Kekayaan dan 5 Golongan Masyarakat (episod 3)
Pandangan, Nasihat, Pesanan, Motivasi January 21st, 2008Golongan ke-3: Kekayaan Dengan Jalan Mudah
Golongan ini biasanya terdiri daripada orang-orang yang menghadapi masalah kewangan, orang yang menginginkan kehidupan yang lebih selesa, ingin menjadi kaya untuk memiliki material2 idaman mereka seperti kereta dan rumah mewah serta perbelanjaan yang tidak terbatas. Mereka kadang-kadang mempunyai semangat dan cita-cita yang kuat untuk menjadi kaya, dan ada juga yang tertipu dengan janji-janji manis syarikat perniagaan tentang peluang untuk menjadi kaya dengan mudah.
Golongan ini mempunyai satu penolakan atau anjakan yang boleh menjadikan mereka seorang yang sanggup berusaha kuat atau terus berputus asa kerana kecewa dengan kegagalan akibat tertipu dengan perniagaan palsu.
Selain daripada mereka2 yang terlibat dalam perniagaan atau skim2 cepat kaya ini, orang yang mencipta skim dan perniagaan palsu itu juga adalah termasuk dalam golongan ini. Mereka mahu mencipta sebuah sistem yang dirasakan hebat dan boleh memberikan mereka kekayaan dengan mudah. Mereka tahu ramai orang2 yang berfikiran seperti mereka. Mereka cuba mengambil kesempatan di atas sikap golongan ini. Mudah bagi mereka untuk menipu golongan ini kerana mereka tahu apa yang difikirkan oleh golongan ini. Berhati-hati…
Golongan ini biasanya malas bekerja kuat sebaliknya menggunakan cara mudah untuk mencapai matlamat mereka. Ada juga yang berfikir mereka tidak mahu melakukan apa2, hanya ingin mengeluarkan sedikit wang (yang dianggap sebagai melabur atau modal), kemudian mereka mahu tengok akaun mereka dipenuhi wang.
Golongan ini telah menyebabkan beberapa keadaan yang bermasalah. Antaranya:
1- Memburukkan nama perniagaan2 yang berpotensi seperti MLM sebenar, Takaful atau insuran, perniagaan internet dan lain-lain perniagaan yang memerlukan usaha kuat untuk berjaya.
2- Memberikan imej songsang tentang kejayaan, menggambarkan kejayaan itu boleh dicapai dengan jalan yang mudah. Masalahnya bukan salah kejayaan yang dicapai dengan mudah seperti yang dikatakan, tetapi mereka sebenarnya menipu.
3- Menyebabkan masyarakat keliru dan takut untuk berniaga, berusaha dan lebih parah lagi masyarakat telah kehilangan begitu banyak wang dengan sia-sia hanya untuk menyertai skim2 dan perniagaan menipu mereka.
Samada menjadi peserta atau pencipta, golongan ini hampir sama sahaja. Mereka malas bekerja. Jika mereka ditawarkan peluang untuk menjadi kaya, mereka malas untuk membuat penyelidikan sama ada peluang itu benar atau pun tidak, mereka hanya nampak peluang untuk menjadi kaya dengan mudah. Kadang2 ada juga yang berfikir mereka tak kisah kalau rugi sikit untuk mencuba, yang penting mereka dapat untung banyak. Masalahnya 1 sen pun tak untung…kalau untung pun dari manakah datangnya wang tersebut? Pernahkah mereka fikirkan? Cadangan saya…
“Jauhi dan hindarilah dari terlibat dalam golongan ini! “




Recent Comments