Saya Adalah Orang Yang Paling Gembira
Pengatahuan, Umum, Politik, Pandangan, Nasihat, Agama, Pesanan, Motivasi May 19th, 2008 
Begitulah tegas Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat berikutan keputusan Dr. Mahathir keluar UMNO hari ini. Beliau menyifatkan tindakkan bekas perdana menteri itu adalah langkah bijak dan jelas menunjukkan kelemahan pimpinan UMNO yang ada sekarang. Dr. Mahathir adalah icon kehebatan UMNO yang telah lama diperkatakan dan dikenali di seluruh dunia.
Sebagai seorang bijak pandai dan pemimpin yang begitu dihormati saya juga terkejut dengan jawapan Tuan Guru apabila ditanya adakah PAS sudi menerima Dr. Mahathir menyertai parti itu. Tuan Guru hanya menjawab dengan tenang dan bersahaja, “Saya amat-amat mengalukan kehadiran beliau. Sekiranya Dr. Mahathir menyertai PAS, PAS ibarat menumpang tuah yang besar dari seorang yang berpengalaman dan berpengatahuan luas.” Begitulah jawapan yang diberikan oleh Tuan Guru.
Saya amat kagum dan bangga dengan pendirian Tuan Guru. Beliau jelas sedikit pun tidak menaruh dendam terhadap Dr. Mahathir. Setiap apa yang difikirkannya adalah untuk kebaikan semua pihak. Apa yang diperjuangkan bukanlah untuk menjatuhkan sesiapa tetapi untuk memperbetulkan kesilapan yang telah dilakukan. Tuan Guru hanya mengimpikan negara Islam yang mengikut lunas-lunas Al-Quran dan As-Sunnah. Bukan membenci atau menentang sesama Islam tanpa sebarang fakta seperti kata sesetengah orang, “Tuan Guru hanya memecah belahkan orang Melayu!” Kini kenyataan ini meleset sama sekali!




May 19th, 2008 at 10:39 pm
Setuju…TGD Nik Aziz dan TDM masing-masing punya kredibiliti dan pengalaman yang luas dalam politik tanahair. TDM dengan gaya radikalnya, manakala TGD dgn sifat “down to earth” yang menyerlah…
MyMode Network’s menulis tentang..Pendaftaran RM50 Untuk MyMode Network
May 20th, 2008 at 10:12 am
tabikla tuan guru…=)
abeming’s menulis tentang..Cinta K.F.C
May 20th, 2008 at 6:00 pm
post yg menarik. tuan guru mmg dihormati sejak dulu lg… unless kpd org yg pro umno dan tanpa bukti yg kukuh menghantam tanpa malu kepada tuan guru.
beliau sentiasa tabah dan berdiam saja apabila dicemuh dan dihina. tiada dendam tersemat di jiwa. itulah contoh sebenar pemimpin kita. jika asyik berbalah dan berdendam, bila masalah rakyat nak selesai? lihat saja lah di dlm parlimen skrng. dah mcm pasar… semua asyik tunjuk lagak masing2… bukan nak selesaikan problem rakyat?
reply yg sgt baik dr tuan guru… syabas!
Faisal Admar’s menulis tentang..More things about me…
May 20th, 2008 at 8:16 pm
Aku mmg sukekan 2 2 pemimpin ni..masakan masa interview Nik Aziz suke pada kepimpinan Dr.M meskipun ada certain perkara mereka bertelagah tp dlm memartabatkan Islam mereka mmg sepakat.
catzer’s menulis tentang..Transformation of Happiness as Blogger
May 20th, 2008 at 8:54 pm
Saya tak gembira pun..
Lainlah kalau Datuk Seri A** R***** yang keluar..
barule kenduri
zool’s menulis tentang..Guru masuk lokap
May 21st, 2008 at 7:27 pm
huhu..aku rasa terlalu ramai yang gembira kan? kan?
titan’s menulis tentang..Get Free Domain of CO.CC
June 10th, 2008 at 2:10 pm
perkatan gembira jika diungkai ,akan menjadikan seribu satu patah,bait malah ayat yang sangat indah ,untuk menyatakan betapa kegembiraan itu adalah terlalu bernilai.ye…tak.
semoga semua makhluk yang di dunia ini akan berasa gembira.insaallah