5 Peserta BERTUAH Telah Dipilih!
Potret Percuma, Pengumuman, Umum, Pesanan February 20th, 2008
Assalamualaikum, hari ini 20/ 02/ 2008 adalah hari pertama untuk pemilihan peserta yang bertuah untuk mendapatkan lukisan potret percuma! Tahniah kepada anda yang bertuah! Kepada mereka-mereka yang tidak terpilih, jangan bimbang. Anda masih layak untuk menerima hadiah ini pada bulan akan datang. Nantikannya, siapa tahu bulan depan nama anda akan tersenarai. Lagipun tiada apa yang perlu anda lakukan kecuali hanya terus kekal sebagai Subscribe saya!
Bagi mereka yang bertuah, sekali lagi saya ucapkan tahniah dan terima kasih atas penyertaan anda. Tahukah anda lukisan yang bakal anda dapat ini boleh dijual pada harga RM50-RM80 (bergantung kepada tahap ketelitian lukisan) tidak termasuk bayaran pos dan pembungkusan! Kenapa harga RM50-RM80? Saiz kertas lukisan potret yang saya akan berikan pada anda bukan A4, tapi A3! Satu perkara lagi, saya juga akan menghadiahkan anda video semasa saya melukis wajah anda! Dengan ini anda boleh lihat bagaimana saya melukis wajah anda! Hohohoho…kalau anda bertanya lagi kenapa harganya RM50-RM80, biarlah saya beritahu anda, saya pernah menjual 1 lukisan potret berwarna dengan harga RM800 dengan hanya melukis dalam masa 3-4 jam! Maafkan saya, bukan nak berlagak, sekadar ingin menyatakan nilai seni ini memang agak mahal…
Jadi, siapakah mereka yang bertuah itu? Inilah senarai namanya:
1- Taza
2- Reezluv
3- Carlly
4- Fysal
Ehem..dah nampak dengan jelas nama anda kan..saya memberikan anda masa sehingga pukul 12.00mlm 22/02/2008 untuk menghantarkan gambar anda yang cantik lagi clear ke alamat email berikut: wanwma@yahoo.com . Tolong bertindak cepat yer! Jika ada diantara anda terlambat, saya akan bukakan peluang ini kepada sesiapa sahaja yang berminat. Siapa cepat dia dapat! Huhuhu..em, satu lagi, jangan lupa sertakan alamat rumah atau alamat tempat lukisan ini mahu diposkan. Sesiapa yang tak bagi alamat, permohonan anda terpaksa saya tolak. Yelah, buat apa saya lukis kalau tak boleh pos!
Sekali lagi saya ingatkan, tolong bertindak cepat, hantarkan gambar yang clear! Gambar orang sahaja, sesiapa pun tak apa. Gambar binatang tidak diterima sama sekali! Juga alamat rumah anda. Lagi cepat anda hantar lagi cepat anda dapat! Kerjasama anda amat saya hargai! Terima kasih semua. Nantikan paparan potret wajah2 mereka dalam post saya yang akan datang atau mungkin dalam blog terbaru saya (dah siap 70%) yang berkaitan dengan lukisan dan dunia seni. Akan saya umumkan kemudian.




February 20th, 2008 at 7:57 am
wahhh tak sangka plak menang ho ho terima kasih
“Knowledge for Happy Investing”
February 20th, 2008 at 8:11 am
Maafkan saya Taza, sy tak jumpa alamat url awak…begitu jugak dengan Carlly dan Fysal! sory yer!
February 20th, 2008 at 8:12 am
terima kasih daun keladi, saya baru je dapat email anda pagi tadi. insyalAllah saya akan submit seberapa segera. terima kasih di atas tawaran ini.
February 20th, 2008 at 8:17 am
YUP! Sesama! Noorizam Shah. Saya pun tak sangka awk ada dalam senarai tu..huhuhu..
February 20th, 2008 at 10:29 am
sayangnya tak dapat..hehe..
February 20th, 2008 at 11:24 am
terima kasih byk2.. aku harap sgt aku dipilih lak. lol
February 20th, 2008 at 12:24 pm
wawa..tima kasih2..hehe..tak sangka dapat terpilih..chaiyok..saya antar gambar malam ni..
