Blog ini selalu dikunjungi daripada perkataan di atas yang di cari melalui search engine. Mungkin ramai orang tercari-cari bagaimana caranya mengatasi perasaan gemuruh. Perasaan gemuruh ni tidak jauh bezanya dengan perasaan takut yang kita bincangkan dalam post yang lepas. Bagaimanapun ia memang ada kelainannya.

Perkara pertama yang perlu anda ketahui adalah kenapa anda sering mengalami perasaan gemuruh? Mungkin ada sesetengah orang merasa gementar apabila diberi peluang untuk bercakap depan orang ramai atau semasa melakukan presentation. Ada juga yang rasa gemuruh apabila bertemu dengan polis sedangkan dia mempunyai dokumen yang lengkap dan tidak melakukan sebarang kesalahan. Ada juga yang lagi pelik, dia duduk sorang2 pun dia boleh rasa takut, sedih dan gementar…

Mungkin pelbagai tip-tip motivasi telah anda pelajari namun masih juga tidak berkesan. Kali ini saya bagi tip yang sedikit berbeza. Tahukah anda bahawa perasaan gemuruh berpunca dari debaran jantung yang berdenyut kencang semasa anda merasa takut? Kelajuan denyutan jantung yang tidak stabil ini memerlukan oksigen yang banyak dan lancar untuk diproses. Jantung kita berdenyut untuk mengepam oksigen dan darah. Jika perjalanan oksigen dan darah ini kurang lancar, anda akan terasa nafas seolah-olah tersekat-sekat dan menyebabkan anda bernafas dengan lebih laju. Keadaan ini menjadikan badan anda mengigil dan terketar-ketar.

Akibatnya, jantung yang berdenyut kencang danĀ  badan yang kuat mengigil menjadikan anda kaku tidak mampu untuk berkata-kata dengan sempurna (penoton pun mula memerhatikan anda sambil senyum sinis membuatkan anda semakin tidak keruan). Anda berkata dalam hati, ‘Arghhh!!! Kenapa dengan aku ni! Relaks la! Relask la!!!

Kejadian di atas memang merupakan mimpi ngeri yang anda sesekali tidak mahu lalui. Sebab itulah anda search internet dan cari artikel tentang perasaan gemuruh. Jadi apakah jalan penyelesaiannya? Jawapannya mudah! Anda memerlukan VITAMIN B COMPLEX! Betul, walaupun anda dah banyak belajar motivasi yang berkaitan, tetapi anda mungkin tidak dapat mengawal denyutan jantung anda yang kencang. Anda sebenarnya kekurangan vitamin B dalam badan. Lengkapkan ia supaya badan anda boleh berfungsi dengan stabil dan sempurna. Jika anda mengikut saranan saya, saya tidak jamin perasaan takut anda boleh hilang, tetapi anda boleh mengawal perasaan itu jika badan anda tidak mengigil dan berada dalam keadaan selesa. Anda akan menjadi lebih yakin dan berani. Lama-kelamaan perasaan takut anda akan hilang begitu saja.

Tip ini adalah pengalaman saya sendiri dan saya tahu ia amat berkesan. Semoga berjaya!