Berlagak - Bukan Cara Hidup
Umum, Nasihat, Minda, Motivasi September 17th, 2008Semalam, selepas balik dari meeting kat Kemaman, pengurus saya cakap, “Susah nak cari Director yang bagus kat KL. Mereka kalau dah pandai sombong, kalau tak pandai lagi la sombong!”. Saya menyampuk, “Apa boleh buat, mereka dah anggap perkara itu seolah-olah merupakan cara hidup yang perlu mereka lakukan!”
Kitaorang sebenarnya sedang menghasilkan drama sains fiksyen yang akan ditayangkan kat Astro sekiranya berjaya tak lama lagi. Untuk itu kami memerlukan director yang bagus dan boleh bekerjasama dengan baik. Tapi mengikut pengalaman pengurus saya, dia sudah bosan bekerjasama dengan director yang ada kat KL, mereka majoritinya sombong dan berlagak.
Sombong dan berlagak sebenarnya tidak diperlukan langsung untuk menunjukkan kemahiran, kewibawaan dan karisma kita. Bukan lagak kita seperti seorang director yang diambil kira oleh orang sebaliknya hasil kerja kita. Dalam situasi atau posisi mana pun kita berada, kita tidak perlu berlagak untuk melahirkan rasa hormat orang kepada kita, sebaliknya tunjukkan sifat humble atau rendah diri.
Lebih parah lagi pada zaman sekarang ada orang telah menganggap berlagak itu adalah suatu cara hidup. Mereka seolah-olah berkata, “Kalau kita orang bandar, tunjukkan yang kita ni orang bandar, kalau kita bos, berlagak la macam bos, kalau kita pandai, tunjukkan yang kita ni pandai, kalau kita hebat, tunjukkan kehebatan kita kepada orang ramai!” Menunjukkan kemahiran, menjalankan tanggungjawab sebagai bos tidak salah, yang salah adalah menunjuk-nunjuk dan berlagak seolah-olah hanya kita seorang yang pandai, hebat dan tahu semua perkara
Sombong, berlagak, angkuh dan sebagainya bukanlah cara hidup, ia adalah sikap yang membentuk diri kita. Berhati-hatilah dengan situasi ini…anda mungkin sedang berada dalam persekitaran orang-orang yang demikian…




Recent Comments