The Queen’s Classroom
Cadangan, Video, Pandangan, Minda, Motivasi June 10th, 2008
Drama Jepun The Queen’s Classroom adalah drama terbaik pernah saya tonton. Cerita ni berjaya membuatkan saya menangis( benci!).
Mengisahkan cerita bagaimana seorang guru yang digelar “oni sensei”(guru dari neraka) mendidik pelajar mereka dengan cara yang pelik dan keras. Para pelajar mendapat tekanan yang hebat setiap kali berhadapan dengan guru ini. Kehebatannya sukar ditandingi. Beliau mendidik dengan menggunakan kekerasan dalam pembentukan psikologi dan persahabatan para pelajar. “Open your eyes!” adalah kata2 azimat yang sering digunakan untuk menasihati pelajarnya.
Bagi saya, cerita ini benar-benar cerita terbaik pernah saya tonton. Samada dari jalan cerita, perwatakan, motivasi dan pengambarannya. Mungkin kerana saya gemar cerita motivasi yang berkaitan dengan sekolah. Seperkara lagi, pendekatan yang dibawa hampir sama dengan apa yang saya lakukan ketika mengajar suatu masa dahulu.
Jika dibandingkan dengan drama Melayu yang ada sekarang, jurangnya sangat jauh. Drama Melayu sering memaparkan kisah hidup golongan kaya/miskin, kisah anak derhaka, kisah cinta dan cerita2 mengarut seperti Puteri, Dunia Anita dan Dunia Baru yang tiada faedahnya melainkan dari merosakkan minda, akhlak dan agama masyarakat kita. Hampir semua drama Melayu mempunyai jalan cerita yang sama dan membosankan. Saya tak kata semua drama Melayu teruk, tetapi majoritinya berada pada tahap yang cukup mengecewakan. Berubahlah…
Berbalik kita kepada drama di atas, saya amat menyarankan anda menonton drama tersebut. Anda boleh klik di sini (video dari crunchyroll) untuk menontonnya. Terdapat 11 episod semuanya dan 2 episod special berkaitan guru tersebut. Anda akan berkenalan dengan pelajar2 yang comel dan tabah. Anda akan berkenalan dengan guru yang cukup menggerikan jika anda seorang pelajar sekolah rendah. Anda akan belajar banyak motivasi kehidupan berkaitan persahabatan, keyakinan, keberanian, kejujuran dalam mengaku kesalahan dan sebagainya. Sekian saja ulasan saya, selamat menonton!
p/s: Jika anda menggunakan talian internet yang perlahan, anda boleh pause dahulu video dalam crunchyroll tu. Tunggu sehingga line berwarna kelabu penuh, barulah anda tonton balik dengan menekan butang play.



June 10th, 2008 at 6:37 pm
memandangkan ada perkataan pelajar2 yg comel maka saya rasa mcm nak d/load je..hehehe..nak test segarang mn cikgu yg dimaksudkan itu..huh!!
June 10th, 2008 at 7:31 pm
Cikgu tu sebenarnya taklah garang sangat, tapi menakutkan!
June 10th, 2008 at 11:18 pm
Saya setuju. Cerita Jepun lebih menarik dan berinformasi..
Kalau citer Melayu asyik2 menunjukkan kederhakaan dan konfrontasi antara keluarga..
Sepatutnya citer patut memberi motivasi..
Mungkin patut buat cerita pasal kejayaan penternak cacing yang gagal dalam bisnes tetapi selepas itu berjaya ..
He he he
June 11th, 2008 at 7:28 am
Sedih la tengok cerita melayu..selalu hiporik
June 13th, 2008 at 6:10 pm
cite ni mmg bt org sakit ati dan geram je.tp plot dia mmg bes.walaupun rase benci sepanjang crite tp tetap nk abiskan tgk.tindakan cikgu yg menyakitkan hati tp berkesan utk mendidik anak murid..salute la kat crite2 jepun ni!!!
kalau nk tgk byk lg cite jepun, leh g kat http://mysoju.com (promote free je tu) hehe
June 15th, 2008 at 2:52 pm
Macam2 cerita Jepun sekarang ni ye, memang out-of-box… Jauh beza pun dgn cerita Melayu…huhu… Banyaknye cerita Jepun yg kamu tengok ye Wan.
Saya baru je abis tengok citer Gokusen even dah bertahun2 download…huhu…Tu pun tengok2 masa kawan saya tgh khusyuk menonton. Cerita tu pun tak kurang bestnye kan?
June 15th, 2008 at 6:42 pm
Em..tak banyak jugak, citer Gokusen tu mmg best. Tapi bagi saya cite ni lagi best..sebab nampak cam real jer jalan citer dia..huhuhu..
June 23rd, 2008 at 2:34 pm
hehehe… minat tengok cite jepun gak ke? same la dengan aku… aku tak pernah tgk lagi site ni…
July 6th, 2008 at 1:49 pm
Perbezaan yang ketara jika cerita korea, cerita jepun dan cerita melayu.
cerita korea: mesti kisah pejabat, korporat dan mesti tema agung diorang, tema cinta.
cerita jepun: Setiap cerita jepun, mesti ada tujuan. sangat berbeza dengan cerita korea.
cerita melayu: tak banyak yang ada tujuan tertentu. Lebih kepada hiburan dan kisah cinta.
July 7th, 2008 at 7:14 am
setuju dengan pendapat titan..tapi citer korea pun bnyk pasal cintan-cintun gak!