan tempahan sejak saya mula melukis potret 2-3 tahun dahulu. Terima kasih kepada semua pelanggan yang sentiasa memberi inspirasi kepada saya. Anda telah membantu saya untuk meneruskan kehidupan!
Ucapan terima kasih anda, nasihat, kutukan dan cemuhan anda telah membantu saya untuk memahami sedikit sebanyak tentang erti kehidupan, memahami betapa manis dan sukarnya memperjuangan perniagaan. Anda telah banyak memberikan motivasi kepada saya. Andalah harapan saya untuk meneruskan perniagaan. Andalah yang telah membantu saya untuk mencari rezeki di bumi Allah ini. Anda telah menjadi teman dan sahabat saya. Hanya anda yang memberi sokongan kepada saya untuk meneruskan usaha saya dikala keluarga, saudara mara dan sahabat seolah-olah tidak memahami diri ini. Terima kasih dan terima kasih sekali lagi buat semua pelanggan yang saya hormati! Syukran Jazilan…




February 6th, 2008 at 12:28 pm
Ayuh! Teruskan Wan! Jgn bimbang ramai yang memberi sokongan kepada usaha murni anda. Alfu Mabruk ya bey!
February 9th, 2008 at 6:16 pm
Pergh cantik siot… baguslah ko ni wanwma… Pasni ko ble la jual potret plak ek? Market untuk ko masih terbentang, sbb blm ada orang wat lagi kat Malaysia ni agaknye… Good Luck la!