Pentingkah mengingati nama? Ehem? Jangan tanya orang lain! Cuba tanya diri anda sendiri, apakah perasaan anda apabila orang yang baru anda kenali beberapa minit yang lepas sudah mengingati dan mengulang sebut nama anda setiap kali bercakap dengan anda? Gembira bukan! Sebagaimana mana pentingnya mengingati nama, sebegitulah pentingnya nama seseorang itu dikenali. Apa maksudnya? Contohnya, baru2 ini anda telah pun selesai pergi menunaikan tanggungjawab anda, pergi mengundi. Dari mana agaknya anda mengenali calon2 yang anda undi itu? Dari pengalamannyakah? Dari percakapannyakah? Dari perwatakannyakah? Atau dari namanya? Tentu sahaja namanya, kan!

Baik, sebelum ini kita telah pun belajar cara2 memperkenalkan diri. Sudah semestinya apabila anda memperkenalkan diri anda kepada seorang individu, maka dia juga akan memperkenalkan dirinya. Sebagai seorang peniaga, usahawan, orang profesional dan seorang rakyat Malaysia yang memegang kuat prinsip ‘Budi Bahasa Budaya Kita’, anda perlulah menitik beratkan perhubungan anda dengan setiap orang yang berkenalan dengan anda. Jika anda seorang peniaga internet, anda tentu tahu betapa pentingnya ‘nama’ dalam ucapan atau email yang anda kirimkan kepada ‘mailing list‘ anda, bukan! Dengan menyebut nama mereka, sudah tentu mereka terasa begitu dihargai dan mereka pasti, email yang anda hantar itu bukan spam!

Jika menggunakan komputer dan teknologi yang ada sekarang anda mungkin boleh menggunakan sistem yang terdapat dalam autoresponder, tapi bagaimana jika di dunia nyata? Memang agak susah untuk mengingati nama seseorang yang baru dikenali, bukan? Tak apa, di sini saya akan kongsikan formulanya. Formula dalam bahasa english, iaitu:

‘LIRA’

L - Look and listen - Lihat dan dengar

I - Impression - Perhatian

R - Repetition - Berulang-ulang

A - Association - Perhubungan

Look and listen atau Lihat dan dengar di sini bermaksud fokus melihat dan mendengar si polan menyebut namanya. Jangan sekadar melihat, tidak mendengar (berfikir perkara lain) atau mendengar tetapi tidak melihat (memandang ke arah lain).

Impression atau Perhatian bermaksud anda perlu menumpukan sepenuh perasaan dan minat apabila mengetahui nama seseorang.

Repetition atau Berulang-ulang bermaksud anda perlu sentiasa menyebut nama orang yng bercakap dengan anda berulang kali. Jangan panggil kau-aku atau saya-awak saja. Sebutkan namanya apabila bercakap!

Assiociation atau Perhubungan bermaksud anda perlu menjalinkan hubungan yang lebih erat dengannya. Sebagai contoh, ketahui kegemarannya terhadap sesuatu perkara yang berkaitan dengan anda. Anda boleh berkongsi minat dengannya. Dengan berkongsi minat yang sama, anda lebih mudah mengingati mereka yang sama minat dengan anda!

Selain itu anda perlu membentuk sesuatu hubungkait. Contohnya jika di kampung anda tentu saja anda pernah mendengar nama-nama seperti ini: Pok Man ‘Kereta’, Sulaiman ‘Hitam’, Said ‘Gemuk’ dan macam-macam lagi. Contoh-contoh tadi bukanlah bermaksud mengutuk tetapi merupakan nama gelaran kerana hubungkait si polan dengan perkara tersebut. Contohnya Sulaiman ‘Hitam’, Hitam yang ditambah dibelakang nama panggilannya itu kerana beliau berkulit hitam. Dengan itu beliau lebih mudah dikenali. Nama2 tambahan dibelakang itu juga merupakan ‘tread mark’ kepada seseorang.

Namun, jika anda ingin meletakkan ‘tread mark’ kepada seseorang janganlah menggunakan perkara yang buruk. Anda juga tidak perlu beritahu mereka yang anda meletakkan ‘tread mark’ itu ini kepada si empunya badan. Cukup sekadar dalam ingatan anda!