Baginda Nabi Muhammad s.a.w adalah pemimpin agung yang maksum daripada segala dosa, menunjukkan jalan kebenaran dan berjuang menegakkan agama Allah. Namun, disaat kematiannya, saidina Ali menyebut, beliau masih ingat wajah pemimpin agung itu yang terkumat kamit membaca doa kepada Allah kerana kesakitan. Baginda meminta Aisyah membawa sejeluk air untuk diusapkan ke wajahnya lalu berdoa “Ya Allah ya tuhanku, tolong ringankan aku daripada berperang dengan azab Sakaratul Maut!

Pada saat itu juga Malaikat Jibril datang dan melihat. Jibril terkilan melihat kesakitan yang dialami oleh baginda dan mengadu kepada Allah, ” Ya Allah..itu kekasih kamu! Kenapa begitu azab kesakitan yang engkau berikan disaat kematiannya?“. Lalu Allah menjawab “Ya Jibril…itulah sesempurna kematian!” Sesempurna kematian seorang yang paling sempurna di sisi Allah pun sebegitu azab! Cuba banyangkan diri saya, WanWma yang bakal menghadapi kematian kelak? Cuba bayangkan diri anda yang bakal menghadapi kematian kelak? Cuba bayangkan anak-anak anda, saudara mara, jiran tetangga dan sahabat2 sekalian. Cuba bayangkan mereka-mereka yang tidak pernah mendirikan sembahyang dan sentiasa memperlekehkan urusan agama! Kesakitan yang bakal kita hadapi bergali ganda lebih teruk daripada Nabi Muhammad s.a.w.

Namun, apa yang baginda sebut disaat kewafatannya? Dalam keadaan yang begitu tersiksa baginda berdoa Ya Allah, kalaulah begini sakitnya azab menghadapi kematian, Kau himpunkanlah kesakitan seluruh umatku, biarlahku tanggung seorang kesakitan ini!”. Kasih sayang Nabi kepada kita begitu kuat sehingga baginda sanggup untuk menanggung kesakitan kita semua seluruh umatnya. Tetapi sayang, kita tidak pernah ambik tahu pasal Nabi. Kita buat tak endah dengan ajaran Nabi. Kita sering melupakan Nabi. Kita lalai dengan kasih sayang kepada dunia…malangnya kita…”Ya Allah…, Ya Nabi Allah…. maafkan kami, ampunkanlah kami!”

3 pesanan terakhir baginda kepada kita…disaat kewafatannya baginda menyebut “Ummati..ummati…” yang bermaksud umatku..umatku. Mesejnya ialah baginda sayangkan kita semua umatnya. Yang kedua baginda menyebut “Jangan tinggal solat!” dan yang ketiga “Wanita…wanita…lindungi wanita!” Lindungi wanita samada dari fizikal dan rohaninya. Bukan dedahkan wanita dengan pakaian yang kurang sopan, pergaulan bebas, perzinaan dan sebagainya….

Sempena Maulidul Rasul 1429H ini, marilah sama-sama kita mengingati Nabi kita, bukan sahaja kepada sirahnya tetapi juga dalam amalan ibadat kita. Jangan sekadar mengingati Nabi sekadar musim2 tertentu sahaja. Ambillah pesananNabi sebagai panduan dan amalkannya dalam kehidupan harian kita! Wassalam………