Utamakan Yang Utama
Umum, Agama, Minda, Motivasi July 12th, 2008Assalamualaikum…
Dapatkan sebatang pen, marker atau pensil dan sekeping kertas. Kemudian tulis besar-besar persoalan di bawah:
“Adakah perkara yang aku buat sekarang adalah perkara yang paling perlu aku buat sekarang?”
Tampalkan pada dinding atau mana-mana tempat yang paling mudah anda lihat. Tanyakan kepada diri sendiri soalan yang tertulis. Adakah anda sedang buat perkara yang paling perlu anda buat sekarang? Jika tidak, apa kata selepas anda baca post yang saya tulis ini, anda terus lakukan perkara yang paling utama yang perlu anda lakukan sekarang.
Sebagai seorang individu yang cemerlang, kita seharusnya pandai membezakan perkara utama dan perkara yang terkemudian. Sebagai langkah pertama, sekiranya anda tidak pernah mengasingkan kerja yang perlu dilakukan, adalah lebih baik anda mula menyenaraikan kerja2 anda mengikut keutamaan mulai sekarang. Tuliskan di atas kertas apakah kerja yang perlu anda lakukan hari ini. Kemudian senaraikan perkara utama dan perkara yang kemudian dengan meletakkan huruf A bagi perkara yang teramat penting, B bagi perkara penting dan c bagi perkara yang sederhana penting. Elakkan dari melakukan perkara yang tiada kepentingan langsung dalam hidup anda. Kerana ia tiada gunanya melainkan pembaziran masa yang amat merugikan.
“Demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, melainkan mereka yang berpesan-pesan pada kebenaran dan kesabaran.”
Satu contoh membezakan perkara utama dan perkara terkemudian antaranya adalah menyahut panggilan ibubapa. Tiada sebarang kerja yang kita lakukan yang lebih penting dari menyahut panggilan ibubapa kita. Termasuklah ketika sembahyang sunat. Kita diwajibkan berhenti sembahyang sunat sekiranya terdengar ibubapa memanggil kita. Menyahut panggilan ibubapa hukumnya adalah wajib. Dalam sembahyang wajib pun kita perlu memperkuatkan bacaan doa/zikir( perlu niat zikir ketika membaca dengan kuat) untuk menyatakan yang kita sedang sembahyang kepada ibubapa kita. Jangan biarkan hati mereka terguris kerana menganggap kita biadap disebabkan tidak menjawap panggilan mereka.
Rebutlah 5 masa sebelum tiba 5 masa:
Masa mudamu sebelum tua.
Masa sihatmu sebelum sakit.
Masa kayamu sebelum fakir.
Masa hidupmu sebelum mati.
Maksud hadis- Riwayat Bukhari



July 13th, 2008 at 9:53 am
assalamualaikum…………
utamakan yang utama, berkait rapat dengan masa, terima kasih dengan motivasi ini, tapi itulah bukan kita tak tau bahkan semua orang tau cuma bab yang ‘amalan’ ni saja bukan semua orang boleh laksanakan dengan baik.perkataan ringkas ‘amalan’ tapi nak mengangkatnya bukan senang.. baik letak atas sekali “AMALAN” kan kan………
July 14th, 2008 at 7:21 am
betul dena, saya pun sering meniggalkan amalan yg perlu saya lakukan..sedih juga, motivasi yg saya berikan dalam blog ini sebenarnya KHAS untuk diri saya sendiri, supaya jadi org yg lebih berguna..
July 14th, 2008 at 8:19 am
saya dah fikir masak-masak. online bukan benda yang saya paling perlu buat sekarang. Benda yang saya paling perlu buat ialah makan nasi lemak
nice meeting you!
July 14th, 2008 at 6:42 pm
Ya menyahut panggilan ibu bapa mmg wajib. Alhamdulillah… saya dididik supaya menyahut walaupun saya sdg sibuk melakukan sesuatu yg penting
Hmm, menarik post kali ini. Saya rasa apa yg saya buat skrng bukanlah apa yg saya mahukan dlm hidup saya. Tapi saya sdg mengumpul wang secukupnya untuk saya buat apa yg saya impikan selama ini
insyaallah…
July 15th, 2008 at 12:44 am
Utamakan yg Utama…
hurm bagaimana pulak kalo selama ni kiter dh terbiasa mengutamakan org lain dr kepentingan diri kiter sendiri..utamakan kehendak parents,adik2,kwn2…smpai satu tahap kiter tertanya2 aper plak kehendak kiter??
dan bgaimana plak kalo selama ni kiter tabah menghadapi hidup..tiba2 sumer ujian dtg serentak,bertalu2,…dan smpai satu ketika kiter terduduk….sehingga jatidiri kiter di uji…dan bila kiter nak bangkit tu mmg la azab..sbb akikatnya hanya diri sendiri yg bole bangkitkan semangat kiter sendiri…
ntahla…akhir2 ni too many things happen..bertalu2…sehingga pernah nak give up..nak mengalah jer..tp biler fikir satu perkara je..wat kiter bole bangkit… yakinlah Allah uji kiter sbb Allah syg n yakin yg kiter ni bole hadapi sumernya…lagipun kalo kiter rs dugaan tu berat…ade org lain lg yg di duga lg berat…kalo org lain bole kenapa kiter sendiri tidak kan??…Life Must Go On……..
July 15th, 2008 at 1:09 pm
Salam… Menarik, Utamakan yang utama…
Alhamdulillah, kite semua masih mampu menilai apa yang paling perlu dalam hidup kita termasuk juga dalam proses menuju ke arah itu…
Macam contoh wan wma… sememangnya menjawab panggilan ibubapa itu perlu…
dan wajib!
Ada juga keperluan2 lain… itu bergantung dengan siapa diri kita pada masa itu…
1)kalau kita seorang pelajar… belajarlah yang utama…
2)kalau kita seorang pekerja… bekerjalah yang utama…
3)dan begitulah berikutnya mengikut tugas masing2…
Menjalankan tugas… sama juga mengamalkan apa yang diAMANAHkan kepada kita… mungkin ada yang nampak mudah perkara ni… tapi tak jalankan amanah… sama seperti orang pecah AMANAH…
July 15th, 2008 at 8:04 pm
terima kasih love-n-hate, amanah itu mamang perlu diutamakan! Tp ramai orang pecah amanah..sedih tul..
July 16th, 2008 at 5:18 pm
alamak makan dalam..huhu
July 18th, 2008 at 11:17 am
slm,
Terima kasih atas ingatan ini..:) buat sy teringatkan mak kat umh yg lambai sy sblm pi kerja tadi,huhu..