Blog Politik
Politik, Umum, Pengatahuan, Pandangan March 6th, 2008Hehehe…saya betul-betul tak sangka blog saya tersenarai pada kedudukan no. 2 dalam enjin carian Google sekiranya anda menaip ‘blog politik’. Tahukah anda bahawa terdapat lebih daripada 200 blog politik yang aktif di Malaysia? Saya dapat tahu perkara ini setelah menonton rancangan bicara PRU 12 di TV1 malam semalam. Saya tak pasti apakah tajuk yang dibincangkan tetapi yang saya tahu mereka membincangkan tentang penggunaan media yang dianggap tidak adil di Malaysia.
Sepanjang waktu saya menonton rancangan tersebut, terdapat 3 orang pemanggil yang bertanyakan beberapa soalan dan menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap media yang berat sebelah. Bagaimanapun, pihak yang menjawab menyatakan kita tidak boleh salahkan kerajaan yang ada sekarang, kerana perkara itu bergantung kepada pihak media itu sendiri. Samada akhbar, radio dan television, penyiaran sesuatu bahan adalah bergantung kepada pemilik sendiri.
Dalam siri perbincangan semalam juga ada dinyatakan tentang kehadiran media baru daripada internet seperti youtube, blog dan sebagainya. Dan berdasarkan kajian yang dijalankan, masyarakat kini lebih percayakan media baru ini berbanding tv, radio dan akhbar yang ada sekarang. Bagaimana pula pendapat anda?
Jika anda tanya saya, ini jawapan saya “Kalau dalam tv, radio dan akhbar, saya hanya percaya berita2 berkaitan dengan hiburan, luar negara, sukan, isu semasa seperti perculikan, kemalangan, nilai saham dan lain2 perkara yang tiada kaitan langsung dengan politik. Yang ada kaitan dengan politik, 85% daripadanya saya tidak percaya langsung kerana hanya 1 pihak sahaja yang bercakap. Saya tidak boleh buat penilaian tentang kebenaranya sama sekali.”
(ehem..sejak saya postkan artikel ini kedudukan blog saya tidak ada lagi dalam page pertama enjin carian google..hehehe..tak tau dah dok no.berapa sekarang)




March 7th, 2008 at 4:39 pm
ehm. blog aku khas untuk cerita bab buat duit. Kalau cerita politik. dah lari sangat tujuan asal blog tuh. Tapi ok jugak apa cite2 politik nih. Seronok dibaca.
March 11th, 2008 at 3:28 pm
blog saya blog rojak!
July 11th, 2008 at 4:06 pm
sebenarye…elok gak bincang pasl politik malaysia..sebb kita sebg rakyat, kita y patut bg pendapat cmane nak btolkan politik kotor negara kita. fitnah merate rate, rasuah da trbiase…negara kite da x aman…