16/03/2008 adalah tarikh permulaan saya mengikuti program Dale Carnegie yang akan berlangsung selama 8 minggu. Program Dale Carnegie Training For Young Adult adalah sebuah program motivasi yang diasaskan oleh Dale Carnegie dan telah beroperasi hampir satu abad. Program ini telah banyak membantu meningkatkan keyakinan diri dan kepercayaan seseorang. Daripada 500 syarikat yang tersenarai dalam fortune (500 syarikat terbesar dunia. Petronas satu-satunya syarikat dari Malaysia) 400 daripadanya adalah pelanggan program ini termasuklah Petronas dari Malaysia. Untuk mengikuti program ini anda perlu membayar RM2000 ke atas dan akan menjalani program ini selama 12 minggu. Bagi orang seusia saya hanya 8 minggu diperlukan kerana menggunakan pendekatan yang lebih mudah dan ringkas. Sebab itulah program yang saya sedang ikuti ini diberi nama Dale Carnegie Training For Young Adult.

Saya akan kongsikan kepada anda apa yang saya pelajari dalam program ini. Tetapi saya akan menceritakannya kepada anda satu persatu. Dengan mengikuti program ini saya telah diberikan beberapa buah buku iaitu:

1- How to win Friends & Influence People

2- How to Stop Worrying & Start Living

3- Dale Carnegie Generation.Next - Participant Manual

4- Speak More Effectively

5- The Little Recognized Secret of Success

6- Remember Names

7- Dale Carnegie Golden Book

8- Breakthrough Plan

So, memang agak banyak perkara yang perlu saya baca dan study. Pelajaran pertama saya adalah mula mengingati nama. Yup! Saya kena mula mengingati nama anda semua dan mula menghargai kehadiran anda. Bagaimana cara, kesan, tujuan dan langkah-langkah mudah untuk mengingati nama? Saya akan terangkan kemudian! Yang penting, apa yang perlu anda buat sekarang adalah MULA MENGINGATI SAYA- WANWMA. Dan sentiasalah berkunjung ke blog ini untuk sama2 belajar dalam program Dale Carnegie ini! Jumpa lagi! Ingat WANWMA, ingat blog ini!