Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca blog sekalian..

Kali ini saya akan menyambung kupasan artikel berkaitan tip-tip menjadi insan yang dikasihi. Sebagaimana yang anda sedia maklum, ada 10 langkah yang diperkenalkan untuk dituruti. Kita telah pun membincangkan 2 daripadanya pada artikel yang lepas. Hari ini kita akan sambung lagi 2 langkah.

Baik, langkah seterusnya ialah:

3-Hindarkan menghina, mengkritik dan menyalahkan orang lain.

Ini adalah perkara yang kadang-kadang kita sangat suka buat! Apabila bersembang bersama teman2 kita suka mengutuk(mengumpat) teman yang lain. Apabila orang lain memberikan pendapat, kita suka mengejek, menyanggah dan memperlekehkan pendapat mereka. Apabila berlaku sesuatu musibah, kita sering menyalahkan orang lain.

Setiap kali kita mengumpat, nilai mulia kita telah pun jatuh. Walau mungkin orang yang diumpat tidak mengetahui apa yang kita katakan, tetapi sahabat2 yang mendengar tidak lagi menghormati dan mempercayai kita. Jangan lupa juga, kita harus menanggung dosa yang besar.

Terimalah pandangan dan pendapat orang lain dengan hati yang terbuka walaupun kita tidak bersetuju dengan pendapat mereka. Walau mungkin pendapat mereka salah, mereka akan lebih gembira jika dapat melakukan sesuatu perkara mengikut citarasa mereka kemudian belajar dari kesalahan. Sebagai orang yang sentiasa memberi sokongan dan tidak pernah memperlekehkan pandangan orang, kita akan menjadi rujukan pertama dan orang nombor 1 yang terlintas difikiran mereka untuk dijadikan teman berbincang.

Kita sering mengkritik dan menyalahkan orang lain. Kalau pun mereka salah, sombong dan berlagak, perkara yang perlu kita buat bukan mengkritik atau menyalahkan mereka. Tetapi menegur, menasihati dan memperbetulkan kesalahan itu. ‘Mengkritik’ dan ‘menengur’ adalah perkara yang hampir sama tetapi amat jauh perbezaan nilainya. Begitu juga dengan ‘menyalahkan’ dan ‘menasihati’. Sebagai contoh:

Mengkritik: “Apa yang engkau buat ni? Kau ni cuma tahu menyusahkan orang je!”
Menegur: Kita tak boleh buat macam tu, mungkin ada cara lain yang lebih baik!”
Menyalahkan: “Ni semua kau punya pasallah! Aku dah cakap dah, kau degil!”
Menasihati: “Takpe, sekarang kita dah tahu perkara tu salah, lepas ni kita tak payah la buat lagi!”

4- Jangan memotong percakapan orang

Saya mempunyai seorang sahabat yang sering memotong percakapan orang lain. Sebaik saja kita bercakap sesuatu, dia terus memotong untuk menerangkan apa yang kita cakapkan. Dia cuba untuk menunjukkan kehebatannya seolah-olah tahu semua perkara. Agaknya apakah perasaan anda jika berada ditempat saya? Tentu anda akan rasa menyampah dan bosan bercakap denganya. Perkara ini ada saya bincangkan dalam artikel bertajuk Apabila Bercakap.

Apabila kita menjadi seorang yang suka memotong percakapan orang lain, orang tidak lagi mahu bercakap dengan kita. Jumpa sahaja dengan kita mereka mesti nak lari. Janganlah kita jadi orang yang malang seperti itu. Mungkin kita terasa perkara itu kecil. Tetapi sedar tak sedar, ramai orang meluat apabila bercakap dengan kita.

Kuasa yang ada pada seorang counseler yang berjaya bukanlah dengan banyak bercakap atau banyak memberi nasihat. Sebaliknya dengan banyak mendengar. Maksudnya jadilah seorang pendengar yang baik. Biarkan orang bercakap sehingga selesai. Iakan apa yang mereka cakap, angguk dan pandang ke arah mereka. Jangan sesekali sibuk nak menjawab atau memberi pendapat sebelum mereka selesai bercakap atau sebelum mereka bertanya!

Sekiranya anda berjaya menguasai keempat-empat langkah yang dinyatakan ini, anda sudah cukup disanyangi dan dan dikasihi. Namun, jangan lupa. Kita masih ada 6 langkah yang belum dibincangkan! :)