Bulatan Diri
Umum, Pengatahuan, Minda, Motivasi May 14th, 2008Assalamualaikum…

Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda semua satu tip untuk mengenal diri anda atau orang lain dengan melukis sebuah bulatan. Maksud mengenal diri di sini ialah mengenal dari sudut kecenderungan seseorang dalam pekerjaan, samada seseorang itu cenderung kepada kerja yang selamat, seperti kerja makan gaji dengan kerajaan, berniaga atau menjadi seorang pencetus perubahan seperti Bill Gate, Tom Anderson, Dale Carnegie, Dr. Forest C. Shaklee dan lain2.
![]()

Baik, sekarang dapatkan kertas kosong dan sebatang pen. Lukiskan satu bulatan kemudian letakkan 1 titik. Kalau dah selesai, anda boleh sambung baca artikel ni..
Apakah hasilnya?
Bulatan Pertama

Jika hasilnya seperti di atas, anda adalah seorang yang inginkan kerja yang selamat. Anda suka bekerja makan gaji dan suasana yang selesa. Anda lebih suka bekerja makan gaji dengan kerajaan berbanding syarikat swasta kerana anda inginkan jaminan kerja yang kekal dan tiada risiko dibuang kerja.
Bulatan Kedua

Anda juga seorang yang ingin bekerja makan gaji dan kerja yang terjamin. Namun anda tidak kisah sangat samada bekerja di syarikat kerajaan atau swasta. Anda juga ada cita-cita untuk berniaga. Tetapi pada kebiasaannya, masa dan komitmen anda sering dirasakan tidak cukup untuk memulakan perniagaan. Anda kadang2 tidak berani mengambil risiko kerana takut rugi. Tetapi anda sentiasa mencari-cari peluang untuk berniaga atau mendapatkan pendapatan sampingan.
Bulatan Ketiga

Anda adalah seorang yang mempunyai minda usahawan dan sering melakukan perkara bertentangan dengan orang lain. Anda tidak takut mengambil risiko. Anda tidak ingin berada dalam zon selesa. Anda lebih sukakan cabaran. Anda lebih suka cari wang atau bekerja sendiri.
Bulatan Keempat.

Titik yang anda lukis mungkin tidak kelihatan di sini kerana terlalu jauh atau anda dah letak titik tu pada kertas lain? Atau mungkin juga anda letak titik itu di mukasurat yang berlainan? Saya pun tak pasti. Tetapi jika beginilah keadaannya, anda adalah seorang yang akan mencetuskan perubahan! Anda akan menghasilkan sesuatu yang tidak pernah difikirkan oleh orang lain. Anda sentiasa mempunyai pandangan sendiri yang berbeza dengan orang lain tentang sesuatu perkara!
Macam mana sekarang? Dah berpuas hati dengan hasil yang anda dapat? Mungkin anda berkata, “Mana aku tahu boleh letak titik keluar daripada bulatan itu!”. Hohoho…masalahnya saya tak suruh pun anda letak titik dalam bulatan tu. Saya suruh letak titik je, tak kisah pun kat mana nak letak..
Mungkin anda berkata lagi, “Eh, kenapa aku dapat bulatan no2/no1 sedangkan aku seorang peniaga. Aku mempunyai minda usahawan! Aku minat berniaga! Aku tak takutkan cabaran!”. Tak perlulah anda merasa hairan, mamang begitulah hakikatnya, kadang-kadang apa yang kita rasa tak sama dengan apa yang kita buat. Saya sendiri adalah seorang yang ingin mencetuskan perubahan atau pendek kata, inginkan bulatan no4. Namun semasa dalam ujian, saya hanya dapat lukisan no3.
Walau bagaimanapun, manusia boleh berubah! Anda juga boleh berubah. Kita tidak tahu siapa kita di masa akan datang. Tetapi kita harus ingat dengan kata2 ini:
“ANDA ADALAH APA YANG ANDA FIKIRKAN!”




