Didik Anak Kita Mulai Sekarang
Pengatahuan, Umum, Nasihat, Agama, Minda, Motivasi August 4th, 2008السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ah, jangan salah faham. Saya masih belum punyai anak dan masih bujang. Post kali ini sekadar ingin berkongsi sedikit langkah dan pesanan dari para kekasih Allah tentang cara mendidik anak. Anak-anak adalah zuriat dan pewaris kita di masa hadapan. Meskipun kita telah meninggal dunia, saham yang dilakukan oleh anak-anak masih sampai kepada kita. Saham yang dimaksudkan ialah dosa atau pahala.
Beberapa tahun yang lepas saya pernah mendengar seorang ustaz mengajar. Ustaz itu menceritakan kisah Luqman Al Hakim. Sebagaimana yang kita semua tahu, Luqman adalah seorang hamba yang sangat taat kepada tuhan, beliau juga mempunyai anak yang baik budi perketinya, elok akhlak dan kuat imannya. Bagaimanakah Luqman mengajar anaknya? Soalan ini pernah ditanya oleh sahabat Luqman sendiri. Lalu Luqman menjawab:
“Saya mendidik anak saya sebelum mereka lahir lagi, bahkan sebelum saya berkahwin!”
Ehem, bagaimana ya ingin mendidik anak sebelum mereka dilahirkan? Luqman menjawab lagi:
“Didiklah diri kamu dahulu. Jadilah seperti mana anak yang kamu inginkan!”
Kadangkala kita inginkan yang terbaik daripada orang lain, sebaliknya kita sendiri tidak berubah ke arah itu. Begitu juga dengan anak-anak, kita mahukan anak-anak yang baik, rajin, berhati mulia, dihormati, disayangi dan disukai oleh sesiapa sahaja, namun kita sendiri tidak pernah memperbetulkan diri untuk menjadikan diri kita sentiasa lebih baik dari hari ke hari.
Jika mahukan anak yang sentiasa bersembahyang jemaah di masjid, bersembahyanglah kita ke masjid mulai hari ini, jika mahukan anak-anak yang cemerlang, cemerlangkanlah diri kita mulai hari ini, jika mahukan anak yang suka bersosial, hiduplah kita dengan bersosial dan bebas tanpa memikirkan apa yang bakal berlaku di masa hadapan.
Pesanan Saidina Ali:
Didiklah anak kamu dengan cara yang berbeza setiap 7 tahun.
7 tahun pertama, beri dan ajarkan mereka tentang kasih sayang. Manjakan mereka dengan kelembutan dan rasa cinta.
7 tahun kedua, berlaku tegas dengan mereka, didik mereka dan perbetulkan kesalahan yang mereka lakukan.
7 tahun ketiga, berkawanlah dengan mereka, di saat ini mereka memerlukan teman untuk berbicara dan mengemukakan pendapat. Mereka sudah boleh berfikir, bersahabatlah dengan mereka sebelum mereka mempunyai sahabat lain yang boleh meroksakkan akhlak.



August 4th, 2008 at 9:19 am
Post yang sangat sempurna.
Saya suka post ini… saya setuju 100% dengan apa yang dikatakan oleh Luqman Al Hakim berkenaan ubah diri sendiri sebelum mengubah sikap anak. Anak-anak selalunya menganggap ayah dan ibu mereka sebagai role model dan hero dalam hidup mereka. Apa yang ibu dan ayah mereka buat pasti hendak aje diikut.
Tentang setiap 7 tahun. Saya bersetuju juga. Tapi ramai ibu dan ayah yang mengabaikan anak-anak mereka pada peringkat 7 tahun terakhir dengan menganggap anak-anak sudah dewasa. Di sinilah kesilapan yang sering berlaku pada manusia zaman sekarang.
Faisal Admar’s menulis tentang..Financial Problem Free
August 4th, 2008 at 4:24 pm
entry yang sangat best, akak suka baca part ni, boleh dijadikan panduan
crazybeautiful88’s menulis tentang..NGANTUK YER
August 6th, 2008 at 1:34 pm
memang sukar untuk mendidik anak2 ni..tersalah didik membawa musibah kpd kita nanti..anak adalah ujian. anak juga adalah kurniaan.
kooreen79’s menulis tentang..NIKE CAMPAIGN
August 6th, 2008 at 8:43 pm
terima kasih wan, mane dapat idea ni?
