السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Berbalik kepada topik yang kita bincangkan sebelum ini, kita telah tahu beberapa perkara yang berkaitan dengan musuh dipejabat yang saya maksudkan. Kali ini mari kita semak balik bagaimanakah cara mengatasi masalah ini. Ehem..sebelum saya lupa, ingin juga saya nyatakan bahawa perkara ini bukan hanya berlaku di pejabat, malah di tempat belajar seperti universiti2 dan pelajar sekolah pun ramai yang menghadapi masalah seperti ini.

Perkara pertama yang perlu kita tahu adalah kenapa wujudnya musuh? Sebabnya adalah kerana wujudnya kita. Kita tidak akan mempunyai musuh sekiranya kita sendiri pun tidak ada pada satu-satu tempat itu. Jelaslah bahawa wujudnya musuh atau saingan atau orang yang benci kepada kita adalah kerana wujudnya kita. Jadi, dapatlah kita tahu di sini bahawa sebenarnya musuh itu bukannya orang lain, tetapi diri kita sendiri. Kita boleh bersikap supaya orang sentiasa menyukai kita, tetapi kenapa kita bersikap sebaliknya? Mungkin anda berkata, “Macam manalah nak buat supaya semua orang suka kepada kita? Itu perkara mustahil!” Ya, benar! Saya setuju, jangankan kita, Nabi kita yang paling mulia di dunia ni pun masih ada orang yang bencikan baginda. Walaupun begitu, Nabi Muhammad sayangkan semua umatnya. Itulah perbezaan besar antara kita dengan baginda. Kita membalas kebencian orang dengan sama-sama membenci mereka. Padahal kita masih sama-sama orang Islam yang berkiblatkan Al-Quran dan As-sunnah. Orang yang bencikan Nabi sebagaimana yang saya maksudkan di atas adalah orang kafir latnatullah. Sebaliknya kita saling bergaduh dan menyimpan perasaan hasat dengki di dalam hati terhadap insan seagama dengan kita. Kita tidak boleh mengubah perasaan orang lain terhadap kita, tetapi kita boleh mengubah perasaan kita terhadap orang lain. Musuh di pejabat wujud kerana kita yang menganggap mereka sebagai musuh.

Biarkan saja mereka dengan perasaan benci dan marah mereka kepada kita. Itu merupakan satu petanda baik untuk kita berubah. Mungkin ada kelemahan dan kekurangan kita yang menyebabkan mereka tidak suka kepada kita. Kekurangan dan kelemahan itu perlu kita kenal pasti, baiki dan ubah menjadikannya lebih baik. Dengan cara ini kita akan bergerak satu langkah lagi ke depan dalam mempertingkatkan perubahan diri. Mungkin hari ini hanya seorang rakan yang membenci kita berubah untuk kembali menyukai kita, tetapi dengan usaha yang berterusan, siapa sangka beberapa tahun akan datang kita bakal menjadi orang yang disukai ramai samada dari pihak kawan atau lawan. Yang penting kita perlu belajar menyukai orang lain. Tidak kira mereka sukakan kita atau tidak. Tunjukkan keikhlasan kita kepada mereka. Insyallah, Allah akan bukakan pintu hati mereka untuk menilai kita dari sudut seorang rakan, bukannya musuh!

Kita kadang-kadang sentiasa menunding jari menyalahkan orang yang benci kepada kita, tetapi kita sendiri lupa yang kita sendiri pun benci orang lain sana sini tidak tentu pasal. Soal mereka hipokrik, berlagak, sombong, suka membodek dan sbgnya tu adalah kelemahan mereka yang perlu kita perbetulkan. Tuhan letakkan sifat2 itu kepda mereka supaya kita lihat dan berfikir, supaya kita tidak mengikut sifat buruk yang ada pada mereka. Tetapi sayang, kita hanya menilai dari pandangan mata kasar. Kita patut bersyukur kita tidak diuji dengan sifat buruk seperti mereka. Tetapi sekali lagi kita lupa yang kita diuji untuk menegur mereka, bukan lari dan membencikan mereka.

Marilah kita sama-sama memuhasabah diri. Musuh di pejabat sebenarnya harus dilihat dari sudut kita sendiri, jangan asyik sibuk melihat kelemahan orang lain. Langkah seterusnya adalah bagaimana ingin kembali mengeratkan hubungan keruh antara mereka dengan kita. Saya akan bincangkan perkara ini dalam post yang akan datang. Sebelum itu marilah kita kembali melihat cermin dan memperbetulkan perasaan kita terhadap orang lain. Buangkan sifat marah, hasat dengki, dendam, meluat dan sebagainya, tanamkan kasih sayang, ukhuawah dan rasa cinta sesama insan.

Walahualam….