Kenapa Google No. 1
Umum, Pengatahuan, Motivasi September 19th, 2008السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Di atas ialah gambar pejabat Google
Tahukah anda, pada tahun 2007, 100 syarikat telah diiktiraf sebagai yang terbaik dan paling menjadi tumpuan pekerja seperti yang dikeluarkan oleh majalah terkemuka antarabangsa, Fortune. Google mendapat tempat pertama dalam senarai ini. Apakah yang menyebabkan Google mendapat tempat pertama sebagai syarikat paling menjadi tumpuan pekerja? Anda pasti akan cemburu mendengarnya:
1- Merupakan syarikat gergasi sebagai menyedia enjin carian no.1 paling feymes di dunia.
2- Makanan disediakan secara percuma kepada semua staf. Di sediakan juga makanan untuk golongan vegetarian dan juga makanan2 popular dari Asia Pasifik seperti sushi yang berasal dari Jepun.

3- Perkhidmatan Spa dan kolam renang percuma.

4- Perkhidmatan perubatan dan rawatan kesihatan secara percuma.
5- Perkhidmatan bas transit dari stesen keretapi awam percuma.
6- Perkhidmatan mencuci kereta dan menukar minyak kereta kepada semua staf.
7- Perkhidmatan subsidi untuk staf yang berminat membeli kereta hibrid
8- Perkhidmatan gunting rambut ditempat kerja.
9- Ganjaran sebanyak USD 2,000 apabila staf membawa rakan masuk bekerja di Google.
10- Subsidi diberikan kepada staf yg ingin belajar bahasa asing seperti Mandarin, Latin dan Perancis.
11- Perkhidmatan dobi dan cucian disediakan secara percuma
12- Jurutera boleh menghabiskan masa sebanyak 20% dari jumlah keseluruhan masa kerja bagi menjalankan projek2 bebas.
Suasana kerja di Google tidak sama dengan suasana kerja ditempat kita. Pekerja dibudayakan melakukan kerja seperti suasana kampus. Pekerja bebas melakukan sebarang aktiviti dan bebas berpakaian yang tidak melampaui batas. Staf sentiasa diterapkan dengan suasana ceria dan kerja yang menyeronokkan. Pelbagai aktiviti santai disediakan seperti:
-Bermain bola tampar, pingpong, video game dan hoki luncur di lokasi kerja.
-Kerusi urut untuk kemudahan staf berehat setelah penat bekerja
-Dibenarkan membawa binatang peliharaan di pejabat.
-Kemudahan gimnasium di tempat kerja
-Akitiviti kebajikan seperti berlari beramai-ramai untuk meningkatkan kecergasan staf dan mengeratkan hubungan -mereka.
Goolge sentiasa menghormati idea staf. Di sebabkan semua tawaran menarik ini, Google menerima 1300 permohonan kerja setiap hari dan 1.15 juta permohonan setahun.





October 5th, 2008 at 8:30 pm
sampai macam tuh sekali, hebat! tak habis fikir lagi nih….