Soal Jawab – Bebanan Keluarga

Saya dibebani @ tanggungjawab terhadap keluarga sehingga tidak dapat
mencapai @ tidak sempurna segala impian dan cita2 saya. saya mempunyai 3
adik beradik dan 2 daripadanya suda berumahtangga. ayah saya sudah meninggal
dunia 14 tahun yg lalu. ibu sudah kembali berumahtangga. masalahnya skrg
ialah adik beradik saya masih ada sikap mengharapkan bantuan kewangan drpd
saya wlupun mereka suda berumahtangga. begitu juga dengan ibu saya yg suda
mempunyai anak (adik tiri saya). Dan ada adik tiri saya yg suda bekerja
tetapi ibu saya masih mengharapkan saya menanggung mereka semua. wlupun
tidak secara zahirnya. saya pun sudah berumahtangga dan mempunyai 2 orang
anak. saya ada tanggungan sendiri.
saya meminati bidang perniagaan tetapi
setiap kali saya ingin menyimpan duit utk dijadikan modal ada saja yg
meminta itu dan ini. saya ni jenis yang tidak suka berkata “tiada” sekiranya
saya “ada”. jadi persoalannya apakah saya mesti mengikut kehendak keluarga
sehingga kemajuan yang di inginkan susah untuk saya capai. apakah mereka
masih di bawah tanggungan saya. atau saya biarkan saya segala permintaan
mereka. harap wanwma bole berikan panduan dan cadangan. terima kasih
Bismillahirahmanirrahim…
Assalamualaikum
Terima kasih di atas soalan yang di ajukan saudari.
Terlebih dahulu saya amat berbesar hati untuk mengucapkan rasa kagum dengan ketulusan hati saudari yang sanggup menanggung keluarga. Amatlah sukar bagi saya untuk menyatakan pendapat dan pandangan kerana tidak tahu kedudukan sebenar saudari dengan jelas. Namun bagi saya, menolong saudara-mara kita adalah suatu perkara yang amat mulia dan dituntut oleh agama. Meskipun begitu, terdapat cara-cara dan perkara yang perlu dihalusi. Jika ahli keluarga saudari sudah berumah tangga, maka bukanlah menjadi tanggungjawab saudari untuk menyara mereka. Begitu juga dengan ibu saudari. Tanggungjawab menjaga ibu adalah terletak kepada anak lelaki yang sudah dewasa. Tanggungjawab saudari adalah menjaga suami dan anak-anak saudari sendiri.
Walau bagaimanapun, janganlah saudari melepaskan tanggungjawab itu kepada mereka sahaja, walau apa jua keadaan, sebagai ahli keluarga saudari masih perlu menghulurkan bantuan. Bagi saya, eloklah saudari terus membantu mereka seperti biasa. Namun, saudari perlu lebih kreatif dalam membantu. Ahli keluarga sepatutnya bekerjasama, bukan bergantung kepada sesiapa. Jika berpeluang, nyatakan terus kepada mereka yang mereka tidak boleh selamanya bergantung harap kepada saudari, mereka perlu belajar berdikari. Sekiranya sukar untuk saudari melakukan perkara tersebut, saudari boleh gunakan cara lain. Saya akan terangkan nanti.
Mungkin tanggungjawab dan beban yang saudari tanggung sekarang terasa amat berat untuk dipikul. Apatah lagi dengan niat dan impian yg mendalam untuk berniaga. Dengan ini, lahirlah masalah. Masalah yang agak merunsingkan pemikiran saudari. Dan sebab ini jugalah lahirnya alasan bagi diri saudari sendiri untuk menyatakan sebab kenapa saudari tidak boleh berniaga.
Di sini saya ingin cadangkan 3 langkah untuk saudari turuti jika tidak dapat berterus terang kepada ahli keluarga saudari….
1- Ubah Gaya Berfikir
Bermula hari ini, saudari cuba menukar gaya berfikir saudari dengan menganggap masalah itu sebagai peluang! Sebagai contoh, saudari perlu membantu ibu dan adik-adik, itu bukanlah suatu masalah, tetapi itulah peluang yang jelas kenapa saudari perlu mengejar impian! Saudari ada tanggungjawab, sebab itu saudari perlu berusaha dan berjaya! Tidak seperti orang lain yang tiada suatu tolakkan atau tanggungjawab kenapa mereka harus berjaya. Kebanyakkan orang yang berjaya adalah kerana TERPAKSA berjaya, bukan hanya kerana mengejar minat. Orang yang mengejar impian kerana minat biasanya akan berkubur selepas beberapa kali gagal dalam percubaan mereka untuk berjaya. Sebaliknya orang yang TERPAKSA berjaya, TERPAKSA berusaha walaupun sudah gagal beratus kali. Saudari sudah pun berada di landasan yang betul! Tidak perlu khuatir..
