Rakyat KINI Lebih BERMOTIVASI
Umum, Politik, Pengatahuan, Pandangan, Minda, Motivasi March 9th, 2008
Pilihanraya Umum kali ke-12 telah pun berlangsung semalam dan keputusan telah pun diumumkan. Berdasarkan keputusan PRU kali ini jelas kepada kita bahawa rakyat kini mahukan perubahan, lebih berani dan lebih bermotivasi. Dari segenap sudut di negara kita, purata mengundian untuk BN telah menurun secara drastik. Dan telah pun kalah di 5 buah negeri iaitu Kelantan, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.
DAP menunjukkan prestasi yang begitu baik dalam meraih undi dan berjaya menawan Pulau Pinang dan Perak. PAS pula telah berjaya mengekalkan kedudukannya di negeri Kelantan dengan kemenangan yang begitu cemerlang dan berjaya menawan negeri KEDAH! Manakala PKR telah pun memenangi hati rakyat dan telah berjaya meraih 31 kerusi Parlimen dan 40 Dun. Selangor juga telah ditawan oleh BA.
Kawasan-kawasan lain yang dimenangi BN juga jelas menunjukkan penurunan undi dan kemenangan yang agak tipis berbanding Pilihanraya Umum ke 11 pada tahun 2004. Apakah sebenarnya fanomena yang telah berlaku? Adakah tidak cukup hebat ’serangan minda’ yang dilancarkan oleh Barisan Nasional menerusi media-media seperti television, akhbar dan radio? Atau pun benar sekali kenyataan yang dikeluarkan oleh Penganalisis Politik Prof Madya Dr Mohd Agus Yusof?
“Kalau kita buka blog-blog dalam kalangan muda-mudi, kita akan dapati rakyat mencipta kejutan dalam pilihan raya kali ini dengan membekalkan saluran maklumat alternatif.
“Satu lagi yang menyebabkan kekalahan BN ialah kerana kempen-kempen anjuran RTM yang berat sebelah. Hal ini menyebabkan rakyat makin menyampah terhadap propaganda BN tersebut,” katanya.
Berdasarkan permerhatian saya sendiri, undian ‘main-main’ atau ‘kaji selidik undi’ yang dijalankan dalam beberapa buah blog secara rawak telah menunjukkan BA jauh meninggalkan BN. Rakyat kini lebih jelas akan maksud demokrasi dan jelek dengan tindakan UMNO sebagai kerajaan yang berat sebelah dalam penggunaan media dan tindakan Abdullah Ahmad Badawi yang menyekat suara dan bantahan rakyat sehingga sanggup menggunakan kuasa polis dan FRU.
Jelaslah kepada kita hari ini bahawa pimpinan Abdullah Ahmad Badawi dan Umno telah pun tergugat. Tetapi sayang, dalam keadaan yang mereka sepatutnya sedar akan kelemahan itu masih bercakap dengan angkuh. Katanya: “Saya tidak melihat itu (undi tidak percaya). Ini hanya pendirian rakyat yang mahu saya meningkatkan lagi kekuatan,” kata beliau.
Perdana Menteri bagaimanapun enggan melihat kebangkitan rakyat itu sebagai undi tidak percaya kepadanya.
Mengenai wujud tekanan pihak dalam parti supaya beliau meletakkan jawatan, Abdullah berkata: “Tak tahu siapa yang tekan saya.”
Manakala kata Khairy yang dianggap punca utama kekalahan BN yang di petik oleh Bernama berkata: “Kami akan melawan semula”
Kini, corak dan irama politik negara kita sudah tidak seiringan lagi. Kepincangan yang berlaku dalam BN telah memberi ruang bagi BA melonjakkan paradigma pemilihan rakyat kepada mereka. Manakala kenyatakan bahawa kehadiran Anwar Ibrahim sudah tidak releven telah pun terjawab dan jelas kenyataan itu tidak benar sama sekali.
Sehingga kini, saat-saat perubahan masih bergetar di hati rakyat sama ada dari pihak BN ataupun BA. Ke manakah hala tuju yang akan dibawa oleh pemerintah yang telah dipilih? Benarkah harapan yang diimpikan akan dirasai sepanjang 4 tahun yang bakal dilalui ini? Sama-samalah kita menanti dan menerima dengan kecerdikan intelektual yang positif. Jangan sekadar menjadi rakyat yang buta dalam menilai kebenaran, kemajuan, keamanan, kemakmuran, pembelaan dan hala tuju negara kita pada masa akan datang.
Jadilah seorang insan yang bergelar rakyat yang berwibawa, ketahuilah hak dan tanggungjawab anda. Berjuanglah menegakkan kebenaran dan keadilan masyarakat. Rakyat yang hebat adalah rakyat yang mampu bersuara dalam memperbetulkan pemimpin yang ‘tersesat’, bukan rakyat yang sekadar duduk diam melihat perkembangan dan menyatakan dirinya tidak sukakan rusuhan dan keganasan sedangkan negara berada diambang kehancuran.
