Setelah beberapa tahun belajar dan beberapa bulan mempraktikkan sistem yang ada dalam perniagaan internet, kini tibalah masanya untuk saya bermula. Bermula melakukan perniagaan ini dengan serius. Saya akan berhenti menulis dalam blog ini buat sementara waktu untuk memberi laluan kepada projek-projek yang telah saya rancang sekian lama. Jika dulu, untuk menjalankan projek2 perniagaan internet bagi saya adalah sesuatu perkara yang mustahil (kerana tiada ilmu) tetapi kini tidak lagi. Saya telah pun melengkapkan diri dengan ilmu2 yang diperlukan dan pengalaman2 yang membina. Alhamdulillah…

Jika anda ingin memulakan sesuatu perniagaan, perusahaan atau apa2 saja, anda perlulah bermula dengan memasang impian. Selepas itu, cari ilmu yang berkaitan dan belajar menggunakannya. Kemudian praktikkannya dalam kehidupan seharian. Sebaik sahaja segalanya telah lengkap, anda perlu bermula dan bertindak! Tidak ada guna ilmu yang dipelajari jika tiada tindakan. Tiada gunanya tindakkan jika tidak merancang. Tidak ada gunanya rancangan jika tidak bermula melakukannya. Saya selalu menasihati diri sendiri dan rakan2 usahawan yang lain bahawa “Sebuah Kejayaan Yang Besar Bermula Dengan Langkah Pertama Yang Kecil!”

Kini saya ingin mula menyiapkan produk2 dan sistem perniagaan saya. Saya mungkin mengambil masa yang agak lama memandangkan masa yang terhad (saya masih bekerja makan gaji), saya tidak pasti bilakah saya akan kembali membuat post dalam blog ini, namun jika dirasakan perlu, saya tetap akan singgah ke sini untuk membuat post pada bila2 masa yang sesuai.

Saya ada 4-5 projek yang perlu disiapkan. Selain itu ada lagi tempahan design dan beberapa rekaan laman web pelanggan. Tak lupa juga lukisan potret percuma dan berbayar (offline) yang saya lakukan. So, mamang banyak kerja…huhuuhuu..

Ehem…pasal potret percuma, program tu tetap akan berjalan macam biasa. Jangan khuatir…apa2 hal yang berkaitan saya akan nyatakan melalui email yang anda berikan kepada saya. Terima kasih di atas sokongan anda semua. Saya akan kembali lagi!

p/s: Saya mungkin akan aktif dalam beberapa buah forum (untuk mencari prospek) dan mungkin sentiasa aktif memberi komen dalam blog anda (selagi saya masih hidup), Insyallah…!