Kekayaan dan 5 Golongan Masyarakat (episod 4)
Umum, Pengatahuan, Pandangan, Motivasi January 25th, 2008Golongan Keempat: Kekayaan VS Kerja Kuat
Mereka adalah golongan yang tidak tahu mengaku kalah. Golongan ini sentiasa bekerja kuat untuk mencapai matlamat mereka. Mereka tidak takut kepada kegagalan. Mereka suka berusaha. Matlamat mereka adalah untuk menjadi seorang yang kaya dan berjaya. Golongan ini tidak ramai, hanya sekitar 15% sahaja dari kalangan masyarakat.
Golongan ini terdiri daripada mereka2 yang kaya dan berjaya. Mereka mempunyai perniagaan atau sebarang perusahaan yang memberikan mereka wang yang banyak. Mereka memikul banyak tanggungjawab. Mereka sentiasa sibuk dengan kerja yang mereka lakukan. Mereka gembira dengan hasil kerja dan kekayaan mereka.
Walau bagaimanapun golongan ini hampir tidak dapat menjalani kehidupan seperti manusia biasa kerana sibuk dengan kerja dan tugasnya. Jika mereka berhenti bekerja, kejayaan atau perusahaan mereka bakal menghadapi masalah. Di sinilah pada suatu masa, golongan ini terasa dibelenggu oleh kejayaan dan kekayaan yang tiada penghujungnya. Mereka akan rasa terdesak dan menjadi hamba kepada pekerjaan sendiri…




Recent Comments