Menjadi Insan Yang Dikasihi
Umum, Motivasi April 19th, 2008![]()
Setiap manusia memiliki naluri semulajadi untuk dikasihi dan disayangi. Namun untuk mendapatkan kasih sayang yang sempurna bukanlah suatu perkara yang mudah, tetapi tidak juga sukar. Post kali ini saya akan berkongsi dengan anda tip untuk menjadi seorang insan yang dikasihi dan mudah didekati oleh sesiapa sahaja. Terdapat 10 langkah mudah yang agak sukar dilakukan tanpa azam yang kuat. Hari ini saya akan kongsikan dengan anda 2 langkah pertama dahulu. Anda boleh mempraktikannya bermula dari sekarang.
Sebenarnya untuk menjadi insan yang dikasihi seperti mana yang saya maksudkan adalah sesuatu perkara yang subjektif dan tidak ada langkah spesifik yang perlu dituruti. Namun kerana kita sering leka dan tidak peka terhadap perasaan orang lain, kita sering melakukan sebarang perkara mengikut citarasa kita. Ini telah menyebabkan kita sebati dengan sikap yang kita bentuk tanpa disedari. Malangnya, bukan semua orang boleh menerima sikap kita yang kita miliki sekarang.
“Terimalah saya seadanya!”
Janganlah anda berpegang kepada kenyataan di atas jika mahu menjadi insan yang hebat. Kenyataan di atas tidak salah, tetapi ia bukan alasan untuk orang lain menerima sikap anda. Sebaliknya menerima bentuk fizikal anda. Sikap kita adalah bukan perkara ’seadanya’, tetapi suatu nilai yang boleh berubah dan dibentuk menjadi lebih baik dan lebih sempurna. Orang yang sentiasa mencari kesempurnaan diri akan sentiasa menghisab dirinya dan belajar memperbetulkan diri. Bukan menerima diri anda seadanya. Allah amat memurkai orang yang tidak merubah diri mereka menjadi insan yang lebih mulia disisi-Nya.
Baiklah, langkah pertama dan kedua yang perlu anda lakukan untuk menjadi insan yang dikasihi ialah dengan:
1- Bergaul Dengan Ikhlas
Seperti yang saya katakan di atas, ini adalah langkah mudah yang tidak semudah menyebutnya untuk dilakukan. Namun, mari kita bertanya kepada diri sendiri. “Adakah begitu sukar untuk aku bergaul dengan orang lain secara ikhlas?” Kadang-kadang kita bergaul dengan orang lain hanya kerana kebosanan dan kesunyian, bukan kerana kasih sayang sesama insan.
Sekiranya kita ikhlas dalam pergaulan, kita sentiasa ingin melakukan yang terbaik terhadap insan lain tidak kira mereka ahli keluarga kita, saudara-mara, jiran tetangga, sahabat hatta orang yang kita tidak kenali pun. Kita tidak akan sesekali menyebut perkara yang membuatkan mereka marah, kita tidak akan sesekali melukakan hati mereka, kita juga tidak akan sesekali membiarkan mereka dalam kesusahan. Inilah dia pergaulan yang menekankan kasih sayang sesama insan. Dan dari sinilah lahirnya keikhlasan. Secara lumrahnya, anda akan dibalas dengan kasih sayang daripada insan lain.
2- Saya Bukan Ancaman
Setiap kali memikirkan kepentingan diri anda, fikirkan yang anda bukan ancaman atau saingan kepada orang lain. Sebaliknya anda adalah sahabat dan penolong sekiranya orang lain mengalami kesusahan.
Permusuhan yang sering berlaku sesama manusia adalah kerana masing-masing memikirkan kepentingan diri sendiri atau ‘hak’ masing-masing.“Aku mesti buat begini! Ini adalah hak aku!” Keadaan ini telah berlarutan sekian lama. Sedangkan kita tidak sedar yang kita sebenarnya akan lebih ‘bahagia’ jika dapat memenuhi keperluan orang lain daripada keperluan diri sendiri. Anda tidak percaya? Tahukah anda kepada Bill Gate membelanjakan hampir separuh daripad kekayaannya untuk didermakan kepada tabung anak yatim? Adakah beliau tidak boleh menjadi kaya sekiranya beliau tidak berbuat demikian? Tidak sama sekali! Namun beliau merasakan itulah salah satu kebahagian kepadanya apabila dapat memenuhi keperluan orang lain.
Sekiranya kita perhatikan ibu bapa yang bekerja kuat mencari wang dan keperluan harian, mereka bekerja bersusah payah adalah untuk memenuhi keperluan diri sendiri atau keperluan anak-anak mereka? Tentu sekali untuk anak-anak mereka! Di sinilah terletaknya tanggungjawab! Ubahlah gaya pemikiran anda, bercakaplah tentang tanggungjawab dan bukannya hak! “Aku mesti buat begini! Ini adalah tanggungjawab aku!” Dengan ini, anda akan dianggap sebagai kawan dan bukannya ancaman kepada orang lain. Anda sekali lagi telah berjaya membuatkan diri anda dikasihi.




April 21st, 2008 at 4:10 am
penipu!
bila kita wat baik ada gak org burukkan kita….
bila kita tolong org, ada gak yg tak igt langsung kita pernah tolong dia..
argh…
bila kita iklhas berkawan..
napa kawan kita dgn mudah jadi lawan?
P/s: tiada kena mengena dgn sesapa
April 21st, 2008 at 7:43 am
Komen awak betul sekali Ahib0205! Jangankan kita, Nabi yang mulia di sisi Allah dan tidak pernah melakukan kesalahan terhadap orang lain pun tetap diburukkan dan dibenci oleh sesetengah orang. Tapi adakah nabi kita pernah berputus asa dan berdendam?
Kenapa perlu kita fikirkan mereka yang memburukkan kita? Kenapa tidak kita fikir orang yang sayangkan kita? Kenapa tidak kita fikirkan kasih sayang kita kepada insan lain? Apa yang orang lain buat kepada kita tidaklah sepenting apa yang perlu kita buat kepada orang lain. Amalan kita akan dihitung, amalan mereka juga akn dihitung. Jika semua orang membenci kita, cukuplah sekadar kita menjadi insan yang dikasihi oleh Allah di atas keikhlasan kita.
April 21st, 2008 at 9:33 pm
betul tu wanwma dan ahib0205……..tak perlu pikirkan ttg pendapat org tentang kita……yang penting tindakan dan tingkahlaku kita dengan org…
apa apa pun kita hendaklah ceria selalu..
peaace
taukey’s menulis tentang..Hosting Free..! Sapa Nak??
April 26th, 2008 at 11:58 pm
nice article..
keep it up
May 5th, 2008 at 7:38 am
[…] sajalah saya meleter untuk kali ini, tangan ni sebenarnya tengah gatal nak sambung citer berkaitan Menjadi Insan Yang Dikasihi. Terima kasihkepada mereka yang sudi TAG saya dan saya memohon maaf kepada mereka2 yang saya TAG. […]
May 10th, 2008 at 8:21 am
[…] ada 10 langkah yang diperkenalkan untuk dituruti. Kita telah pun membincangkan 2 daripadanya pada artikel yang lepas. Hari ini kita akan sambung lagi 2 […]