Lakaran Lukisan Potret Percuma Untuk Anda!!!
Pengumuman, Pesanan February 3rd, 2008


Hohoho…kini saya telah pun mula untuk mengisi aktiviti masa lapang saya dengan melukis potret! Dan berita baiknya adalah saya bermurah hati untuk memberikan hadiah Lakaran Lukisan Potret wajah anda secara percuma! Ya! PERCUMA! Termasuk bayaran Pos!
Anda boleh hantarkan kepada saya gambar sesiapa sahaja yang anda suka, sama ada gambar anda sendiri, gambar ibu bapa anda, sahabat, kekasih, anak atau mungkin sesiapa sahaja yang anda minat. Tetapi gambar tu mestilah sopan yer…
Bagaimana cara untuk mendapat hadiah percuma ini? Tentulah ada syarat dan peraturannya. Tapi anda jangan bimbang…syaratnya bukanlah susah sangat, saya tak akan suruh anda menjual, menulis komen, mencari pelawat atau sebagainya. Saya hanya ingin anda…bersambung…
(Alamak!…Bersambung la pulak! Post ni akan saya sambung hari Khamis ni!)




February 3rd, 2008 at 8:36 am
wah wah.. bestnye.. cepatlah beritahu..
February 3rd, 2008 at 9:52 pm
adeihh… ada syarat la plak… tul ke free nih?
February 3rd, 2008 at 10:25 pm
Betul..syaratnyer senang jer, sy pun tak faham kenapa saya beri syarat yg begitu senang!
February 3rd, 2008 at 11:59 pm
lukis pakai charcoal , atau ada software tertentu. kalo ada software kongsi le
February 4th, 2008 at 12:48 am
wah, pandai melukis rupnya..cantik plak tu!Saya suka gambar Tuan Guru Nik Aziz tu.
February 4th, 2008 at 7:34 am
ala pyan, ni lukis pakai tangan je ni..tak guna sofware pe pun..cuma guna photoshop skit pasal nak edit buat masuk dalam blog ni…hehe..terima kasih semua…
February 4th, 2008 at 12:07 pm
Wah Zuhairi, awak pun suka yer..saya pun suka gak gambar tu. Idola saya tu…hehe.
Saya pun nak jgk…apasal sambung hari khamis plak? lamanya nak tunggu…huhu.
February 4th, 2008 at 12:50 pm
Ooo..tu pun idola sy gak tu, tu pasal la letak kt sebelah gmbar sy tu!
msalah sekarang cpanel x bleh login! Internet ada problem. sy nak setig apa2 pun susah…dh 5 hari dah…
February 4th, 2008 at 2:47 pm
boleh la lukis gambar saya lepas nih
February 4th, 2008 at 3:40 pm
Aiseh..Lawa tu lukisan wma!
Huhuu..Betul ker FREE ni?
Hohoo..Camni boleh lerr suh wma lukiskan potret awek Q utk hadiah Valentine Day nanti! Hahaaa..

February 4th, 2008 at 7:11 pm
Hai! nampaknya ramai minat ni.. wanwma kena buka blog khusus utk galeri lukisan plak.. hai wanwma lukis potret saje ke, padang bola boleh tak? ehemm:) gambar TG tu pos kat saya je la yek
February 5th, 2008 at 1:07 am
Kepada Wan: Aik? Lukis padang bola? camne yer? Tp setakat ni Alhamdulillah…saya boleh lukis banyak benda, sy gak bekerja sebagai Consultan Design untuk rekaan perabot, hiasan dalaman dan rekabentuk grafik pengiklanan. tp x berminat lagi untuk buat blog pasal benda2 tu semua buat masa ni..sy baru je nak belajar tentang selok belok internet ni, disamping nk menambahkan kenalan bagi yg sudi berkawan…
terimalah saya seadanya yer..
February 9th, 2008 at 5:41 pm
[…] Apa Pendapat Anda Tentang Potret PERCUMA Saya? Bermula hari Khamis,7/02/2008 saya telah menghasilkan suatu program untuk diri sendiri dan memberikan hadiah untuk anda. Apakah itu? YUP!! Saya akan melukis POTRET WAJAH ANDA atau sesiapa sahaja yang anda suka dan memberikannya secara PERCUMA kepada anda TERMASUK BAYARAN POS! Program ini saya adakan setiap bulan dan sesiapa sahaja boleh menyertainya. Anda tidak perlu menjual apa2, tidak perlu beli apa2, tidak perlu memberikan email sahabat2 anda kepada saya, tidak perlu mencari pelawat ke blog saya dan tidak perlu memberikan apa2 komen. Hanya daftarkan tempahan anda dan anda bakal mendapat LUKISAN POTRET PERCUMA daripada saya! (dah ramai yang menempah!) So, Apa Pendapat ANDA?
February 10th, 2008 at 9:09 pm
memang best potrait tu..kasi 98 Markah..hehe
February 12th, 2008 at 3:11 pm
wah!.. sangat menarik.. saya akan pastikan awak melukis gambar saya.. hmmmm..ketepikan soal percuma sekejap.. heehehe… kalau utk ditempah.. satu potret awak letak berapa rm? saya ada beberapa keping gambar yg saya nk awak lakarkan…
February 12th, 2008 at 8:09 pm
Eina, saya belum berfikir lagi utk menerima tmpahn buat ms ni. Maafkn sy. Sy agak sibuk dengan kerja2 offline dan belum pasti boleh menerima tmpahn. Kerana itulh sy mengambil keputusn untk bg percuma ms ni dan hanya 5 org dipilih. Kalau awk dh register, mgkin sy akn maklumkn melalui email suatu ms nanti bila sy dah bersedia..terima kasih! sy sangat menghargainya…
February 20th, 2008 at 12:28 pm
disebabkan blog ni best..saya letakkan di blog saya linknya nanti ok?kira exchange link lah ye?hehe..
February 20th, 2008 at 4:32 pm
Ok, reezluv! terima kasih, nanti sy msukkn link awk skali..hehe
August 9th, 2008 at 3:45 pm
cantiknya, sy lah org yg tak pandai melukis