Kekayaan dan 5 Golongan Masyarakat (episod 2)
Pandangan, Pesanan, Minda, Motivasi January 17th, 2008Golongan Kedua: Kekayaan Suatu Mimpi
2. Golongan kedua adalah golongan yang ingin menjadi kaya tetapi langsung tiada usaha dan rancangan untuk menjadi kaya. mereka cuma menaruh harapan yang dianggap sekiranya berpeluang, mereka ingin menjadi kaya, sekiranya tidak mereka langsung tidak ambil peduli.
Golongan ini adalah dari kalangan orang2 yang hidup dalam ‘comfort zon’ atau zon selesa. Mereka senang dengan kehidupan yang dilalui sekarang, dengan pendapatan dan kerja yang mereka ada. Ada dikalangan mereka yang tidak memikirkan langsung tentang masa hadapan dan ada pula yang menganggap wang simpanan atau pencen mereka sudah cukup untuk menampung keperluan mereka di hari tua kelak. Selain itu, tidak kurang juga yang berfikir masa depan (tua) mereka terletak pada anak-anak mereka.
Bukan bermaksud untuk menyatakan fikiran mereka salah, tetapi golongan ini adalah contoh yang baik untuk kita mengambil iktibar bahawa negara kita mempunyai ramai golongan yang mementingkan diri sendiri. Maafkan saya, tetapi berdasarkan kajian saya, inilah golongan yang paling ramai dikalangan masyarakat kita. Kenapa saya mengatakan golongan ini adalah golongan yang mementingkan diri sendiri? untuk menjawab soalan ini saya ingin mengemukakan satu soalan sebagai jawapan.
“Adakah anda boleh duduk diam sambil menikmati keselesaan hidup anda sekiranya anda memikirkan nasib orang-orang susah yang memerlukan bantuan anda?”
Percayalah apa yang saya ingin nyatakan di sini, kadang2 orang susah yang dimaksudkan itu bukan orang lain, sebaliknya ahli keluarga dan saudara mara mereka sendiri. Tetapi mereka yang berada dalam golongan ini langsung tidak menghiraukan apa yang berlaku kepada orang lain. Apa yang difikir dan dirisaukan hanya kesenangan hidupnya. Apabila mereka di minta untuk membantu, mereka menjawab “apa yang saya ada hanya cukup untuk diri dan keluarga saya”. Mereka langsung tidak pernah mengukuhkan pendapatan mereka untuk membantu orang lain.
“Barangsiapa mempunyai harta, maka beredekahlah dengan kekayaanmu, barangsiapa yang mempunyai ilmu, bersedekahlah dengan ilmumu, dan barangsiapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenagamu”.
Hadis riwayat Anas bin Malik
Begitu tegas anjuran Islam dalam bersedekah, meskipun anda tidak mempunyai harta, berusaha mengembeling tenaga untuk kaya supaya dapat membantu orang-orang yang susah sudah dikira bersedekah. Tetapi apa yang berlaku kepada golongan ini adalah sebaliknya. mereka ingin menjadi kaya, tetapi mereka sendiri tidak tahu kenapa mereka perlu menjadi kaya. Apa yang difikirkan sekiranya mereka boleh menjadi kaya hanyalah untuk kesenangan dan kemewahan mereka sendiri. Dengan itu, mereka mengaggap tidak mengapa jika mereka tidak menjadi kaya sekiranya hanya untuk kesenangan dan kemewahan kerana mereka sudah hidup dalam keadaan selesa. Maka dengan itu golongan ini langsung tidak berusaha untuk menjadi kaya.
Pahala sedekah dapat dibahagikan kepada empat jenis sebagaimana berikut:
Sedekah yang mendapat 10 pahala- memberi makanan kepada fakir miskin. Sedekah yang mendapat 70 pahala- memberi sedekah kepada keluarga terdekat. Sedekah yang mendapat 700 pahala- memberi kepada kawan2 dan sahabat. Sedekah yang mendapat 7,000 pahala- memberi kpd orang yang mencari ilmu.
Kitab Darratun Nasihin




Recent Comments