Setakat ini telah 3 kali saya di TAG oleh rakan2 blogger dan saya masih belum menjawab 1 TAG pun lagi. Kali ini saya akan menjawab semuanya dalam 1 post. Bolehkan? Hehehe…

Baik, TAG pertama yang saya terima, adalah datangnya daripada saudara emmet, kemudian daripada saudara AbdFatah dan yang ketiga datangnya juga daripada saudara emmet. TAG pertama berbunyi begini:

5 Perkara Pertama Dalam Hidup Anda!

Jawapan saya ialah:

1- Kali pertama saya pandai membaca adalah waktu darjah empat, tu pun sebab mula baca komik Doraemon.

2- Kali pertama saya jatuh cinta juga pada darjah empat. Nama budak tu Habsah, sampai sekarang pun masih ingat sebab setakat ni dialah cinta pertama dan terakhir saya. Kami berpisah pun masa darjah empat (dia pindah sekolah lain). Walau pun jatuh cinta tapi tak pernah bercakap pun dengan dia. Masing2 hanya saling pandang memandang…maklum la, kecik lagi masa tu. Huhuhu…(sekarang masih solo)

3- Kali pertama saya dapat result peperiksaan A adalah waktu SPM, tu pun hanya subjek seni 1 jer…hohohoho…

4- Kali pertama saya berniaga adalah ketika belajar di sekolah rendah, waktu tu saya jual…entah apa orang panggil dalam bahasa standart, kat kampung saya orang panggil ‘nikam’ . Kira mainan judi la, saya jual kertas judi yang mana kalau terkena, dapat la duit kat si pembeli, kalau tak untung la saya! Huahaha…masa tu kecik lagi, tak tau pun benda camtu berdosa! :P

5- Kali pertama saya melukis dengan serius adalah ketika Tadika, saya meniru lukisan kartun Dragon Ball Z. Setiap kali melukis, ayah saya mesti kutuk lukisan saya. Ayah saya memang tidak suka saya melukis sejak kecil lagi. Kalu ada 1000 lukisan, rasanya baru 1-2 kali ayah saya puji lukisan saya. Saya terpaksa melukis dalam diam dan menyimpan lukisan saya di tempat yang ayah saya tak nampak, kalau tak nak kena marah…hohoho..susah betul!

Sekarang saya dah boleh cari makan sendiri hasil lukisan saya..syukurlah..ayah saya pun dah jemu dengan perangai saya yang suka melukis ni…hehehe. Saya pun tak tau la mana silapnya dengan minat saya ni? Yang pasti ayah saya memang kurang berkenan. Tapi dia tak pula kata tak restu atau apa2 perkara yang boleh menyebabkan saya jadi anak derhaka. Tak de la sampai macam tu sekali!

Baik, TAG kedua:

8 Things That You Did Not Know About Me

1- Saya langsung tak minat bola sepak (sorry) :P !

2- Saya tak suka lukis potret! Hohoh.. BETUL!

3- Saya suka paksa diri supaya suka perkara yang baik!

4- Saya nak jadi PENCETUS PERUBAHAN

5- Saya rasa saya seorang yang amat MALAS!

6- Tak suka bazir masa kerana TIDUR

7- Saya nak menandingi Bill Gate. Hehehe

8- Saya boleh duduk rumah sorang2 (dalam bilik) 10 hari atau lebih tanpa komputer, TV, Radio dan sebagainya tanpa rasa bosan!

Dan akhir sekali TAG terbaru:

Saya Suka Super Hero…

Saya sebetulnya suka diri sendiri. Sebab saya mengelarkan diri HERO suatu ketika dulu. Itulah nama samaran saya ketika belajar di sekolah dan di IPT. Dengan menggelarkan diri sebagai HERO saya bukan bermaksud nak berlagak’hero’ dalam sesuatu perkara, tetapi telah meletakkan tanggungjawab yang tinggi terhadap diri sendiri untuk menjadi seorang yang boleh diharap, dihormati dan disayangi. Jika saya terasa lemah dan kurang bermotivasi, saya akan mengingatkan diri sendiri, “AKUKAN HERO! MANA BOLEH BERPERANGAI BURUK MACAM NI!” Itulah kata2 daripada diri ini kepada diri sendiri yang menjadi perangsang kehidupan saya!

Namun, jika Super Hero sebenar yang saya paling suka ialah Son Goku dari komik Dragon Ball Z. Zaman muda remaja saya, Son Goku merupakan karekter idola hampir setiap orang yang meminati komik pada ketika itu. hohoho….

Setakat inilah sahaja jawapan saya untuk semua TAG yang telah diberikan. Kini saya terpaksa memilih 5 orang untuk menyambung TAG yang saya terima ini. Anda boleh pilih TAG mana yang anda ingin Jawab. Jawablah sekiranya anda rasa perlu, dan tinggalkan sekiranya ia menyusahkan anda. Dan sekiranya anda mempunyai kelapangan masa, sambunglah TAG ini kepada rakan2 anda yang lain pula.

Orang yang saya nak TAG dah ramai terkena TAG yang sama. So, saya cari la 5 orang yang mungkin belum menerima TAG2 di atas. Mereka ialah:

Qaseeh Heedayah - saya baru je beberapa hari kenal dengan blog saudari ni

Kodin - Salah seorang yang menerima potret bertuah daripada saya

Kimi - Antara member blogger awal yang saya kenal

Truckster - Pun antara blogger awal yang saya kenal

Topo - Seorang peminat komik tegar macam saya

Sampai sini sajalah saya meleter untuk kali ini, tangan ni sebenarnya tengah gatal nak sambung citer berkaitan Menjadi Insan Yang Dikasihi. Terima kasih kepada mereka yang sudi TAG saya dan saya memohon maaf kepada mereka2 yang saya TAG. Mungkin anda tidak suka saya berbuat demikian? Mana la tau…