Neraka Juga Untuk Orang Sembahyang
Pengatahuan, Nasihat, Pesanan, Agama, Motivasi June 14th, 2008
Salam semua..
Sebagaimana yang kita semua tahu, Neraka adalah tempat hukuman dan balasan bagi orang-orang yang ingkar kepada tuhan. Kita juga tahu bahawa terdapat tingkat-tingkat tertentu bagi Neraka. Tingkat-tingkat neraka ini diberikan nama-nama tertentu sesuai dengan seksaan yang bakal diterima. Dalam semua tingkat-tingkat neraka ini terdapat satu neraka yang disediakan khas untuk orang yang sembahyang. Neraka ini ialah Neraka Wel (saya tak tau macam mana ejaan yang betul).
Kenapa neraka ini disediakan untuk orang yang sembahyang. Kerana di sinilah tempatnya kita sebagai seorang umat Islam yang menunaikan sembahyang perlu sentiasa menginsafi diri. Jangan menyangka bahawa dengan hanya menunaikan sembahyang kita telah terselamat dari azab api neraka. Sembahyang adalah tiang agama dan amalan pertama yang akan disoal ketika di alam akhirat kelak. Jika sempurna sembahyang seseorang, sempurnalah segala kehidupannya.
Siapakah orang yang sembahyang tetapi tetap dimasukkan di dalam Neraka Wel? Mereka adalah orang-orang yang apabila sembahyang, mereka tidak menjaga tatatertib. Tiada ilmu berkenaan sembahyang. Jangan sekadar berkata, “Aku tak tahu tak apa!” orang yang layak berkata demikian adalah orang yang sedang belajar, tetapi masih belum didedahkan sesetengah perkara yang dia tidak ketahui. Sebaliknya bagi orang yang tidak belajar, mereka akan bergelumang dengan dosa yang mereka sendiri tidak ketahui.
Orang yang sembahyang kerana inginkan pujian dari orang lain. Tiada nilainya sembahyang/solat orang-orang seperti ini. Selain itu orang yang tidak khusyuk dalam solat. Pahala yang dikurniakan dalam solat bergantung kepada berapa lama seseorang itu mengingati tuhan. Jika hanya satu rakaat, maka satu rakaatlah pahala yang diberikan. Adakah nilai ini cukup untuk kita bawa bersama sebagai pelindung kita di akhirat kelak?
Orang yang sentiasa melewat-lewatkan sembahyang sehingga hujung waktu tanpa ada keuzuran. Para ulamat menyatakan bahawa boleh melewat-lewatkan sembahyang jika ada keuzuran seperti sakit tenat kerana susah untuk bangun dan sebagainya. Orang seperti ini dibenarkan solat dihujung waktu, sebagai contoh, sebaik sahaja solat Zohor pada hujung waktu, kemudian dia boleh terus menunaikan solat asar yang baru masuk waktu. Keadaan ini meringankan sedikit bebannya untuk solat. Namun, bagi orang yang tiada keuzuran, melewat-lewatkan solat sehingga hujung waktu adalah haram dan Neraka Wel adalah tempat orang-orang seperti ini.
Sekadar itu sahaja perkongsian saya dengan anda kali ini. Saya bukanlah seorang ustaz yang mahir akan selok-belok agama. Namun, perkongsian, pesanan dan peringatan perlu diberikan walaupun sedikit. Carilah ilmu (agama) kerana kita akan menyesal sekiranya kita melakukan dosa yang kita sendiri tidak tahu. Dosa yang tidak diketahui hanya akan terhapus sekiranya kita sentiasa belajar ilmu agama. Selalulah hadir dalam majlis-majlis agama, kuliah2 di surau dan Masjid. Jadilah orang beriman dan bertaqwa. Insyaallah…kita akan selamat di dunia dan di akhirat.



June 15th, 2008 at 7:31 pm
Terima kasih wan kerana mengingati…
June 15th, 2008 at 10:34 pm
Salam.. Baik sebagai peringatan untuk semua
June 23rd, 2008 at 8:27 pm
saya juga kadang2 perasan. dah solat, dah lepas tanggungjawab. thanx 4 da info.
June 27th, 2008 at 3:45 pm
SALAM….
peringatan ini amat bmafaat….tq
mcm ne plak kalau bdepan dgn situasi dmne boss tak suka staff dia bsolat.
nak curi masa tuk bsolat pun kadang2 jd isu besar dpejabat.
June 27th, 2008 at 4:03 pm
Terima Kasih Myaz, Alasan Tetap Alasan Walaupun Ianya Benar! Apatah lagi jika berkaitan dengan soal agama, lebih2 lagi sembahyang. Myaz, biarlah bos marah atau menjadi isu besar dipejabat, yang penting kita disayangi oleh ALLAH! Jika terlalu sukar menghadapi keadaan dipejabat, tukarlah kerja lain, rezeki yang Allah berikan ada di mana-mana sahaja. Janganlah setia kepada kerja yang tiada keberkatan..
Myaz, saya doakan supaya Myaz sentiasa berada dalam rahmatnya. Saya yakin Myaz seorang insan yang bertaqwa!
June 28th, 2008 at 8:16 pm
bagus artikel nie terima kasih
July 6th, 2008 at 1:54 pm
Artikel yang sangat bagus. Sat aa. Aku Zohor jap..