Kepada sesiapa yang sedang mencari kerja kosong mungkin boleh membuat permohonan di sini. Hehehehe…ini sekadar gurauan. Gambar ni saya ambik dari forum Mesra.net. Kerana rasa begitu kelakar dan tertarik dengan gambar ini saya postkan dalam blog saya untuk tontonan kita bersama.

Em..saya masih ingat, ada seorang cina bukan Islam memberi ucapan pada perasmian Masjid Kristal dahulu. Saya tak pasti masa mana, dan siapa yang memberikan ucapan itu kerana saya dengar cerita ni pun dari kawan saya. Katanya dalam ucapan itu, rakyat Terengganu seharusnya bersyukur dengan terbinanya Masjid Kristal yang begitu cantik dan membaggakan ini. Adakah orang yang bercakap itu ialah Dato’ Patrick Lim yang dinyatakan di atas?