May 14th, 2008 at 7:14 pm
Saya..? Bulatan pertama, lagi laaa… Tapi saya percaya saya bukan yg sebegitu coz:
1. saya tak nak/suka kerja dgn kerajaan
2. Saya pun tak suka dengan suasana yang selesa, bosan dan tak best langsung…mesti otak saya akan beku jika macam tu.
3. Selalu saya fikir tapi susah nak cari org yg sama dgn apa yang saya fikirkan…maklumlah manusia tu berbeza. Kalau cerita dgn kawan2 (especially yg sama gender), mereka langsung tak berminat nak citer pasal bisnes, kekayaan apatah lagi jutawan… Thus saya akan bercerita dgn bdk dept (yg semuanya opposite gender)dan juga member2 di internet, lagi besh..!!
4. Zon selesa? Ikhlas kata, saya mmg tak pernah rasa satu hari tanpa ada kerja sehingga jam 11 malam. Mungkin org tak tahu dan tak faham apa yg saya rasakan, tapi mmg susah nak bagi org faham. Thus, saya tak kisah jika mereka berfikiran bhw saya seorg yg workaholic ke, materialistik ke, pelik bin ajaib ke…. sebab saya pun ada misi saya yg tersendiri. As long as Allah tahu dan faham apa yg saya buat, bukan wat keje haram pun…mengajar org juga satu kerja yg mulia.
5. Insya-Allah, saya akan buat seperti yg saya rancang! Cetuskan perubahan dgn satu kelainan. Bg saya, tak perlu ambil hati dengar kata org. Memang la selalu ada yg menyindir dgn kata2 yg menyinggung, tp biarlah kalau itu yg membuatkan diorg rasa senang n tenang (itu kan zon selesa diorg, bior ler)… Mereka bukan faham pun spt apa yg saya faham. Yg pasti, saya akan buka mata sy sendiri dulu sblm tolong bukakan mata utk diorg pula.
Insya-Allah, saya akan menjadikan impian saya suatu kenyataan! Saya yakin dgn apa yg saya buat, semoga Allah membantu saya menjejaki dunia yg teramat mencabar ini. Amin…
Yang ikhlas,
kakeru
kakeru’s menulis tentang..Pernah beli buku secara online?
May 14th, 2008 at 8:31 pm
Wah! Kakeru meluahkan pendapat dengan panjang lebar! Saya percaya dan yakin, Kakeru adalah seperti mana yang Kakeru nyatakan! Sebab saya pun cam Kakeru gak! Hehehe…
Kakeru, memang…memang sekarang kita belum berjaya, tetapi itu hanya pada pandangan mata. Sebaliknya kita sebenarnya sedang melangkah untuk melengkapkan diri menjadi insan yang hebat. Dan kita telah berjaya sehingga ke tahap ini! Tinggal lagi masa dan keizinan tuhan untuk kita mencapai kejayaan demi kejayaan yang diimpikan. Insyallah…
May 15th, 2008 at 11:35 am
Sedihnya saya dapat bulatan no 1. tapi bila saya baca part akhir yang wma tulis tu lega rasanya(anda adalah apa yang anda fikirkan).
lepas nie, saya akan cuba berubah, blh bagi tips supaya tak mudah putus asa, saya nie cepat kelang kabut.
Tapi bercakap pasal “ANDA ADALAH APA YANG ANDA FIKIRKAN”kita seharusnya selalu berpegang,jadilah yang terbaik dan senantiasalah meletak agama sebagai batu asas dalam apa sekalipun yang kita lakukan.Maka mulalah dari sekarang menjaga kualiti diri,mencipta dan bersaing dengan dunia.
Dahulu saya sering hidup dalam tekanan ,saya merasakan segala-galanya sudah terlambat untuk saya mulakan,hari demi hari merupakan saat yang bukan megurangkan kesedihan yang saya alami, tetapi merupakan saat yang menambahkan tekanan dalam hidup .Banyak benda yang mula saya hitung dang mula risaukan ,tentang penigkatan usia saya,mengenai kerjaya dan masa depan saya,berkaitan kebahagian yang telah saya capai.Tapi secara jujurnya kebanyakannya adalah perkara yang remeh-temeh yang tak perlu saya peningkan kepala.
He….keajaiban senantiasa berlaku di dalam hidup kita,”tak percaya..?” “percayalah”.
Dalam pemikiran saya yang tak menentu ,saya bertemu seseorang yang begitu bersemangat mengenai hidup.Orangnya sudah tua ,65 umurnya tapi begitu bersemangat belajar berbahasa inggeris.
“And the best word I get”tak penting dimana,bila,bagaimana kita bermula, tapi adalah penting bagaimana kita berakhir. He…kalau mahu semua jadilah, gunung kinabalu pun sanggup kita daki.Saya masih teringat bagaimana saya bersengkang mata sehingga ke waktu subuh semata-mata mahu menyiapkan sajak sempena hari merdeka.Ini semua kerana saya mahu, dan percayalah tidak sedikit pun saya terfikir samaada saya akan berjaya atau sebaliknya, bagi saya pada ketika itu hanya kegembiraan dan kepuaasan kerana dapat melakukan sesuatu yang saya sukai.Pada hari tersebut saya menulis 3 sajak yang berlainan dengan tajuk yang sama. Saya yakin dan begitu pasti semua orang mempunyai pengalaman begitu. Maka adalah lebih baik anda mencari semula semangat anda yang telah hilang itu,kerana anda telah dilahirkan sebagai seorang pejuang yang berjuang untuk diri anda sendiri ,maka jadilah pejuang yang tidak mengenal apa itu kegagalan,ketakutan serta kesedihan.Dan ketahuilah bahawa kesedihan itu adalah rasa putus asa yang begitu manakutkan dan teman yang akan membunuhmu dalam sedar.
Berfikir adalah salah satu aktiviti yang diperlukan oleh minda untuk cergas,cerdas dan gemilang. Maka belajarlah untuk berfikir,”tapi janganlah dok fikir macam mana kalau berkahwin dengan Shahruk Khan pulak,…apa tak minat Shahruk Khan oklah kita tukar dengan Ketua Kampung anda.” Sebenarnya apa yang saya ingin tekankan adalah belajarlah berfik dengan positif,kerana setia masaalah adalah peluang dan setiap kesabaran adalah kejayaan .Dan percayalah anda terlalu istimewa untuk berputus asa .
dan percayalah selagi pertolongan Allah belum tiba bermakna anda masih terlalu kuat untuk menyerah kepada takdir.Dan percayalah sesungguhnya semua yang berlaku adalah tanda kasih dan sayang Allah kepada anda.
May 15th, 2008 at 3:01 pm
Pertama sekali saya gembira apabila melihat orang yang memberi komen adalah qalbu. Terima kasih qulbu.
Qalbu telah menulis dan meluahkan pendapat yang membina yang sering menjadi masalah masyarakat.
Berfikir, percaya, yakin dan berusaha adalah kunci kekuatan diri.