MutiaraKATA

MutiaraKATA adalah satu ruangan di mana saya akan menyediakan kata-kata hikmah daripada Al-Quran, buku2, dan tokoh2 terkenal yang boleh memberikan inspirasi kepada kita semua. Kata-kata Hikmah ini akan sentiasa ditambah dan diperbaharui setiap masa bergantung kepada maklumat yang saya dapat. Anda boleh menjadikan kata2 hikmah di bawah sebagai panduan atau pun untuk mengukuhkan pandangan anda dalam setiap post anda yang mungkin berkaitan dengan kata-hikmah hikmah di bawah. Dengan ini anda tidak perlu lagi menaip dan mencari kata-kata hikmah dengan susah payah, anda boleh terus copy dan paste kan ke dalam blog, ebook atau apa-apa jua kertas kerja anda. Untuk memudahkan kerja anda jangan lupa Bookmarks Halaman ini! Selamat Membaca!
ANUGERAH
Ahli yang paling tinggi anugerahnya di kalangan spesis manusia adalah yang berfungsi paling baik apabila tidak dibenarkan melakukan sesuatu mengikut cara kehendak mereka.-Erik Hoffer
CIPTAAN
Perbezaan utama antara pembinaan dengan ciptaan ialah sesuatu dibina hanya boleh disayangi setelah ia dibina; tetapi sesuatu yang dicipta, ia disayangi sebelum ia wujud.-Charles Dickens
Kita cenderung berfikir bahawa idea kita adalah hasil daripada kebijaksanaan diri sendiri tetapi pada hakikatnya, ia adalah hasil pengalaman melalui pergaulan kita di luar.-Konosuke Matsushita
Penciptaan beribu hutan bermula daripada satu biji benih-Ralph Waldo Emerson
EKONOMI
Dalam ekonomi baru, sumber strategik tidak lagi datang daripada tanah. Sumber strategik kini merupakan idea-idea dan informasi yang keluar daripada minda kita.-John Sculley
EUREKA!
Pemahaman seketika kadangkala bernilai satu pengalaman seumur hidup.-Oviver Wendell Holmes
Saya masih ingat tempat yang tepat di atas jalan itu, sewaktu menaiki pedati, apabila penyelesaian itu terlintas dalam fikiran saya.-Charles Darwin
Apa-apa yang menambahkan tekanan kepada sesuatu system akan menuju kepada loncatan yang lebih tinggi dalam kehidupan. Daripada mengalami keruntuhan secara fizikal, sebaliknya anda melompat melalui kreativiti Eureka! Mengalami aras minda yang lebih tinggi.-Ilya Prigogine
IDEA-IDEA
Orang yang mempunyai idea baru itu dianggap sebagai gila sebelum idea itu berjaya.-Mark Twain
Seseorang yang boleh mencipta idea-idea yang bernilai merupakan seseorang yang telah belajar banyak daripada orang lain.-Konosuke Matsushita
Cara terbaik untuk mendapatkan idea yang bernas adalah dengan mencari banyak idea.-Linus Pauling
Tiada idea yang terlalu aneh sehingga tidak layak dipertimbangkan menggunakan ketelitian dan pandangan mata yang mantap.-Winston Churchill
Lebih mudah mengubahsuai idea yang gila daripada mencari idea yang baru.-Alex Osborne
Idea-idea yang bernas semuanya diusahakan dengan perit jerih oleh individu dan bukan dihamburkan oleh kumpulan.-Charles Brower
Semua pencapaian manusia, semua kekayaan, yang dimiliki insan bermula dengan satu idea.-Napoleon Hill
Setiap idea yang boleh mendatangkan revolusi seringkali membangkitkan 3 peringkat reaksi berikut: 1- Ia amat mustahil. 2- Ia tidak mustahil tetapi tidak berbaloi mencubanya. 3-Saya sudah kata ia memang idea yang baik.-Arthur C. Clarke.
ILMU PENGETAHUAN
Ilmu pengetahuan sedang diaplikasikan ke atas ilmu itu sendiri. Ia kini hampir menjadi faktor utama dalam bidang pengeluaran menggantikan modal dan tenaga kerja.-Peter Drucker
Di manakah kebijaksanaan hilang dalam pengetahuan? Di manakah pengetahuan dalam informasi?-T.S Elliot
IMAGINASI
Untuk mengunkitkan persoalan baru, kemungkinan baru, menilai semula masalah-masalah lama dari sudut yang berbeza memerlukan imaginasi yang kreatif dan menandakan kemajuan sebenar dalam bidang sains.-Albert Einstein
Imaginasi lebih penting daripada ilmu pengetahuan.-Albert Einstein
Setiap kemajuan dalam bidang sains terhasil daripada kelancangan idea yang baru.-John Dewey
Imaginasi ialah permulaan kepada penciptaan sesuatu.-George Bernard Shaw
Apa yang terbukti kini, suatu ketika dahulu hanyalah imaginasi.-William Blake
Imaginasi ialah kekuatan hidup dan agen utama segala persepsi manusia.-Samuel Taylor Coleridge
Seseorang yang ingin berjaya dalam sesebuah perniagaan harus mempunyai imaginasi. Dia mestilah melihat visi dangan lebih jauh dan sebagai suatu impian tentang segala-galanya.-Charles M. Schwab
Pukauan dan daya tarikan imaginasi serta kuasa yang ia berikan kepada individu untuk merubah dunia ini menjadi dunia baru yang tenteram dan menyeronokkan, menjadikannya antara kebolehan manusia yang amat dihargai.-Frank Barron
Sesiapa yang mempunyai imaginasi tanpa pelajaran seperti mempunyai sayap tanpa kaki.-W. Somerset Maugham
Dunia ini hanyalah kanvas bagi imaginasi kita.-Henry David Thoreau
Microsoft ialah sebuah syarikat yang menguruskan imaginasi.-Bill Gates
Umat manusia mencipta dengan amat baik apabila terdapat banyak batasan dan kekurangan. Di situlah imaginasi amat perlu untuk mencipta semua yang kurang.-Frank Lloyd Wright
Idea akan membentuk aliran sejarah.-John Maynard Keynes
Keuntungan daripada idea yang baik akan datang apabila anda merealisasikan idea itu.-Tom Hopkins
Sesuatu idea yang masanya telah tiba jauh lebih berkuasa daripada jejak perkasa sebuah bala tentera.-Victor Hugo
Tidak dinafikan bahawa kreativiti merupakan sumber manusia yang terpenting. Tanpa kreativiti, kemajuan tidak akan wujud dan kita selamanya mungkin mengulangi corak yang sama.-Edward de Bono
Semakin banyak anda berfikir, semakin banyak masa yang anda miliki.-Henry Ford
IMPIAN
Jika mempunyai sedikit impian itu berbahaya maka penyelesaiannya bukanlah dengan cara mengurangkan impian tetapi sebaliknya mimpikan lebih tinggi impian dan sentiasa terus menanam impian.-Marcel Proust



Recent Comments