2- Buang Alasan, Hasilkan Penyelesaian
Memang benar saudari tidak dapat mengumpul wang kerana terpaksa menanggung keluarga, namun harus diingat, ALASAN TETAP ALASAN WALAUPUN IA ADALAH BENAR! Setiap kali saudari ingin mengumpul wang, wang saudari akan kering kerana memberikannya kepada ibu dan adik-adik. Keadaan sama berlaku berulang kali dan saudari hanya mampu mengeluarkan alasan. Saya tak kata ia salah, ia memang benar, tetapi dengan memberikan alasan tiada perkara yang akan berubah! Fikirkan cara yang baik untuk mengubahnya!
- berdasarkan keterangan saudari yang menyatakan saudari bukan jenis orang yang akan berkata “tiada” jika saudari “ada”. Ini juga adalah suatu kelebihan bagi saudari. Namun saudari perlu bijak mengaplikasikannya.
- Saudari mamang sedia maklum yang saudari perlu membantu keluarga, pada masa yang sama saudari juga ingin menyimpan wang untuk berniaga. Cadangan saya, saudari wujudkan 2 tabung yang berbeza. 1 tabung khas disimpan untuk keperluan saudari dan jika keadaan terdesak, boleh digunakan untuk membantu keluarga saudari. 1 tabung lagi adalah tabung modal untuk saudari berniaga. Dengan ini saudari boleh berkata “tiada” jika tabung pertama sudah kering. Tabung modal adalah tabung yang saudari sendiri berjanji tidak akan sentuh sekiranya masih belum cukup untuk dijadikan modal perniagaan.
- Fikirkan bahawa, jika modal perniagaan itu digunakan, saudari bukan sahaja tidak dapat mengejar impian dan kecemerlangan diri, tetapi saudari juga tidak dapat meningkatkan taraf hidup yang lebih baik bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga tidak dapat membantu keluarga.
3- Tukar Niat
Tukarlah niat saudari apabila membantu ahli keluarga mulai hari ini. Jangan berniat membantu mereka kerana mereka ahli keluarga saudari tetapi anggapkan mereka orang yang perlukan bantuan. Dan niatkan bantuan yang diberikan adalah kerana Allah. Bagaimanapun, peganglah prinsip ini, ‘Berikan ikan kepada seorang yang lapar, dia akan makan dan kenyang untuk hari ini. Sebaliknya jika memberikan ilmu menagkap ikan kepadanya, dia boleh makan dan kenyang untuk selama-lamanya.’
Niatkan juga tujuan saudari mengejar minat dan impian saudari adalah kerana Allah! Nescaya saudari akan lebih tenang dan bahagia. Insyaallah…
Sekadar itu saja perkongsian dan pandangan saya. Amalkan ilmu yang bermanfaat, tinggalkan dan perbetulkan saya jika ada yang tersilap.
Sekian saja dari saya.
Wassalam…

Berkorbanlah selagimana perasaan itu wujud,kerna pengorbanan itu indah,akan tetapi apalah ertinya jika pengorbanan itu sendiri,menggadai keiklasan saudari. saya teharu kerna masih wujud orang seperti saudari dan itu membuktikan allah itu maha adil,kerna ditengah kejahatan manusia masih wujud insan seperti saudari.Saya khuatir jika perkataan “tidak” suatu masa akan meratah qalbu saudari yang suci. Apa yang ditulis dan diwarwarkan wma itu bagus dan ternyata benar,praktikanlah. Sukar iu permulaan,tetapi diakhiri kesenangan,didalam kehidupan yang semakin mencabar saudari perlu lebih berani ,yakin dan tegas,bukan bermakna tidak perlu membantu,cuma perhalusi lagi kepada ibu ,adik- beradik,situasi saudari,dan berTEGASlah tehadap keputusan saudari.mereka sudah berkeluarga,mereka sepatutnya memahami kehidupan berkeluarga.Dibimbangi sikap saudari akan memburukkan keadaan,ini kerana kemalasan berusaha akan menjadi asasi mereka,saudari seharusnya membantu sekadar mampu,umpamanya jika diminta 100,saudari hanya beri 50,Apapun praktikanlah apa yang dicadangkan wma,inyahallah hasilnya akan dituai saudari.Kehidupan itu idak seindah yang saudari diimpi,tetapi tidak pula sekejam yang saudari sangka,semuanya terletak ditangan saudari unuk menentukan,jika positif pandangan saudari maka semuanya adalah hidup yang hebat,adapun jika negeif maka hancurlah dunia saudari malah akhirat saudari.Ini kerana saudari akan senantiasa mempertikaikan ketentuan allah.
[Ulas]