Selamat Hari Ibu
Penghargaan, Video, Umum, Nasihat, Pesanan May 8th, 2008

Tarikh 11/05/2008 ini adalah hari yang bersejarah buat ibu-ibu yang disayangi sekalian.
Tiada ucapan, coretan, ungkapan, nada atau sebarang seni dapat menandingi kasih sayang dan pengorbananmu wahai ibuku.
Dirimu umpama udara yang menjadi teman hidup seluruh umat manusia.
Mungkin tidak bisa aku lafazkan dengan kata-kata atau rungkaikan sebarang perkataan untuk menzahirkan kasih sayangku kepadamu..
Namun, aku tidak dapat menahan diri ini dari mengambarkan perasaan ini kepadamu. Aku sayang padamu, ibuku…
Maafkanlah segala kesalahan anak kecilmu ini, halalkanlah segala detik yang berlalu ketika aku bersamamu.
Kenakalan, kekurangan dan kedaifan diri ini hanyalah suatu kelemahan untuk menerima teguranmu.
Ia bukan bermaksud anak kecilmu ini tidak berguna, tetapi sekadar kelemahan untuk mendapatkan perlingdungan dan kasih sayang daripadamu..
Ibu….
Kasih sayang ibu menjadi benteng kekuatanku.
Nasihat ibu menjadi noktah keputusanku.
Sentuhan ibu menjadikan aku manusia berguna.
Keikhlasan ibu menjadikan aku insan yang mulia.
Di hari ibu yang mendatang, akan aku hadiahkan titisan air mataku kepadamu..
Tanda kasihku kepadamu…
Tanda doaku yang ikhlas kepada tuhan…
Supaya ibu sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang daripada-Nya..
Supaya ibu bersama dengan orang-orang yang mulia disisi-Nya..
Supaya ibu ditempatkan di SYURGA.
Amin…
Terima kasih
Ampunkanlah segala kesalahanku…




May 9th, 2008 at 1:47 pm
selamat hari ibu pada semua ibu di dunia nie :)) sygg ibu
May 11th, 2008 at 12:41 pm
Assalamualaikum Wan…
Bagi Reez, Hari Ibu wajar disambut setiap hari… Bukan pada satu2 tarikh khusus seperti 11 Mei dan sebagainya…
Memang benar… Ibu adalah pelita hati kita… Tanpa ibu, kita mungkin tidak berpeluang menikmati kehidupan seperti sekarang ini… Jasa dan pengorbanan ibu tiada tolok bandingnya… Dari waktu kita dilahirkan sehinggalah kita dewasa, tidak pernah sedikit pun kasihnya terluak…
Reez tak boleh gambarkan bagaimana kehidupan Reez selepas ini jika ibu Reez tiada disisi… Bagi Reez, dialah satu2 permata hati Reez yang ada…
Sayangi ibu kita sebagaimana kita menyayangi diri kita sendiri…
May 11th, 2008 at 1:36 pm
Betul. Selamat hari ibu. Hadiahkan diorang satu senyuman untuk mereka hari ini.
titan’s menulis tentang..Open Case : Buat Duit Dengan Centrinads
May 11th, 2008 at 4:09 pm
Ibu,mama.emak,ma,umi.semuanya lain ayat tapi sama maksud dan tujuan, tak lain dan tak bukan untuk mengambarkan seorang insan yang melahirkan kita,ye tak..? Penting sangat ke ibu, tak penting pun, tapi kalau tak penting kenapa aku bangga ada ibu.
Ibu teman setia, yak nak muntah.”ade ke kawan dengan orang tua,ape klass”.Tapi kenapa bila aku sunyi atau berjauhan wajah pertama muncul ialah ibuku.
Tahu tak ..? ibuku wanita hebat lebih hebat dari ayahku, tak percaya ..dengan ketabahannya dan dedikasinya mendidikku menjadikan dia lebih hebat,berapa kerat ayah yang sesabar ibu,kalau ada itu satu kekuatan yang patut dibangggakan
Percaya tak disuatu masa dan saat, aku malah kamu akan sangat kepingin untuk mengundur masa,malah jika boleh dibeli masa dengan apa sekalipun kamu malah aku akan sanggup. kerana disaat itu terlalu banyak perkara yang kita mula hitung dan kita renungi.Tentang kesetiaan seorang ibu,tentang kecekalan seorang ibu,tentang manisnya tawa seorang ibu dan tentang segala-galanya mengenai seorang ibu.
Alangkah baiknya jika aku lebih sabar,sesabar ibuku tentunya aku tidak meninggi suara malah tingkahku juga tidak sekasar mimpi-mimpiku.
Sedih..sedih..Sungguh sedih andai kata kematian adalah jalan terbaik yang kita ada untuk merungkaikan betapa kasih ibu itu suci dan tulus.
Fahamilah ibumu ,mungkin dengan memahaminya akan menyebabkan kebahagiaan yang kau rasai, dapat dinikmati orang lain.
May 11th, 2008 at 4:28 pm
sorry yek terlebih taip la pulak, maaf tuan empunya blok WMA
May 11th, 2008 at 7:11 pm
Tak pe qalbu..saya suka baca pandangan anda! Sangat tepat kenyataan yang diberi..ibu anda pasti bangga dengan anda!
May 11th, 2008 at 7:17 pm
Reez - betul apa yang dikatakan oleh anda. Dalam banyak2 hari yg berlalu, kita ambillah sehari sebagai hari yg paling istimewa buat ibu..semoga dengan ini dapatlah kita meraikannya bersama seluruh dunia.