Ilmu vs Pendidikan?
Umum, Pengalaman, Pengatahuan, Pandangan, Minda, Pesanan, Motivasi July 6th, 2008Assalamualaikum…
Saya diminta oleh seorang pembaca blog supaya mengulas tajuk di atas. Pembaca bernama Dena, katanya sekarang ilmu senang nak dapat tetapi tidak ramai orang yang berpendidikan. Ehem…terima kasih Dena.
Saya rasa saya faham apa maksud yang ingin disampaikan. Sebelum saya huraikan lebih panjang, marilah kita amati maksud ilmu dan pendidikan dahulu.
Ilmu - ialah bentuk pengetahuan dari pelajaran dan pengalaman yang dilalui
Pendidikan - ialah suatu saluran untuk mendapatkan ilmu di mana didikan dan tunjuk ajar diberikan kepada setiap individu dalam melengkapkan diri untuk hidup.
Pada pandangan saya, tidak ada beza yang ketara antara dua perkara di atas. Pada zaman sekarang, orang berilmu dan berpendidikan memang ramai. Cuma yang tertinggal adalah amalan.
Ramai orang cerdik pandai dan berpendidikan yang mengetahui akan bahayanya mengisap rokok, namun masih ramai orang seperti ini yang mengisap rokok. Ramai orang tahu akan kelebihan solat berjemaah di masjid, tetapi masih ramai orang yang suka solat bersendirian, lebih parah lagi masih ramai orang yang tinggalkan solat. Ramai orang yang diberi didikan supaya mengikut ajaran agama Islam dalam menutup aurat, tetapi masih ramai orang yang tidak memakai tudung. Termasuklah para menteri dan orang ternama dalam negara kita. Adakah mereka terlalu jahil untuk memikirkan perkara seperti itu? Tak mungkin sama sekali. Namun, ilmu dan pendidikan yang dipelajari masih belum cukup membataskan amalan yang mereka lakukan.
Oleh itu marilah kita sama-sama memuhasabah diri. Carilah ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang bermanfaat ialah:
-Mengetahui hak-hak waktu
-Menjernihkan hati
-Membenci keduniaan
-Mendekatkan kepada syurga
-Mengharapkan Allah
-Mengetahui akibat2 yang ditimbulkan oleh hawa nafsu
“Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang di amalkan”
-Iman Mahdawi
Cara manusia bertindak bergantung kepada sikapnya. Cara dia bersikap bergantung kepada kesimpulannya. Cara dia mengambil kesimpulan bergantung kepada cara dia berfikir. Dan cara dia berfikir bergantung kepada pengetahuan dan pengalamannya.
-Anonim



July 6th, 2008 at 11:18 am
thank you!amalan! yaa, amalan yang selalu tertinggal……
July 6th, 2008 at 1:37 pm
Thanks for the entry. Insap aku kekadang bila datyang sini.
July 6th, 2008 at 7:15 pm
Sama2 Dena,
Ye ke titan? hehehe
July 7th, 2008 at 10:33 am
Memang ramai org yg berilmu tapi tak ramai org yg nak mengamalkan ilmu mereka, sia2 lah jadinya…semoga kita semua tak termasuk dlm golongan begitu, Insyaallah…
July 8th, 2008 at 7:35 am
hi wanwma,
ilmu, pendidikan dan amalan…. kesemuanya berkait rapat.
ilmu dicurahkan… boleh didapati dengan mudah. soalnya, adakah ilmu tu menjamin kita seorang yang berpendidikan?
mereka kata… orang berilmu dan beramal atas ilmu yang dia ada boleh survive hidup ini…
kadang2, orang yang berpendidikan tak semesti berilmu dan apatah lagi mengamalkannya…
pendidikan… hanya pada sehelai kertas…
sekiranya didikan yang diberi, ilmunya dibawa beramal… insyaAllah orang yang berilmu, berpendidikan akan dipandang mulia…
amalan… ini sahaja pengukur samada manusia itu berpendidikan ataupun berilmu…
July 8th, 2008 at 6:43 pm
Betul tu Faza,harap kita berada dalam golongan yg beramal, insyaallah..
amalan kitalah yang menentukan samada manusia itu berpendidikan atau berilmu, terima kasih love-n-hate. Kata anda benar sekali..
July 9th, 2008 at 4:45 pm
ringkas tp ader terusik gtu…
July 10th, 2008 at 12:17 am
Apa yg aku faham, ilmu ni boleh diertikan sebgai pengetahuan tentang sesuatu perkara.
Pendidikan pulak merupakan satu tarbiyah, melatih dan membentuk sesorang insan.
Gabungan ilmu dan pendidikan akan menghasilkan satu perubahan pada tingkahlaku seseorang individu. Contohnya, seseorang yang tidak pandai bermain bola, apabila diberi ilmu dan pendidikan dalam permainan bola sepak, akhirnya akan menghasilkan satu perubahan tingkahlaku pada individu tersebut. Perubahan apa? Iaitu pandai bermain bola sepak..