“The Only Difference Between A Rich Person And A Poor Person Is What They Do In Their Spare Time.”
Pengatahuan, Pandangan, Nasihat, Motivasi February 25th, 2008
“Perbezaan utama antara orang kaya dan orang miskin adalah apa yang mereka lakukan pada masa lapang mereka”
Itulah yang dinyatakan oleh ‘Baba Kaya’ kepada Robert T. Kiyosaki dalam bukunya Cashflow Quadrant. Saya juga setuju dengan pendapat ini. Terdapat ramai dikalangan masyarakat kita yang hanya menghabiskan masa lapang mereka dengan menonton tv, membaca akhbar, tidur, bermain game, membeli-belah, dan melepak. Inilah perkara yang mereka suka lakukan pada masa lapang mereka. Jika anda mahu menjadi kaya, cuba anda bayangkan..bolehkan anda menjadi kaya dengan menonton tv? Bolehkan anda menjadi kaya dengan melepak dan bersembang dengan kawan2 perkara yang tiada faedah? Bolehkah anda menjadi kaya dengan tidur?
Saya kenal ramai orang yang mempunyai ‘penyakit tidur’ melebihi masa yang diperlukan. Tidur untuk orang dewasa hanya sekitar 6-8 jam sehari, ada juga pendapat yang menyatakan tidur yang berkualiti hanya 4 jam sehari untuk golongan ini. Bayangkan jika anda tidur 10 jam sehari, anda telah kehilangan masa sebanyak 2 jam jika tidur yang sepatutnya hanya 8 jam dan kehilangan 4 jam jika tidur yang sepatutnya adalah 6 jam! Dalam masa 2-4 jam inilah individu yang mungkin berstatus sama dengan anda boleh menjadi kaya dengan usaha yang dia lakukan. Sebaliknya anda mungkin menghidap penyakit kerana tidur berlebihan dan kurang aktif!
Bagi golongan muda seperti linkungan umur saya, dalam 1000 orang yang saya jumpa, hanya 5-10 orang yang tidak akan tidur balik selepas sembahyang subuh. Lebih-lebih lagi pada hari cuti. Pukul 10.oo - 11.00 baru nak bangun, ada juga yang terlajak sehingga waktu Zohor. Yang terlewat sembayang subuh tak usah cakap la…Kenapa jadi begini? Mereka tidak tahu nak buat apa, langsung tidak merancang, tidak terfikir pun untuk merancang malah mereka malas berfikir untuk ‘berfikir’ sekali pun! Mereka hidup hanya berdasarkan arus, jika ada kerja, kerjalah mereka, jika tiada kerja, tiada kerjalah mereka, jika sahabat2 ajak keluar keluarlah mereka jika tidak, mereka akan tidur atau menonton tv. Benarkah pandangan saya ini? Jangan tipu diri sendiri lagi, terimalah hakikat bahawa ianya memang benar!
Apa jua yang anda lakukan sama ada bekerja makan gaji atau bekerja sendiri atau mungkin berniaga, anda sememangnya mempunyai masa lapang walau pun sedikit. Jangan anda ingat dengan bekerja sendiri atau berniaga anda telah berada pada ‘track’ yang betul. Bukan juga bermaksud anda berada dalam ‘track’ yang salah, tetapi perkara yang anda harus ingat ialah anda mesti mempunyai suatu kerja, atau rancangan lain untuk masa depan anda. Dan perkara itulah yang perlu anda lakukan pada masa lapang anda, tidak kira anda seorang pekerja, peniaga, usahawan dan sesiapa sahaja. Robert T. Kiyosaki dalam bukunya Cashflow Quadrant ada menyatakan, jika anda ingin sibuk, sibuklah dalam dua belah Quadrant. Apa itu dua belah Quadrant?

Perhatikan imej di atas, E dan S adalah 1 Quadrant dan B dan I adalah adalah 1 Quadrant.
E - Employee - Pekerja makan gaji,
S - Self Employed - Bekerja sendiri,
(satu Quadrant)
B - Business Owner - Pemilik Perniagaan
I - Investor - Pelabur.
(satu Quadrant)
Jangan anda keliru antara S dan B, jika anda berniaga dalam internet contohnya, anda masih belum boleh diklasifikasikan sebagai B- Business owner, tetapi anda adalah seorang S- Self Employed. Kenapa anda masih belum boleh diklasifikasikan sebagai B? Kerana B adalah orang yang walaupun dia tidak bekerja dan meninggalkan pernigaannya selama setahun atau lebih, perniagaannya akan terus berkembang maju. Itulah dia Business Owner. Jika anda perlu berkerja keras untuk memajukan perniagaan anda itu dikenali sebagai Self Employed atau Bekerja sendiri.
Sebab itulah saya cadangkan anda supaya menggunakan masa lapang anda merancang plan lain untuk masa depan anda. Jangan hanya fokus kepada 1 perkara walaupun anda tahu anda boleh berjaya dengan cemerlang dalam perkara tersebut. Kerana anda mungkin hanya akan berada pada 1 Quadrant iaitu sebelah E dan S, rancanglah untuk meletakkan diri anda dalam Quadrant B dan I kerana disitulah makna sebenar kekayaan akan terhasil. Anda boleh baca buku Cashflow Quadrant yang ditulis oleh Robert T. Kiyosaki (penulis buku best seller ‘Rich Dad, Poor Dad’) ini untuk mengetahui dan memahami dengan lebih mendalam mengenai Quadrant2 ini.





February 25th, 2008 at 9:57 pm
Betul sangat wanwma, saya setuju dengan kata2 “Hikmah” tu.
Kadang2 bengang je kalau ada orang cakap, nak kayalah, byk duitlah, itulah, inilah, tapi diri sendiri takde tindakan, mcm mane nak kaya?
Saya tak percaya dengan istilah 4D Duduk, diam, dapat, duit!
February 25th, 2008 at 10:04 pm
Ha’ ah! Betul tu emet, saya lagi tak percaya dengan benda2 cam gitu. Walau ia benar sekali pun lebih baik saya miskin kalau setakat nak dok saje, tak de maknanya jadi kaya kalau gitu caranya. Saya lebih rela kaya dengan bekerja kuat tetapi smart daripada kaya dengan cara 4D tu…
February 26th, 2008 at 3:55 pm
Hehe..macam2 boleh jadi sebenarnya. Kalau tau leh jadi cepat kaya dengan cara 4D tu. Aku pun nak tau gak..
February 27th, 2008 at 12:17 am
memang berbeza pun…sebagai contoh..orang kaya main golf,orang miskin main bola sepak
February 27th, 2008 at 12:20 am
Hehehe…mainan orang kaya dengan miskin pun berbeza yer, bizmalaya..hehehe
February 27th, 2008 at 1:17 pm
aduh…benar sekali kata-kata ‘baba kaya’ itu.
pengalaman saya melihat, memang kebanyakan orang kaya yang saya kenal menghabiskan masa mereka dengan membaca buku, merancang dan membuat pelbagai perkara yang bagus.
sebaliknya, ramai orang2 miskin dan sederhana termasuk saya selalu menghabiskan masa depan TV dan berborak kosong.
hmmm…nampaknya saya kena lebih tabah dalam melawan ‘nafsu nak berseronok saja’ yang begitu menebal dalam diri saya ni.