Kuasa Blogger
Politik, Umum, Pengatahuan, Pandangan, Pesanan May 6th, 2008
Saya baru sahaja sebentar tadi menonton rancangan Hujah di TV9. Isu Hujah kali ini adalah berkaitan perkembangan blog dan bagaimana ia dapat mempengaruhi minda masyarakat Malaysia. Kuasa blog yang yang dimiliki oleh blogger2 tempatan telah berjaya mencetuskan perubahan pada PRU 12 baru-baru ini. Perkara ini telah menyebabkan blog dan blogger kini dipandang berat dan menjadi isu yang sedang hangat diperkatakan.
Ada dikalangan ahli politik atau sesiapa sahaja yang tidak senang dengan keadaan ini terasa terancam dengan kehadiran blog yang boleh menggugatkan kedudukan mereka. Bukan itu sahaja, mereka lebih bimbang jika blogger bertindak menfitnah dan menulis artikel yang tidak bertanggungjawab. Ini kerana kebebasan menulis/menyampaikan maklumat dalam media baru ini (blog) tidak ada sekatan, peraturan atau undang2 yang spesifik. Inilah yang dikatakan ‘zaman maklumat’. Maksud ‘zaman maklumat’ bukan bermakna semua maklumat itu betul, tetapi sesiapa pun bebas menyampaikan maklumat samada betul atau salah selagi mereka tidak diambil tindakan oleh undang2 yang mungkin masih belum wujud.
Kenapa sesetengah orang yang saya nyatakan di atas bimbang dengan kehadiran blog? Adakah jumlah pembaca blog begitu ramai? Kadar pembaca atau mereka yang boleh akses internet dan menjadikan blog sebagai bahan bacaan di negara kita dianggarkan hanya 30% peratus berbanding media lain seperti tv, akhbar, majalah dan radio. Namun jumlah kecil ini telah menyebabkan perubahan besar telah berlaku dalam negara kita yang jelas terbukti dalam PRU 12.
Setelah kekalahan teruk BN, para bijak pandai telah mengulas dan mengesahkan bahawa sebahagian besar punca kekalahan BN adalah kerana kehadiran blog. Kenapa kehadiran blog boleh menyebabkan BN kalah? Sebab utamanya adalah kerana rakyat telah bosan dan hilang kepercayaan terhadap media tempatan yang pada pandangan saya, jelas ‘berat sebelah’ dalam menyampaikan maklumat. Rakyat yang semakin matang dan berpendidikan kini dapat menghidu ketidakseimbangan maklumat dalam media tempatan telah beralih untuk mendapat maklumat melalui alternatif lain.
Tanpa disedari blog telah menjadi medan maklumat yang cukup digemari kerana keunikannya yang membolehkan pembaca terus berinteraksi dengan penulis, melihat video dan gambar terkini. Selain itu blog juga dapat membentuk sebuah komuniti pembaca yang menjadikannya sebuah media’ hidup‘ yang mudah dipercayai. Dari sinilah kepercayaan pembaca dilahirkan walaupun pembaca langsung tidak tahu dari mana penulis mendapatkan maklumat. Kini, menteri-menteri atau majoriti ahli politik telah menghasilkan blog termasuklah bekas PM yang dulu, Tun Dr. Mahathir Mohd, Khir Toyo, Anwar Ibrahim dan ramai lagi…
Pesanan saya, sebagai seorang blogger, saya yakin saya telah mengambil keputusan dan tindakan yang tepat sejak mula menjinakkan diri sebagai seorang blogger. Saya telah mula menghasilkan blog disaat blog belum menjadi sebutan dan tiada seorang teman pun yang faham apabila saya ingin berbual berkaitan blog. Namun, kehadiran kita yang mungkin lebih awal dalam dunia blog ini bukanlah suatu tiket untuk mencatatkan hujah yang tidak bertanggungjawab. Sekali pun dunia blog tiada sempadan, kita tetap ada batasan. Sampaikanlah maklumat yang berguna. Didiklah masyarakat dengan bahasa, ilmu dan maklumat yang bermanfaat. Nyatakan yang salah itu salah dan yang benar itu benar!




May 7th, 2008 at 2:13 am
bak kata Raja Petra Kamaruddin, ” amal makruf, nahi mungkar”..
May 7th, 2008 at 9:40 am
Betul ape yana dibicrakan. Ayat-ayat yang ditulis tersusun rapi seperti seorang editor surat khabar. Memang blogger kini tidak diperlekehkan. Sedangkan undi AF sendiri pon dipengaruhi oleh para blogger.. hehe.. Goog artikel wanma.
May 8th, 2008 at 10:19 pm
Bloggers rock!
Kesian Raja Petra kene aniaya…
emme’s menulis tentang..Buat Duit Online : Jom Sertai Turning Point Contest - AXA Affin Life Insurance
May 10th, 2008 at 10:55 am
pape pun berhati-hatilah pabila mewujudkan artikel, jangan sampai kena saman nnti… Ada batasannya jugakz … hehehe!
Yenn’s menulis tentang..Sundal Bolong Di Tempat Kerja Aku
May 11th, 2008 at 1:32 pm
Dunia blogger itu luas. Dunia menulis itu luas. Jadi, of course kuasa blogger turut luas..
titan’s menulis tentang..Open Case : Buat Duit Dengan Centrinads
November 9th, 2008 at 3:06 pm
see what will happen next