February 20th, 2008 at 1:21 pm
Walawei…. cedihnya tak dpt
Wanwma kalau ada yang tak response tu pas kat saya jelah…
February 20th, 2008 at 2:07 pm
errr… aku menang gak ke?? ke salah eja nama aku tuh? “s” takder..
February 20th, 2008 at 4:31 pm
Betul la tu carllys, saya yang salah eja! hantar la gambar awk ye!
February 20th, 2008 at 6:35 pm
Tahniah buat para pemenang…. syoknya dapat gambar macam ni aku pun belum pernah buat lagi kalau ada satu kat dinding kan bagus. Mungkin lain kali ada peluang kot.
February 20th, 2008 at 8:38 pm
aiseh..silap plak..lupa nak letak alamat masa antar..sori2..hehe..kang antar sekali lagi ye?:)
February 20th, 2008 at 11:08 pm
wanwma, terima kasih bebanyak.. insyaallah saya akan emailkan gambar saya dlm masa terdekat nih. tak sangka bleh menang…
February 20th, 2008 at 11:13 pm
saya tahu lukisan potret ni kalau kat kedai dalam RM500-RM1500.
saya menghargai itu, insya-Allah sebagai balasan saya akan beri ebook kuasalelong (kalau belum ada lagi la) saya kat awak. TQ. gambar dah antar.
February 21st, 2008 at 12:39 am
eh,eh! betul ker nak bagi Noorizam Shah..hehe,sy mmg x de lg ebook tu. bestnyer, nanti bleh la sy jual lukisan kt ebay!
February 21st, 2008 at 1:00 am
Ehhh…tak dapat ler pulak. Berdebar juga masa terima email tu…sebab nak hantar gambar kahwin…Dah lama berangan nak lukis gambar potret kahwin…
February 21st, 2008 at 9:32 am
Walau tak dapat, tp nak ucap tahniah la pd yg bertuah tu
sempat ke tu buat wanwma, nampak sibuk je 4-5 hari ni 
February 21st, 2008 at 9:33 am
p/s: link wanwma dah taruk kat blog saya
February 21st, 2008 at 11:49 am
wanwma.. kalau awak nak tahu.. kalau potret lukisan asli memang ada permintaan tinggi di luar negara seperti Amerika. anda boleh search potret kat ebay.com… silap hari bulan boleh jadik kaya raya.
makesure lukis potret atas kertas berkualiti, siap ada frame, packing elok2.. orang putih ni amat menghargai seni lukis. lagi-lagi kalau ada maksud tersirat gambar tu.
February 21st, 2008 at 11:51 am
keyword dia “art” atau “print” boleh tengok contoh lukisan yang dibida kat ebay.com
February 21st, 2008 at 12:45 pm
Ok, Noorizam Shah, saya pun ada jengok2 kat ebay tu. dah daftar pun. Tapi masih kena belajar selok belok ebay, nak juga sy beli ebook awk, dah kuar duit dn beratur kat bank. tp x dapat, ad problem…alahai..
February 21st, 2008 at 12:57 pm
Tengok lukisan kat entri ini pun dah tertarik! Ingin memiliki lukisan potret itu juga
February 21st, 2008 at 3:29 pm
aku bukan tangan seni..kekeke..
February 21st, 2008 at 4:22 pm
Waduh,…melepasla pulak…Takpa…mungkin tiada rezeki tetapi saya akan tetap akan melawat blog kenalan ini ..hihi
wah…wanwma memang mahal la kalau lukisan tangan tu…
February 21st, 2008 at 10:52 pm
wanma.. tak perlu beli, sebagai balasan, saya kasi free je… itu pun sebagai tanda menghargai bakat melukis anda.
February 23rd, 2008 at 12:41 am
wah wah.. jelesnya..
February 23rd, 2008 at 9:47 pm
wah..jeles tgk yang dapat lukisan potret ni…..taniah kepada yang bertuah.
March 21st, 2008 at 11:45 am
Lukis potret seperti lagenda-lagenda bola sepak seperti pele….lagenda2 penyanyi seperti elvis presley…aku rasa ini boleh buat pendapatan paling lumayan…silap haribulan kaya raya
shahraduan’s last blog post..Rahsia Traffic Percuma
March 27th, 2008 at 2:54 am
It’s very good article. Great site with very good look and perfect information.