السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Pertama sekali saya ingin minta maaf kerana telah lama tidak menulis dalam blog ini, bukan sibuk yang menjadi penghalang, tetapi line internet yang tak ada. Baik, apa agaknya yang ada pada sebuah keputusan? 

Seorang bos memanggil seorang pekerjanya yang baru dilantik menjadi leader, beliau memberikan pesanan ringkas yang cukup membina untuk seorang leader. Beliau berkata,

“As a Leader, you have made a decision! Don’t worry about true or false, it can be fix after you see the result!”

“Sebagai seorang ketua, awak perlu membuat keputusan! Jangan bimbang samada keputusan itu betul atau salah, ianya boleh dibaiki selepas melihat hasil dari keputusan yang dibuat!”

Sesiapa pun kita, samada menjadi ketua atau tidak, kita tetap perlu mengetuai atau memimpin diri sendiri. Jika kita tidak boleh membuat keputusan untuk menetapkan sesuatu langkah, bagaimana kita boleh surveys dalam hidup ini?

Memang kadang-kadang kita mengalami keadaan sukar untuk menetapkan sesuatu keputusan, kita takut keputusan yang kita buat itu silap, kita takut kita dipertanggungjawabkan di atas keputusan yang dibuat dan macam-macam lagi. Namun, kita perlu tahu, Kuasa Keputusan bukan terletak pada keputusan yang dibuat, tetapi terletak pada hasil yang terjadi. Dengan hasil itulah kita boleh bertindak dengan lebih bijak samada meneruskan keputusan yang dibuat atau pun membaiki keputusan yang tersilap.

Tetapi sayang, ramai orang takut hendak membuat keputusan kerana takut akan hasil yang bakal mereka tempuhi. Sedangkan di situlah sebenarnya terletaknya kuasa keputusan. Di situlah persimpangan untuk kita meningkatkan prestasi diri dan di situlah lahirnya seorang pemimpin, jutawan, pakar motivasi dan sebagainya. 

Disebabkan itu, jangan sesekali takut hendak membuat keputusan. Betul atau salah bukan bukti untuk menunjukkan kita seorang yang gagal, tetapi ia bermaksud kita seorang yang berani dan sanggup belajar untuk membaiki kesilapan yang dibuat.

“Buatlah keputusan! Tidak kira apa hasilnya, berani dan bertanggungjawablah atas keputusan yang ditetapkan. Kerana di sinilah lahirnya seorang pemimpin!”

wanwma