Wassalam….




March 9th, 2008 at 12:19 pm
harap2 pasni xda blog yang di block..tahniah kpd wakil di batu burok dan wakaf mempelam..
March 9th, 2008 at 12:22 pm
hehehe…harap2 begitulah…
March 9th, 2008 at 3:20 pm
Wah…Rakyat kini hanya lebih bermotivasi malah lebih pandai memilih…
Kenapa harus pilih wakil rakyat yang hanya untuk diri sendiri???
P:S Ye..dengar kata ramai blog kenak block ek
March 9th, 2008 at 4:38 pm
Biasa la kalau blog kena block tu Dauz, memang tu la keje orang yang PENAKUT! Saya rasa lepas ni bukan blog jer, malah internet pun akan disekat. Ini bermaksud pengaruh politik untuk menyekat berita drpd desebarkan lebih hebat daripada menyekat blog2 atau web2 lucah dan berbaur sex. Huhuhuhu…tak faham la saya….
March 9th, 2008 at 6:55 pm
Salam Wanwma. Saya suka baca entry ini. Amat menarik.
Walaupun Terangganu dan Perlis masih gagal dirampas dari BN, saya percaya pembangkang boleh berjaya. Bak kata Tok Guru Haji Abd Hadi setiap kerajaan ada ajalnya.
Saya berharap, dollah al-hadhari tak letak jawatan supaya dia dapat merasai kemanisan perjuangan bodohnya, bila BN dimusnahkan secara total pada PRU akan datang.
Apapun teruskan perjuangan, wahai sahabat!
March 9th, 2008 at 8:21 pm
Tahniah BA,
Semoga manifesto yang di janjikan di negeri Selangor dapat dilaksanakan…
March 9th, 2008 at 8:24 pm
manifesto PKR http://www.keadilanrakyat.org/index.php/content/view/545/
March 9th, 2008 at 11:33 pm
kita tgk setahun dua ni apa jadi…
March 10th, 2008 at 1:10 am
Ye saya amat bersetuju ngan artikel saudara wan ini. Rakyat sudah menyampah dengan media2 yang nyata berat sebelah. namun semalam semasa menati keputusan undi PRU 12, pengulas di TV3 ada berkata yang Pak Lah tak sempat menakis serangan dari pembangkang. satu kenyataan yang bodoh!! mereka mengawal semua media cetak/elektronik. Di kelantan
kebangkitan pemuda/remaja membimbangkan BN. BN menyerang Tok Guru sehingga mrk lupa yg mereka tersilap langkah. Makin mrk cuba buka pekung pembangkang, makin pekung mereka terbuka. Rakyat sudah benci dengan keangkuhan mereka.
March 10th, 2008 at 5:48 pm
Hm.. perubahan yang pastinya memberi impak ..
Kita saksikan…
March 10th, 2008 at 6:24 pm
rakyat nakkan perubahan! lets help them
March 10th, 2008 at 8:04 pm
heeh. So, kita tunggu apa yg akan berlaku. Walaupun aku ada rasa cam tak sedap badan. Aku harap sesuatu yg baik dan menggembirakan semua orang.
March 10th, 2008 at 10:08 pm
Hrp negara kita terus aman dan makmur..
March 10th, 2008 at 10:18 pm
Tak sedap badan ke titan? mungkin nak deman kot…
March 11th, 2008 at 1:04 pm
ehmm, inilah yang dikatakan kuasa Allah mengatasi segalanya. Walaupun mereka merancang itu dan ini, tetapi mereka sering terlupa bahawa perancangan Allah lebih besar! Allahuakhbar!!!
March 12th, 2008 at 2:52 am
takbir!!!!!
walaupun kita kalah dari zahirnya namun kita telah menang disisiNya.
March 12th, 2008 at 12:42 pm
tahniah jugak kepada bloggers2 yang banyak membentuk pemikiran dan motivasi rakyat supaya tidak lagi diperbodohkan oleh kjaan….especially RPK, JeffOoi, dan rakan2 mereka…kudos kepada anda…anda merupakan pejuang sebenar reformasi ini…
tidak sia2 aku menukar blog kepada mode PRU12….menyebarkan poster propaganda BA…mungkin ada muda-mudi yg terpengaruh dgn ayat2 aku kat blog tu…tahniah kepada anda semua….
Malaysia tidak seperti dulu lg…kini kita membentuk MALAYSIA Baru….dan masa depan Malaysia mula tercipta…syabas kepada semua bloggers2 aku berbangga dengan khidmat kita mengubah pemikiran rakyat…..