Ya, anak tukan umpama kain putih… 
emme’s menulis tentang..RahsiaZango : Rahsia $100 Sehari
August 7th, 2008 at 1:42 pm
didiklah anak mengikut cara Islam.
August 7th, 2008 at 7:07 pm
saya setuju, patutnya memang boleh semakin hari semakin baik, sebab semua ada pengalaman, sdgkan yg belum kahwin pon ada pgalaman membesar. bab2 yg 7 tahun tuu, saya setuju, wktu itu mmg perlu seperti yg dikatakan…….thanks
August 8th, 2008 at 10:47 pm
Salam,
Saya sangat suka dengan artikel ini. Memberi maksud yang sangat mendalam.Tahniah WanWma!
Memang benar, setiap apa yang berlaku bermula pada diri kita sama ada yang baik mahupun yang buruk. Kedua-duanya merupakan tanggungjawab kita.
p.s: artikel ini saya akan save untuk rujukan apabila sudah kahwin kelak.
Johari’s menulis tentang..Memilih Produk MRR dan PLR Yang Berkualiti
August 10th, 2008 at 2:49 pm
Walaupun saya belum mendirikan rumahtangga saya akui memang sukar untuk menjaga anak dalam zaman sekarang.. Penuh dengan pancaroba. Itu belum lagi kalau mendapat anak yang istimewa
http://ligakampung.com/blog/2007/11/13/kanak-kanak-aukistik/
Semoga kita dapat menjaga anak kita sebaik2nya
zool’s menulis tentang..Pindahan Wang Kepada Pemenang Peraduan Domain
August 14th, 2008 at 3:03 pm
Salam…
Pesanan Saidina Ali:
Didiklah anak kamu dengan cara yang berbeza setiap 7 tahun.
7 tahun pertama, beri dan ajarkan mereka tentang kasih sayang. Manjakan mereka dengan kelembutan dan rasa cinta.
7 tahun kedua, berlaku tegas dengan mereka, didik mereka dan perbetulkan kesalahan yang mereka lakukan.
7 tahun ketiga, berkawanlah dengan mereka, di saat ini mereka memerlukan teman untuk berbicara dan mengemukakan pendapat. Mereka sudah boleh berfikir, bersahabatlah dengan mereka sebelum mereka mempunyai sahabat lain yang boleh meroksakkan akhlak.
Suka sangat pernyataan di atas…
InsyaALLAH… harap kita sama² dapat didik anak kita sebelum mereka lahir… semoga dia jadi lebih baik dr didikan kita…
love-n-hate’s menulis tentang..…don’t assume…ask!!!
August 17th, 2008 at 5:10 am
Assalamualaikum.
Sangat bersetuju dengan beberapa pesanan diatas! Secara lumrahnya, kanak-kanak ini dicorak hidupnya seperti dari sehelai kain putih kita corakkan menjadi warna-warni kehidupan ini. Silapnya corakan itu maka pincanglah ia.
Berkenaan dengan diri, kembali kepada zero mind set, dimana kembalilah kita kepada permulaan dan pelajari semula setiap langkah semasa kecil dahulu, dari situ kita mampu kenali diri dan kemahuan yang boleh kita aplikasikan kepada anak-anak kita nanti. InsyaAllah. Nice blog!
skullsplitter
skullsplitter’s menulis tentang..PMI 2, 2008
August 20th, 2008 at 6:46 am
Assalamualaikum..
Satu artikel yang menarik.. kadang-kadang anak2 ni terlampau aktif atau lasak, terutama yang bawah 7 tahun ni .. pening kepala jugak.. habis rumah disepahkan.. macam manapun yang penting adalah bagaimana ibu bapa memainkan peranan dalam mendidik anak2 ni dgn kaedah yang betul dan penuh kesabaran.
Orren’s menulis tentang..MERDEKA SPIRIT (Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 51)
August 21st, 2008 at 7:26 am
Salam,
Satu artikel yang sangat berilmu dan berguna.. saya tidak pernah terbaca tentang Pesanan Saidina Ali tersebut.. terima kasih kerana berkongsi ya..
August 22nd, 2008 at 5:25 pm
muahahahaha…bagus artikel ko ni even ditulis oleh org bujang :p
catzer’s menulis tentang..Are You Tough Enough? Prove it
August 31st, 2008 at 5:50 am
hehe. lum ada anak lagi. nantila yek..
ira’s menulis tentang..Bleach Episode 183
October 13th, 2008 at 11:15 am
setuju sangat2 la