Mengatasi Perasaan Takut
Umum, Minda, Motivasi May 29th, 2008Masyarakat kita sering mengalami masalah takut yang tidak terkawal. Mereka takut kepada Bos, takut nak memulakan perniagaan, takut nak bercakap depan khalayak ramai, takut memberi pendapat dan macam-macam takut lagi yang pelik-pelik (kalau takut tuhan tak pe gak).
Perasaan takut seperti ini telah menyebabkan masyarakat kita jauh ke belakang. Ini merupakan gejala yang perlu diubah dan diperbaiki (saya pun hairan kenapa tak de kempen untuk menyelesaikan masalah ni). Di sini saya akan cuba sampaikan beberapa cara untuk mengatasi perasaan takut.
Baik, yang pertama anda perlu Melawan Arus! Semakin anda takut, semakin anda perlu sibuk nak buat perkara tu. Kalau anda takut nak jumpa bos, hari ini anda redah jer! Pergi jumpa bos kemudian cakap, “Bos, saya takut nak jumpa bos, tapi saya nak jumpa bos jugak sebab saya nak kawin berkawan dengan bos!” Hah? Ada berani ke buat camtu? Ayat tadi tu saya reka ikut suka jer, anda pandai2 la bina ayat sendiri!
Kalau masih takut lagi, anda cuba guna cara ni:
1- Tulis kenapa anda takut?
Contoh:
‘Bos aku garang, jadi aku pun dengan rela hati rasa takut la! Isk..isk…”
2- Apa kemungkinan yang akan berlaku? (tulis 3 kemungkinan)
‘Bos akan pecat aku ke? Tak de la macam tu skali, mungkin bos akan marah aku. Lepas tu aku pun sedih…’
‘Bos mesti suka sebab aku bagi idea yang baik! Huhahahaha!’
‘Aku sendiri tak tau apa akan berlaku..’
3- Buat keputusan (pilih yang positif)
‘Yes! Aku yakin bos akan terima idea aku! Kalau bos tak terima pun habis teruk aku kena marah jer..! ‘
4- Buat tindakan!
‘Terus bertindak, simpan dulu perasaan takut tu dalam almari pakaian atau mana-mana tempat yang sesuai, kemungkinan yang akan berlaku cuma seperti yang tertulis di atas, jadi aku tak perlu takut!’
*Tip di atas adalah langkah yang telah terbukti berkesan mengikut kajian!



June 10th, 2008 at 2:35 pm
perasaan takut bukan mudah untuk meghilangkanya tapi saya rasa pasti boleh jika saya tekun melakukan apa yang telah wma cadangkan,semoga kita semua mampu merubah masa depan kita bersama
June 10th, 2008 at 7:58 pm
Insyaallah, perasaan takut kadang2 membuatkan kita gagal dalam melakukan rancangan yang kita aturkan. Kita perlu berusaha menanganinya!
June 15th, 2008 at 7:39 pm
hmm perasaan takut saya ialah stage fright iaitu takut sangat naik pentas. langkah yg saya ambil ialah join agensi modeling. dari situ saya cuba atasi ketakutan saya dengan membuat beberapa persembahan hehehe. alhamdulillah… semuanya ok
July 30th, 2008 at 1:22 am
ketakutan perkara biasa,gunakan kekuatan minda untuk menghindari perasaan takut.