Siri ‘Dunia Baru’ yang di tayangkan di tv3 dan kini di layar perak menjadi antara cerita yang mendapat tempat dihati peminat. Bagaimana cerita yang boleh merosakkan akhlak ini menjadi sebuah cerita yang begitu diminati? Jelas di sini bahawa akhlak2 remaja sekarang adalah sebagaimana yang ditunjukkan dalam ‘Dunia Baru’. Adakah anda suka jika anak anda sebahagian daripada golongan2 ini? Maafkan saya, bukan bermaksud hendak mengutuk, tetapi anda bayangkan sendiri apa yang ditunjukkan dalam ‘Dunia Baru’ jelas bertentangan dengan hukum syarak dan adab orang Melayu.

Mereka menunjukkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa batasan yang sepatutnya. Berpakaian SEKSI dan tidak menutup aurat. Mewarnakan rambut! Bersentuhan antara lelaki dan perempuan. Hidup enjoy dan sibuk bercinta. Jika diperhatikan, memang beginilah perkara sebenar yang berlaku kepada pelajar2 IPT sekarang. Walaupun realitinya adalah begitu, adakah seharusnya kita menunjukkan gaya hidup yang tidak sihat ini kepada masyarakat? Kini ramai pelajar sekolah yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT bukan untuk belajar sebaliknya ingin merasai gaya hidup seperti yang ditunjukkan dalam ‘Dunia Baru’. Mungkin itulah maksud yang ingin disampaikan dalam cerita ini. ‘Dunia Baru’ di mana para remaja bakal menjalani kehidupan dalam dunia baru yang penuh keseronokan dan pergaulan yang tiada batasan.

Saya juga pernah mengikuti perkembangan cerita ini. Tidak dinafikan memang seronok dan mengasyikkan. Tetapi saya dan anda harus ingat, perkara buruk dan dimurkai Allah sememangnya perkara yang mengasyikkan manusia. Allah akan menyesatkan manusia itu dengan rasa tidak bersalah atas kelakuan buruk dan kelalaian mereka. SEHINGGA KITA MERASA PERKARA HARAM ITU SEOLAH-OLAH PERKARA BIASA!!!

Mungkin ada di antara anda berkata saya berfikiran kolot dan ketinggalan zaman. Biasalah pergaulan budak2 sekarang macam tu! Bagi anda mungkin biasa, bagi saya, saya juga tahu pergaulan seperti itu memang telah menjadi kebiasaan remaja2 sekarang, tetapi saya melihat daripada sudut agama kita. Itu bukan perkara biasa, itu menandakan akhlak remaja Islam sekarang HANCUR! Bilangan pelajar2 yang berzina mencecah ratusan ribu orang. Inilah akibatnya daripada pergaulan bebas yang menjadi trend pelajar2 masa kini.

Soalan saya, apakah sekatan yang dilakukan oleh kerajaan? Apakah sekatan yang dilakukan oleh media? Apakah contoh2 yang dibawa oleh Artis2 Malaysia yang beragama Islam? Apakah yang dibawakan dalam cerita drama Melayu sekarang? Bagaimana pakaian dan tingkahlaku mereka? MEREKA INILAH GOLONGAN2 YANG MENJADI IDOLA REMAJA2 YANG ROSAK SEKARANG!

Kembalilah kepada DUNIA BARU ISLAM. Di bawah, saya sediakan sebuah lagu daripada kumpulan The Zirk. Tajuk lagu ‘Dunia Baru Islam’. Nikmati dan hayatilah lagu ini…