Kini Pertaruhan Bermula Lagi!
Umum, Pengumuman, Pandangan, Agama, Minda, Motivasi February 13th, 2008
‘KUALA LUMPUR, 13 Feb (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembubaran Parlimen di bawah peruntukan Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan yang berkuatkuasa serta-merta hari ini.’
Ini bermakna, tangungjawab seterusnya terletak pada tangan kita bagi menentukan siapakah yang layak mentadbir negara dan bangsa yang kita cintai ini. Berbagai rintangan, masalah, perkelahian, pembangunan, perkembangan ekonomi, kenaikan harga barang, perubahan sistem pentadbiran telah berlaku selama ini. Bagaimanakah anda menilai semua perkara itu? Siapakah yang layak diberi kuasa untuk mentadbir Malaysia? Apakah yang diperjuangkannya? Selaraskah ideologinya dengan budaya, pembangunan dan agama kita? Semuanya akan terjawab tidak lama lagi. Keputusan terletak pada tangan kita semua! Hukum mengundi adalah WAJIB! Kerana kita bersaing dengan pelbagai pihak daripada pelbagai bangsa dan agama. Dan kewajipan kita sebagai orang Islam semestinya memperjuangankan perundangan agama kita untuk terus dijadikan panduan dalam melaksanakan undang-undang di negara ini.
Bagaimana pendapat anda? Sudah tentu anda semua mempunyai idea yang berbeza-beza dengan pegangan dan pandangan anda sendiri tentang siapakah yang layak diberikan kuasa untuk mentadbir negara kita. Bagi saya segala perkara berkaitan perundangan dan pemerintahan negara haruslah berlandaskan Al-Quran dan Hadist. Dan hanya itulah pengangan saya sampai bila-bila. Tiada tolak ansur lagi dan tanpa kompromi! Anda mungkin berpendapat sama dengan saya. Tetapi anda sudah tentu mempunyai pandangan2 dan hujah2 lain yang mungkin boleh anda kongsikan di sini! Berikan pendapat anda. Kerana anda mungkin boleh menarik beberapa orang individu lain untuk menyertai anda dengan hujah dan penerangan yang kukuh dan berasas!




February 13th, 2008 at 10:21 pm
hmm! gendang dah dipalu.. sesape yg dah reg pemilih tu jgnlah tak mengundi pulak.. sibuk2 buat e-biz pun kena tunaikan tanggungjawab.. nanti menyesal tak sudah
wanwma sendiri mcm mana? Reg dok? saya ni mengundi dekat rumah je Jalankan tanggungjawab dgn bijaksana timbang biar bulat 
February 14th, 2008 at 12:12 am
YA! mesti dah regnyer! Bukan takat reg utk diri sendiri jer, siap tolng regtr tuk mmbr2 lagi! Huhuhu…