Tentu telah ada diantara anda yang pernah mendengar cerita tentang sebuah lagu bertajuk



Secara ringkasnya cerita ini berkisar tentang seorang lelaki yang terpaksa melepaskan kekasih yang bakal dikahwininya kerana permintaan wanita itu untuk kembali kepada kekasih lamanya. Hazwan yang tidak dapat menerima keadaan itu telah membunuh wanita itu dan kekasih lamanya. Dia kemudiannya menyerah diri kepada polis dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Sebelum menjalani hukuman gantung Hazwan telah membuat permintaan untuk menyanyi dan menjemput sahabat2nya supaya merekod lagu yang dinyanyikannya.

Saya tidak pasti sejauh mana kebenaran cerita ini, tetapi apa yang ingin saya tegaskan adalah tentang cinta yang salah dalam cerita ini. Bukan maksud saya nak mengaibkan arwah, tetapi pemergiannya telah memberikan suatu pengajaran kepada kita yang masih hidup. Kita seharusnya mengambil iktibar. Inilah contoh cinta yang disalah tafsirkan.

Ingatlah anda yang berada di luar sana. Jika ingin bercinta, cinta pertama yang harus anda tanam adalah kepada Allah yang maha esa. Kemudian kepada nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w. Kerana telah salah menanam cinta dihati, ramai anak2 muda sekarang berada dalam kejahilan. Cinta kepada manusia tidak akan membawa kita ke mana-mana kecuali cinta kita kepada manusia itu kerana Allah. Lihat saja contoh yang berlaku kepada saudara Hazwan yang telah hilang pertimbangan. Beliau sanggup melakukan perkara yang tidak diredhai oleh Allah.

Perkara seperti ini tidak akan berlaku sekiranya cinta utama kita kepada Allah. Saya amat2 tidak setuju dengan pendapat yang menyatakan “Cinta itu Buta!”. Walau bagaimanpun, saya bersetuju jika berkata “Cinta itu Buta dari pandangan Mata!” Tetapi cinta tidak buta pada pandangan ‘Hati’. Maksud saya, cinta seharusnya menjadi jalan dan cahaya yang menerangi kita kepada Allah. Cinta membolehkan kita menyanyangi sesama manusia. Bukan membenci dan berdendam. Cinta sebenar bukan bermaksud ‘menguasai’, ‘memiliki’ dan ‘mendambakan’ seseorang. Tetapi bermaksud ‘mengasihi’, ‘merestui’, ‘melindungi’, ‘meredhai’ dan ‘memaafkan’. Jadi, makna Cinta itu buta tidak benar sama sekali kecuali tiada Allah dihati kita.

“Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sanyangi beroleh bahagia.”

Cinta yang begitu dalam kepada manusia memang sudah menjadi lumrah hidup kita. Bayangkan, “Apa lagi yang tiada di Syurga? Tapi Nabi Adam tetap rindukan Siti Hawa!” Pun begitu, kita boleh mengubahnya jika menanam cinta hakiki kepada Allah dan Nabi Muhammad lebih dari segala-galanya. Kadang-kadang bila nasihat seperti ini saya keluarkan untuk menasihati rakan2, mereka berkata “Kamu tidak tahu, kamu tidak pernah bercinta!”.

Inilah di antara kesilapannya, apabila menerima musibah, kita terasa seolah-olah kita orang yang paling malang dan orang lain tidak pernah merasainya. Lalu kita menyelami isi hati kita dengan fikiran yang kacau bilau dan berkata “Kenapa perkara ini berlaku kepada aku? Kenapa? Kenapa? Apa yang harus aku lakukan? Apa?”. Di saat ini nafsu telah berjaya menutupi segala kewarasan fikiran kita dan kita akan bertindak mengikut kehendak hati yang rasok. Dan…zhasss..Hazwan telah membunuh 2 orang manusia yang tidak bersalah!