Jika Anda Rasa Anda Boleh Atau Tidak, Anda Memang Betul!
Umum, Minda, Motivasi June 27th, 2008Salam Semua! Harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Andaikata ada seseorang meyakinkan anda bahawa anda seorang yang hebat! Anda boleh menjadi seorang pemimpin yang disegani, anda boleh menjadi pekerja contoh, anda boleh menjadi pelajar cemerlang, anda boleh berucap depan khalayak ramai dengan begitu petah dan berkeyakinan. Semua orang akan teruja dengan kehebatan dan sifat keperibadian anda yang amat disenangi.
Lalu anda berkata, “YA! Aku memang boleh jadi seperti mana yang engkau katakan, apa yang perlu aku lakukan hanyalah terus belajar dan berusaha!” Jika itulah jawapan anda, ingin sekali saya ucapkan jutaan tahniah kepada anda, kerana apa yang anda katakan tadi sememangnya betul! Anda boleh jadi sebagaimana yang anda harapkan.
Namun, jika anda berkata yang anda TIDAK BOLEH, saya juga ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada anda. Kerana anda sekali lagi telah memilih jalan yang betul! Tidak kira samada anda berkata anda BOLEH atau TIDAK BOLEH anda sentiasa betul. Tiada seorang pun yang boleh mengubah anda sekiranya anda berkata anda boleh, tiada seorang juga yang boleh mengubah anda jika anda kata anda tidak boleh. Jadi samada anda berkata anda boleh atau tidak, anda memang betul!
Anda tentu sekali telah memahami apa maksud saya. Pilihan ditangan anda. Apa saja yang ingin anda capai, samada ingin menjadi kaya, usahawan yang berjaya dan cemerlang, tokoh yang disegani, penulis yang popular, individu yang disayangi atau apa-apa saja, anda hanya boleh memilih samada untuk berkata anda boleh mencapainya atau pun tidak! Dan, mana-mana pun pilihan anda, ANDA MEMANG BETUL!



June 28th, 2008 at 9:38 am
memang betul ape yg awak kate kan
yg penting kite perlu yakin pada diri kita
yakin boleh
June 28th, 2008 at 1:21 pm
terima kasih gadis pinggitan , lama tul tak nampak nama awak kat cini
June 29th, 2008 at 4:59 pm
hmm betul tuh. saya setuju sangat… ayat bunyi macam ayat mlm je hehe
June 29th, 2008 at 8:12 pm
saya mmg pernah menjadi leader dalam mlm dulu…hehehehe
June 30th, 2008 at 9:45 am
Boleh @ Tidak boleh sama la mcm Nak ke Tak Nak….
kite kena yakin & kenal sapa diri kite
Hanya kite je tau ape yg kite mampu & tak mampu lakukan
June 30th, 2008 at 11:15 am
nice writing! tapi saye jenis tak suka bace banyak2..suker bace tajuk jer..menyumbang tak??huhuhu =p
June 30th, 2008 at 7:35 pm
oh patut lah… hehehe banyak gak member saya mlm… pernah dengar hai-o ? kenal abg roslan?
July 1st, 2008 at 12:13 am
Betul tu..
Tanamkan dalam diri bahawa ‘aku boleh’
Insyaallah jalan yang dituju akan kunjung juga./.
July 3rd, 2008 at 7:40 am
boleh atau tidak… tepuk dada tanya selera…
niat, usaha, terbaik!!! tak perlu push diri kalau tak mampu, buat sedaya… sedikit usaha… pasti beroleh sesuatu!!
July 3rd, 2008 at 11:58 pm
yg penting niat keranaNya, tak berjaya di dunia, akhirat insya’allah dapat.
July 4th, 2008 at 1:06 pm
Assalamualaikum Wan…
Ya, anda memang betul.. Sebagai manusia yang hidup bebas diatas mukabumi ini, sememangnya kita mempunyai hak keatas diri masing2… Apa yang kita mahukan sebenarnya berada didalam tangan kita…
Jika kita inginkan sesuatu, kita harus berusaha untuk mendapatkan sesuatu.. Kejayaan kita bergantung kepada usaha yang kita lakukan… Jika kita boleh, maka akan boleh kita… Jika tidak, maka sebaliknya yang akan kita terima…
Good entry!… Suka Reez membacanya…