Menjadi Insan Yang Dikasihi 3
Umum, Motivasi May 23rd, 2008
Baik, kita sambung lagi siri motivasi kita berkaitan menjadi insan yang dikasihi. Langkah seterusnya yang akan dibincangkan kali ini adalah langkah 5 dan 6.
5- Jangan Membanding-banding
Seringkali kita sebagai manusia suka menilai dan membuat perbandingan. Namun, kadang-kadang kita lupa perbandingan yang kita wacanakan itu boleh menguris hati seseorang. Janganlah kita sama sekali menyamakan perbandingan sesama manusia seperti mana kita membandingkan keunikan sesuatu produk. Saya yakin anda pernah dengar kata-kata seperti ini, “Engkau ni nak jadi apa? Cuba lihat anak si Milah tu, baik, pandai dan sentiasa rajin. Engkau? Semuanya tak boleh diharap!”
Ya! Kita sering dibanding-bandingkan dengan orang disekeliling kita. Apa yang dibandingkan biasanya adalah kelemahan kita berbanding orang lain. Kenapa perlu dibandingkan kelehaman itu? Kenapa perlu menyamakan kita dengan orang lain? Adakah itu akan membuatkan kita menjadi seperti orang yang dibandingkan? Tidak juga, namun perbandingan demi perbandingan terus diajukan tanpa menghiraukan perasaan orang lain.
Sifat membanding-banding ini hanyalah naluri semulajadi manusia yang boleh dikawal dan dibentuk. Tiada salahnya membanding-banding, tetapi ada cara dan tatatertibnya. Dahulukan menghargai sebelum menyampaikan mesej. Kita boleh menggunakan pendekatan ini,
“Saya kagum dengan awak (menghargai), awak sentiasa boleh menerima pendapat dan pandangan orang lain, seandainya awak memiliki sifat rajin, kuat berusaha dan baik dengan semua orang (mesej), awak akan jadi lebih hebat!”
Mesej untuk menyatakan supaya seseorang menjadi rajin, baik dan pandai tetap sampai walaupun kita tidak membandingkannya dengan sesiapa. Bandingkan dia dengan dirinya sendiri sahaja sudah cukup!
“Awak sudah bagus! Cuma perlu jadi lebih hebat seperti Saiful!”
6- Jangan Merosakkan Kebahagian Orang Lain
Langkah ini terang dan jelas. Sesiapa pun tidak suka jika kebahagian mereka dirosakkan. Tetapi dari bentuk yang bagaimanakah kita boleh merosakkan kebahagiaan orang lain? Kalau kita sememangnya seorang yang suka berbuat demikian, itu bermakna kita memang bermasalah. Sebaliknya kita tidak mahu merosakkan kebahagiaan orang lain secara langsung, namun perkara itu tetap berlaku. Apakah puncanya?
1- Berkawan- Jadilah kawan yang boleh membimbing, bukan menghasut. Sekiranya berlaku konflik atau sebarang masalah dalam kebahagiaan seseorang, mereka akan mengadu kepada temannya. Di sinilah peranan membimbing, bukan menghasut! Bimbinglah mereka untuk kembali menjernihkan kebahagiaan mereka.
2-Memahami- Setiap individu mempunyai corak hidup yang berbeza. Kita tidak boleh menyamakan kehidupan orang lain dengan kita. Malangnya, kita sering menganggap kebahagian yang kita miliki itulah kebahagian yang sebenar. Kita mendesak orang lain untuk bersama dengan kita. Orang yang cuba keluar dari kepompong kebahagian mereka untuk bersama kita akan mula terdesak kerana telah terkeluar dari landasan kebahagian mereka (mungkin ayat ini agak sukar difahami, tapi cuba2lah buat faham ye :p). Jadilah seorang yang memahami kebahagian orang lain. Terima dan hargai mereka!
Semoga tip kali ini sekali lagi membantu anda dalam memantapkan hubungan anda dengan insan lain. Terima kasih kerana sudi membaca.




May 24th, 2008 at 3:06 am
masalahnya. Memang ramai orang yang suka banding membanding. aku paling tak suka klu diorang wat cam gini..
titan’s menulis tentang..New Paid Per Lead : The Internet Marketing Cure
May 24th, 2008 at 2:15 pm
Apa bleh buat titan, mmg susah nak kawal orang. Yg penting kita jgnlh terlibat sama dalam golongan tu..
May 25th, 2008 at 1:22 am
perangai manusia seribu 1 mcm ragam…xdinafikan tiap-tiap hari kita terjumpa manusia yg jelek bg pandangan kita tapi ‘tidak’ di mata si empunya badan…apapun penting bagi kita ‘apply’ tips di atas kerana kuasa psikologi dpt mengatasi masalah dlm perhubungan seharian atr manusia…
-Nokotta
June 10th, 2008 at 2:17 pm
semua orang dalam dunia nie suka membanding,ayah aku pun sama,tapi aku tak heran pun.sedara - mara aku pun suka membanding aku pun tak tahu apa yang best sangat tu,wma pernah kena banding tak,kalu pernah sakit hati tak
June 11th, 2008 at 7:23 am
ehem..pernah! Rasa sakit ati gak..rasa cam diri ni tak guna je pada pandangan orang tu..isk..isk..