Ah, letihnya. Sekarang saya sedang mengemas bilik/tempat kerja saya supaya lebih kemas dan selesa. Nampaknya ada lagi 70% bahagian yang perlu saya kemaskan. Saya ni kalau mengemas bilik, kalau tak buat rak dan kerja2 menukang tak sah. Tu pasal la letih sikit. Dah memang hobi saya bertukang ni. Sekarang saya mahu rehat sekejap dan berkongsikan dengan anda semua isu semasa di negeri saya, Terengganu.

Seperti yang anda semua tahu, sekarang pertelingkahan berlaku diantara UMNO dengan Pentadbiran Di Raja Terengganu. Sebentar tadi selepas sembayang Jumaat, iman masjid menjemput semua jemaah untuk bersama-sama menunaikan sembahyang hajat untuk mendaulatkan Sultan dan memohon supaya keamanan negeri ini terpelihara.

Pemimpin UMNO Terengganu bersama penyokong mereka telah bertindak melampau dengan membantah dan menunjukkan protes di perkarangan istana. Ini jelas menunjukkan sikap biadap terhadap Sultan. Seorang kawan saya menyebut, kawannya yang berbangsa cina merasa begitu terkilan dengan sikap orang melayu dikalangan UMNO kerana tindakan mereka yang tidak menghormati Sultan. Beliau berkata, walaupun beliau berbangsa cina, namun beliau sangat menghormati Sultan Terangganu atau Tuanku Sultan Mizan. Adakah Sultan Mizan begitu ‘bodoh’ untuk bertindak mengikut perasaan dan kehendaknya sesuka hati? Tentu sekali tidak!

Lebih mengharukan lagi dengan bannel2 yang dibentangkan oleh penyokong Idris Jusoh yang menyebut “KAMI NAK IDRIS, NATANG!”. Natang adalah bahasa atau loghat Terengganu yang bermaksud BINATANG! Kepada siapakah maksud BINATANG itu dituju? Bolehkah anda dengan rasa lapang hati menerima kumpulan yang sanggup menggelarkan Sultan anda BINATANG? Kumpulan ini kini membawa kebimbangan dan rasa tidak selesa kepada seluruh rakyat Terengganu.

Jika benar memperjuangan orang Melayu, kenapa pimpinan Ahmad Said dipertikaikan sesama kumpulan sendiri? Sehingga Ahmad Said diancam untuk dikeluarkan daripada UMNO? Tidakkah perbalahan ini merugikan pihak UMNO sendiri? Kekerasan kumpulan Idris Jusoh telah menghina Tuanku Sultan Mizan dan mencemarkan nama baik UMNO sendiri. Bagaimanapun, tindakan Idris ini pula disokong oleh Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi yang memberikan watikah perlantikan kepada Idris.

Akibatnya, Idris Jusoh bersama 2 orang rakan seperjuangannya kini dilucutkan pangkat Datuk yang diberikan kepadanya oleh Sultan sebelum ini. Dua orang rakannya itu ialah Rosol dan Din Adam. Sehingga kini, Ahmad Said bertugas sebagai Menteri Besar Terengganu buat sementara waktu. Perlantikannya belum disahkan dengan upacara mengangkat sumpah. Jika keadaan ini berterusan sehingga 90 hari, Terengganu bakal menemui pilihanraya sekali lagi!

Rakyat Terengganu yang menyokong tindakan Sultan menunjukkan kesetiaan mereka dengan memakai riben kuning dan meletakkan riben kuning pada kenderaan masing-masing. Perkara ini disebar luas melalui sms. Masjid-masjid pula tekun menunaikan sembahyang hajat mendoakan kesejahteraan Terengganu dan kemuliaan Sultan terpelihara.

Jika DAP memulaukan upacara mengangkat sumpah di Perak dan memohon maaf secara terbuka masih dihemtam, dikutuk dan dihina oleh media dan pemimpin UMNO, apa pula yang berlaku kepada UMNO pimpinan Idris Jusoh yang sanggup menentang Sultan secara terbuka dan mengeluarkan kata-kata kesat “KAMI NAK IDRIS, NATANG!”??? Bangsa Cina lebih pandai menghormati Sultan dari Kumpulan Melayu Idris Jusoh!


Walau bagaimanapun perkara ini mungkin sudah selesai dengan kenyataan dalam video di atas. Namun, bilakah agaknya kumpulan UMNO Idris Jusoh akan memohon maaf kepada Tuanku Sultan Mizan di atas tindakan melampau mereka sebelum ini?